Teori Perkembangan Kognitif Oleh Jean Piaget.


Piaget membahagikan tahap perkembangan kognitif kepada empat peringkat.

Peringkat deria motor (0-2 tahun)

Peringkat praoperasi (2-7 tahun)

Peringkat operasi konkrit (7-11 tahun)


Peringkat operasi formal (12 tahun ke atas)

Bayi mengkoordinasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema tingkahlaku yang membolehkan mereka bertindak dan mengetahui” persekitarannya.

Bayi mula melihat dan mempelajari hubungan antara badannya dengan persekitaran. Kebolehan deria motornya berkembang dari semasa ke semasa.

Bayi berlajar dengan melihat, menyentuh, mendengar perkara sekelilingnya kemudian menirunya.

Kebolehan meniru tingkah laku dikenali sebagai pembelajaran melalui pemerhatian (Mussen dan Kagan, 1974)

Mula menggambar dan merancang seseatu perkara.

Kanak-kanak mula mewakili sesuatu dengan simbol mental dengan bahasa, gambar atau isyarat.

Mereka sudah berupaya mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan boleh membandingkan antara dua peristiwa yang berlaku.

Kanak-kanak mula bermain permainan membayangkan (pretend play)

Pemahaman kanak-kanak mengenai objek bergantung pada ciri-ciri yang nampak dengan jelas dan nyata.

Berkebolehan berfikir secara logik walaupun pemikiran mereka masih terikat dengan situasi yang konkrit.

Sudah mula menguasai konsep berkomunikasi.

Pada peringkat ini, kanak-kanak juga menguasai proses dan kemahiran pengelasan dan menyusun secara bersiri mengikut susunan menaik dan menurun.

Kanak-kanak belajar untuk bersosial dan menerima pandangan rakan-rakan semasa bermain dan ketika melakukan aktiviti bersama.

Minat mendalami identiti diri dan isu sosial.

Mengenalpasti sesuatu yang bersifat abstrak dengan terperinci.

Pemikiran lebih bersifat rasional.

Lebih bersikap matang dan lebih spasifik.

Dapat membuat hipotesis lengkap