Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEORI PERKEMBANGAN BAHASA CHOMSKY, DISEDIAKAN OLEH:1) NUR LIYANAH BINTI…
TEORI PERKEMBANGAN BAHASA CHOMSKY
PRALAHIR
Bayi memperoleh perbendaharaan kata daripada ibu dan persekitaran yang banyak berbicara dengannya sewaktu di dalam kandungan lagi.
Bayi mula belajar untuk mengesan bunyi-bunyi yang berada daripada persekitarannya
BAYI
Bayi sentiasa mengeluarkan bunyi-bunyian untuk menarik perhatian orang-orang yang disekitarnya
Selalunya mereka akan mula menyebut perkataan dalam lingkungan usia 10-15 bulan
Perkataan-perkataan mudah seperti “mama”, “papa”, “susu” dan sebagainya adalah antara perkataan biasa yang boleh dilihat dalam usia bayi.
Setelah menjangkau usia 18-24 bulan, bayi sudah mula menggunakan dua patah perkataan yang disertai dengan isyarat badan dan juga intonasi suara
KANAK-KANAK
Kebanyakan kanak-kanak yang berusia 4 tahun sudah boleh menulis nama sendiri manakala kanak-kanak yang berusia 5 tahun pula boleh menulis semula perkataan yang yang diberikan.
Namun, mereka masih belum dapat menulis dengan baik kerana kemahiran motor halus mereka belum berkembang dengan baik dan memerlukan latihan yang berterusan.
Kanak-kanak yang sudah melangkah ke alam sekolah rendah sudah boleh menggunakan bahasa untuk menterjemahkan kehendak dan keperluan mereka.
Selain itu, mereka juga boleh mengolah idea dan menterjemahkannya dalam bentuk tulisan
Ketika peringkat prasekolah (4 hingga 6 tahun), kanak-kanak sudah mula mematuhi peraturan-peraturan tatabahasa dan menguasai lebih banyak perbendaharaan kata
Di akhir peringkat kanak-kanak, mereka juga boleh merangka, menyemak tulisan dan juga membuat karangan.
REMAJA
12-15 TAHUN
Perkembangan bahasa praremaja peringkat ini pada mulanya mencapai tahap yang baik iaitu mereka dapat menguasai gaya dan berbagai-bagai struktur ayat.
Penguasaan ini disebabkan mereka banyak membaca berbagai-bagai bahan bacaan termasuk akhbar, majalah, buku-buku cerita dan juga buku-buku pelajaran.
15-20 TAHUN
Remaja berkembang menjadi seorang yang mempunyai kematangan dari segi jasmani , emosi, rohani , intelek dan sosial.
Remaja mampu memanipulasi bahasa kepada bentuk yang kompleks seperti puisi, laporan dan cerpen
Kemahiran bahasa berkembang kepada kemahiran penulisan
Remaja mampu membuat refleksi dan menganalisis maklumat dan menjalinkan hubungan sosial dengan masyarakat melalui penciptaan dialek yg melambangkan identiti individu tersebut.
IMPLIKASI TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (TEORI CHOMSKY)
guru boleh menggunakan strategi bercerita semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menggalakkan mereka menggunakan bahasa yang betul dan memahaminya.
Pembelajaran bahasa akan diaar secara berperingkat-peringkat mengikut kematangan murid. Justeru proses PnP dapat berjalan secara sisteamatik dan dapat mengawal kadar kemajuan pembelajaran murid.
guru haruslah berperanan dalam membantu mereka mempelajari banyak bahasa. Hal ini boleh dilakukan dengan menyebut perkataan-perkataan dalam pelbagai bahasa supaya mereka terbiasa dengan perkataan-perkataan yang selalu mereka dengar
Menekankan kepada pembelajaran mengikut kadar kendiri yang mana murid berpeluang belajar sesuatu pengetahuan atau kemahiran berdasarkan minat, kebolehan dan tahap kognitif mereka sendiri.
DISEDIAKAN OLEH:1) NUR LIYANAH BINTI RAZMAN
2) NUR ARIFAH BINTI MOHD JO