Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Globalisasi dan Dinamika Malaysia - Coggle Diagram
Globalisasi dan Dinamika Malaysia
Definisi globalisasi
Fenomena multidimensi yang elemen utamanya dipercayai sebagai satu trend dan proses sifat semulajadi dunia yang melibatkan aktiviti manusia yang saling berhubungan (interconnectedness) dalam skala global, meningkatkan dunia yang saling bergantungan (interdependence) dan merebaknya amalan-amalan merentas sempadan (trans-border)
Proses Globalisasi
Tiga gelombang, iaitu gelombang pertama sebagai gelombang globalisasi Islam, kedua dikenali gelombang globalisasi kolonialisme dan gelombang ketiga globalisasi pasca kolonialisme.
Teori globalisasi
Teori Penumpuan atau Teori Konvergensi
Teori Dunia Anarki
Globalisasi dan persoalan kenegaraan: kontrak sosial
Generasi muda hari ini tidak berkongsi pengalaman sejarah perjuangan kemerdekaan negara sebagai mana generasi sebelum
Proses globalisasi menyebabkan pengaruh Barat yang menjunjung tinggi konsep hak asasi manusia, dan kebebasan individu, ditakrifkan oleh sebahagian generasi Malaysia hari ini dengan pengertian tersurat sebagaimana difahami oleh masyarakat Barat.
Mereka lebih terdedah kepada ideologi Barat yang diterima melalui kontak mereka dengan agen globalisasi seperti media massa atau teknologi komunikasi.
Globalisasi politik dan dinamika Malaysia
Integrasi politik- demokrasi permuafakatan
Elit-elit politik yang mewakili kumpulan majmuk yang berbeza mewujudkan satu pakatan bersama untuk memerintah
Proses globalisasi yang mula bertiup kencang sejak tahun 1990-an menyebabkan konsep ini mengalami perubahan
kesedaran politik yang mulai tinggi dengan tuntutan demokrasi dan pengamalan nilai sejagat dalam kalangan masyarakat pelbagai etnik dinegara ini yang semakin meningkat.
Pengaruh masyarakat sivil dan NGO
Masyarakat sivil - media, tokoh-tokoh berpengaruh dan organisasi awam
NGO - Peranan NGO misalnya sangat menonjol dalam era globalisasi terutama dalam dekad-dekad kebelakangan ini
Globalisasi Ekonomi
Proses peningkatan integrasi ekonomi di antara negara-negara di dunia - wujudkan pasaran global atau pasaran dunia tunggal.
Integrasi ekonomi melalui pelaburan langsung asing, pengurangan halangan perdagangan serta pembaharua nekonomi
Perubahan dan isu ekonomi dunia memberi kesan langsung kepada ekonomi tempatan dan kehidupan masyarakat tempatan
Globalisasi dan hubungan etnik
Berlaku usaha kesepakatan sosial yang lebih merakyat - menggunakan teknologi sebagai medium baru dalam mencari kesepakatan.
Wacana awam mengenai perbezaan etnik dalam kalangan rakyat Malaysia sejak tahun 2007 telah meningkat dengan besarnya
Mengikut Shamsul Amri (2011) dalam keadaan yang begitu rancak, perkongsian wacana kesepakatan ini dipanjangkan lagi melalui kesepakatan melakukan demonstrasi awam yang telah dikendalikan dengan sensitiviti yang besar.
Globalisasi budaya
Pembentukan identiti budaya – budaya tempatan vs budaya barat
Berlakulah penyebaran idea, makna dan nilai diseluruh dunia dalam apa-apa cara untuk memperluaskan dan meningkatkan hubungan sosial.
Identiti bahasa
Peningkatan patriotisme budaya
Perkembangan ini terjadi apabila globalisasi dilihat membawa gelombang kedua berlakunya hegomoni bahasa Inggeris kealam Melayu.
Amerikanisasi
Kebimbangan - budaya tradisional sedikit demi sedikit akan hilang dan diganti pula dengan nilai dan norma budaya Barat.
Pemahaman sekular, seperti budaya hedonisme, konsumerisme, materialisme dan individualisme
Migrasi antarabangsa
Wujudnya masyarakat yangsemakin kompleks
kemasukan pendatang-pendatang dari luar negara membawa bersama mereka nilai dan norma hidup masing-masing.
Konflik dan pergaduhan menjadi mudah untuk tercetus sama ada melibatkan sesama etnik atau dengan etnik tempatan atau dengan pihak berkuasa