Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Laporan-Laporan Pendidikan di Malaysia sebelum merdeka. - Coggle Diagram
Laporan-Laporan Pendidikan di Malaysia sebelum merdeka.
Laporan Cheeseman (1946)
Disediakan oleh En Harold Ambrose Robison Cheeseman (Timbalan Pengarah Pendidikan)
Matlamat: Untuk menstruktur semula kurikulum sekolah vernakular
Cadangan Laporan Cheeseman
Memberi pendidikan asas secara percuma kepada semua jenis sekolah.
Boleh menggunakan BI, BM, Mandarin dan Tamil sebagai Bahasa Pengantar masing-masing dan Bahasa Inggeris wajib untuk semua sekolah vernakular.
Hanya menubuhkan dua jenis sekolah menengah sahaja iaitu Sekolah Menengah tengah dan atas.
Memperkenalkan Pendidikan Vokasional
Mendapat tentangan kuat daripada UMNO sebab mereka mahu hanya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar untuk semua jenis sekolah.
Dimansuhkan pada 1949
Laporan Barnes (1950)
Menyokong pemansuhan Sekolah Vernakular
Cadangan Laporan Barnes
Satu sistem pendidikan nasional yang membekalkan pendidikan rendah untuk 6 tahun.
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar.
Bahasa Melayu juga boleh dijadikan sebahai Bahasa Utama
Cadangan ditolak oleh kaum lain dan penyesuaian telah diubah. Antaranya ialah:
Sekolah Melayu menggunakan dwibahasa
Bahasa ketiga di Sekolah Cina dan Tamil
Membentuk satu kurikulum yang sama untuk mewujudkan sistem pendidikan nasional
Laporan Fenn-Wu (1951)
Kaum Cina telah menentang Laporan Barnes dan dua orang pendidikan (William P. Fenn & Wu Teh-yao) dijemput kerajaan pusat untuk membuat kajian sekolah Cina di Malaysia
Tujuan kajian adalah untuk memberi cadangan tentang sumbangan Cina berkaitan dengan aspek kesetiaan umum kepada negara yang terdiri dari pelbagai kaum.
Cadangan Laporan Fenn-Wu
Mengekalkan sekolah vernakular
Menggunakan Trilingualism (BM bahasa rasmi, BI bahasa perniagaan & Bahasa Cina bahasa budaya)
Peningkatan subsidi kerajaan.
Menubuhkan Jawatankuasa
Untuk mengkaji masalah sekolah yang sedia wujud
Untuk menghasilkan buku teks berdasarkan kaedah pedagogi moden, berfokus kepada Malaya sementara mengekalkan tradisi dan budaya Cina.
Menubuhkan institusi untuk menghasilkan guru yang bertauliah serta menambahbaik syarat perkhidmatan guru sekolah Cina.
Menubuhkan The Central Advisory Committee on Education, Federation of Malaya untuk mengkaji cadangan Laporan Barnes dan Fenn-Wu
Ordinan Pelajaran 1952
Beberapa cadangan Laporan Barnes dilaksanakan
Menubuhkan sistem pendidikan nasional
Aliran sekolah Melayu dan sekolah Inggeris di sekolah menengah menggunakan kurikulum kebangsaan yang sama tidak mengambil Bahasa pengantar.
Aliran sekolah Melayu dikenali sebagai sekolah kebangsaan dan sekolah aliran dikenali sebagai “jenis kebangsaan”
BM dan BI wajib dilaksanakan selama 6 thn utk pendidikan rendah di sek vernakular
Sekolah Inggeris dikekalkan, sekolah vokasional di sekolah menengah
Menawarkan subjek agama kepada murid Muslim
Satu laporan khas telah dikeluarkan pada 10.09.1951 dan termaktublah Ordinan Pelajaran 1952.
Polisi ini tidak diterima ramai. Komuniti Cina dan India menentang penghapusan Bahasa ibunda mereka sebagai Bahasa pengantar
Tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya disebabkan keadaan ekonomi yang lemah dan kekurangan guru terlatih
Laporan Penyata Razak (1956)
Selepas tiga tahun pelaksanaan Ordinan Pendidikan 1952, kerajaan jajahan British menubuhkan J/K Kabinet 1955 utk menilai semula dasar pendidikan. J/K ini diketuai oleh Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Menteri Pelajaran, Persekutuan Malaya pada masa itu
Cadangan Penyata Razak
Bahasa Melayu sebagai Bahasa pengantar dan kebangsaan.
Sekolah rendah untuk murid umur 6 sehingga 13 tahun.
Dua jenis sekolah rendah
sekolah rendah persendirian
Sekolah rendah yang menerima bantuan
Sekolah rendah umum (Bahasa pengantar BM)
Sekolah rendah jenis umum (Bahasa pengantar Mandarin, Tamil atau BI)
Subjek BM & BI wajib untuk semua sekolah
Tiga tahun pertama pendidikan menengah melayakkan pelajar menduduki peperiksaan Lower Certificate of Education
Guru yang layak didaftar menjadi perkhidmatan profesional berdasarkan skim gaji kebangsaan
Sekolah menerima bantuan yang mempunyai lebih 15 org pelajar Muslim perlu menyediakan pengajian agama dengan peruntukan dana awam
Yuran sekolah diperkenalkan
Implikasi
Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan
Pengakuan matlamat akhir Bahasa Malaysia menjadi bahasa pengantar utama
Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam sekeliling Malaysia
Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua