Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERANAN GURU MENGATASI ISU BULI - Coggle Diagram
PERANAN GURU MENGATASI ISU BULI
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN KONDUSIF
PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL
Persekitaran psikososial ialah hubungan antara emosi seseorangn dengan persekitaran sosial (Haliza & Joy Nesamalar, 2016).
Guru mewujudkan komunikasi berkesan dengan murid seperti bersikap mesra dan menggunakan bahasa yang sopan
Contohnya, selalu berkomunikasi dengan semua murid dan tidak mengabaikan persoalan yang ditanya oleh murid
Murid berasa dihargai dan dihormati
Kempimpinan guru
Guru boleh mengamalkan cara demokrasi iaitu berbincang, memberi peluang murid bersuara dan mendengar hujahan mereka (Haliza & Joy Nesamalar, 2016).
Murid berasa tidak dipinggir oleh guru malah pendapat mereka didengari oleh guru
Murid akan bergiat dengan lebih aktif dalam proses PdP.
PERSEKITARAN FIZIKAL
Persekitaran fizikal merangkumi perabot, susunan meja, peralatan pembelajaran di dalam kelas (Nor Suhaila & Siti Mistima, 2019).
Guru boleh menukar tempat duduk pembuli dan mangsa buli jauh antara satu sama lain dan dapat memantau murid-murid di dalam kelas
Mangsa buli akan berasa selamat dan selesa untuk fokus semasa sesi PdP.
Mengelakkan perkara yang boleh memudaratkan kedua-dua pihak
Emosi mangsa buli tidak diganggu
Penggunaan ruang dalam kelas iaitu menggunakan papan kenyataan untuk meletakkan hasil kerja murid
Menimbulkan perasaan kesepunyaan dalam diri murid
Mengelakkan sesetengah murid daripada berasa terpinggir
STRATEGI MEMBINA HUBUNGAN POSITIF DALAM BILIK DARJAH
Masukkan unsur kecindan
Unsur kecindan ini membantu untuk mengurangkan stres murid (Haliza & Joy Nesamalar, 2016)
Membangkitkan perasaan seronok untuk belajar
Murid lebih fokus untuk belajar
Menetapkan jangkaan realistik
Hal ini menunjukkan guru mengambil berat tentang perkembangan akedemik dan berbincang dengan murid tentang kekuatan dan kelemahan (Ahmad Firdaus, Kamarun Azmi & Khairunnisa, 2016)
Menetapkan hasil pembelajaran yang setaraf dengan kemampuan murid.
Mengelakkan murid daripada tertekan kerana kesukaran untuk mencapai hasil pembelajaran yang tinggi
Mengingati nama murid
Murid akan berasa bahawa guru mengetahui keberadaan mereka dan mengambil berat tentang mereka (Haliza & Joy Nesamalar, 2016)
Sekiranya murid melakuka kesalahan, guru tersebut boleh memanggil terus namanya dan memberitahu bahawa perbuatannya adalah salah seperti membuli
Persekitaran pembelajaran kondusif ialah tempat murid fokus, mengambil bahagian dan melibatkan diri dalam pembelajaran(Haliza & Joy Nesamalar, 2016)