Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Globalisasi Dan Dinamika Malaysia - Coggle Diagram
Globalisasi Dan Dinamika Malaysia
Globalisasi Dan Persoalan Kenegaraan : Kontrak Sosial
proses globalisasi menyebabkan Pengaruh Barat yang menjunjung tinggi konsep hak asasi manusia, dan kebebasan individu. Ini berlaku kerana generasi muda hari ini tidak berkongsi pengalaman sejarah perjuangan kemerdekaan negara sebagaimana generasi sebelum ini. Mereka lebih terdedah kepada ideologi Barat yang diterima melalui kontak mereka dengan agen globalisasi seperti media massa atau teknologi komunikasi.
Globalisasi Politik Dan Dinamika Malaysia
Elit-elit politik telah mewujudkan satu pakatan bersama untuk memerintah. Proses globalisasi pada tahun 1990-an menyebabkan konsep ini mengalami perubahan dalam budaya politik yang memberi kesan langsung dari proses globalisasi. Antara kesan itu adalah kesedaran politik yang mulai tinggi dengan tuntutan demokrasi dan pengamalan nilai sejagat dalam kalangan amsyarakat.
Globalisasi Ekonomi
proses peningkatan integrasi ekonomi antara negara-negara di dunia
integrasi ekonomi melalui pelaburan langsung asing, pengurangan halangan perdagangan serta pembaharuan ekonomi.
perubahan dan isu ekonomi dunia memberi kesan langsung kepada ekonomi tempatan dan kehidupan masyarakat tempatan.
Globalisasi Budaya
pembentukan identiti budaya (budaya tempatan vs budaya barat)
contoh perkongsian norma-norma, nilai-nilai dan pengetahuan yang melaluinya manusia mengaitkan diri mereka berasaskan identiti budaya secara individu dan juga kolektif.
membawa kepada peningkatan saling berhubungan (interconnectedness) dalam kalangan penduduk dan budaya yang berbeza.
Berlakulah penyebaran idea, makna dan nilai di seluruh dunia dalam apa-apa cara untuk memperluaskan dan meningkatkan hubungan sosial
proses ini ditandai dengan penggunaan bersama budaya yang telah disebarkan oleh Internet, media budaya popular, dan perjalanan antarabangsa.
Migrasi Antarabangsa
wujudnya masyarakat yang makin kompleks seperti kemasukan pendatang-pendatang dari luar negara membawa bersama mereka nilai dan norma hidup masing-masing.
apabila jumlah pendatang dari Myanmar, Vietnam, Kampuchea, Thailand (Selatan Thai atau masyarakat Patani), Indonesia, China, Nepal, Afrika dan Filipina semakin bertambah di negara ini
konflik dan pergaduhan menjadi mudah untuk tercetus sama ada melibatkan sesama etnik atau dengan etnik tempatan atau dgn pihak berkuasa
contoh proses perkahwinan rentas bangsa dan negara membawa persoalan sosial dan keselamatan. Perkahwinan yang lebih dikenali sebagai perkahwinan transnasional adalah pernikahan antara dua orang dari negara yang berbeza.