Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KEPENTINGAN DAN KEPERLUAN PERANCANGAN HARTA DALAM ISLAM - Coggle Diagram
KEPENTINGAN DAN KEPERLUAN PERANCANGAN HARTA DALAM ISLAM
pengenalan
Harta merupakan salah satu bentuk keperluan dalam kehidupan manusia. lanya amat ingin dimiliki oleh kebanyak- an manusia disebabkan harta mampu untuk memenuhi dan mencapai matlamat keperluan
Islam tiada larangan terhadap manusia untuk mengumpul dan memperoleh harta, namun kaedah dan mengumpul harta perlulah memenuhi dan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan Syarak.
harta mempunyai hubungan rapat dengan seseorang dari aspek proses yang melibatkan perancangan, pengumpulan, pengolahan, pengurusan dan perbelanjaan.
perancangan harta adalah antara salah satu proses pengurusan harta yang dilakukan semasa bagi seseorang masih hidup.
ketiadaan dan kegagalan merancang dan mengurus harta akan menyebabkan isu yang dibangkitkan akan terus berpanjangan.
kepentingan dan keperluan perancangan harta dalam Islam.
dapat menjamin peredaran harta secara meluas berpandukan hukum syarak agar ianya dapat dinikmati oleh masyrakat dan negara.
harta yang diperoleh dengan cara yang hala hendaklah dibelanjakan dan dikembangkan dengan cara yang halal mengikut hukut syarak.
pemakaian prinsip al musyarakah, al wadiah, al mudarabah, dan al murabahah membolehkan ummat islam untuk menyimpan harta yang mereka miliki tanpan ragu-ragu. ia juga membolehkan unit yang mengalami kekurangan dana untuk mendapatkan pembiayaan daripada unit lebihan.
konsep perancangan harta dalam Islam
jambatan penghubung antara masa kini dan masa akan datang yang aman menggariskan langkah-langkah merealisasikan berasaskan fakta dan angka masa kini serta kemungkinan-kemungkinan masa depan.
merupakan suatu proses yang teratur dan tersusun yang memerlukan objektif tertentu untuk dicapai dengan proses yang dibina.
dari perspektif konvensional : mempelajari tentang prinsip-prinsip perancangan terhadap penggunaan, penjagaan/pemilikan dan pemindahan harta seseorang.
menentukan dan mentadbir pengurusan terhadap harta pusaka yang dimiliki
memutuskan siapa yang akan memperolehi harta selepas kematian pemilik harta dan membuat pilihan bagaiman pemindahmilikan selepas berlakunya kematian.
bersifat komprehensif iaitu merujuk kepada suatu perancangan yangmampu dilaksanakan cara mana seseorang semasa hayatnya memperolehi,mengurus dan mengagihkan hartanya.
aktiviti pemindahan harta oleh seseorang kepada orang lain berdasarkan hukum syarak.
kajian lepas
kajian-kajian luar negara yang lebih menfokuskan perbincangan harta umum dan klasifikasi kajian menurut nagara.
terdapat 5 perancangan asas kewangan seperti perancangan persaraan, perancangan harta, perancangan perlindungan keluarga, perancangan cukai pendapatan dan perancangan persekolahan atau pendidikan.
perancangan harta yang dimiliki telah dirancang terlebih dahulu tanpa menunggu tempoh tua atau hampir meninggal.
bertujuan mengelakkan inheritance, succession atau gifts taxes dan duties.
elemen amanah yang diaplikasikan dalam proses merancang harta bagi individu-individu yang sesuai sekiranya dirancang dan diatur secara berhati-hati.
kajian-kajian perancangan harta di Malaysia lebih menfokuskan kepada perancangan harta dari sudut kewangan dan beberapa intrumen perancangan harta yang terdapat dalam Islam seperti wakaf, wasiat, hibah dan lain-lain.
perancangan harta adalah satu keperkuan bagi melaksanakan perancangan kewangan terhadap seseorang seperti cukai pendapatan dan keadaan harta tersebut semasa persaraan semasa pengurusan terhadap wasiat selepas kematian seseorang
objektifnya ialah bagaimana kita dapat memaksimumkan kegunaan aset seseorang sepanjang kehidupan untuk mencapai matlamat peribadi selepas kematian nanti
perancangan harta Islam sebagai perancangan harta yang merujuk kepada suatu perancangan yang mampu dilaksanakan oleh seseorang semasa hayatnya dari aspek memperolehi, mengurus, mengagih, mengawal, memantau dan memanfaatkan harta tersebut selepas kematian.
peranan amanah dalam perancangan kewangan dalam Islam sebagai elemen yang penting dan perlu ada kepada agen pelaksana.
kesimpulannya, membincangankan konsep perancangan harta secara konvensional disamping mengetengahkan intrumen agihan dalam kewangan Islam seperti wakaf, hibah, wasiat dan lain-lain.
kedudukan dan dalil perancangan harta dalam Islam
Rasulullah SAW berasabda: "Gunakanlah 5 perkara sebelum 5 perkara. masa muda sebelum masa tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan hidup sebelum mati."
"Tiap-tiap yang hidup akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu." - Surah Al Imran ayat 185.
perancangan harta dari perspektif Maqasid Syariah
nilai-nilai dan tujuan syarak yang tersirat dalam segenap atau sebahagian besar dari hukum-hukumnya.
selain dari untuk memelihara kemaslahatan atau kepentingan manusia dalam menjalani kehidupan di dunia, ia juga bertujuan untuk memelihara kepentingan manusia selepas kematian.
merupakan elemen penting dalam maqasid syariah kerana syariah Islam dibina dengan asas untuk membawa kepada kebaikan dan meolak keburukan.
penjagaan terhadap 5 aspek utama iaitu menjaga agama, menjaga nyawa/jiwa, menjaga akal, menjaga keturunan, menjaga harta
harta sebagai bentuk nadi kehidupan manusia dan tonggak kepada syiar Islam.
nilai-nilai Islam dalam perancangan harta
akauntabiliti
merujuk kepada tanggungjawab individu terhadapa segala apa yang telah diamanahkan. ianya bermatlamat untuk mencapai satu kaedah kawalan berkesan bagi memastikan peraturan dan undang-undang yang berkaitan degan pengurusan perlu dipatuhi dan juga menyediakan satu sistem yang berkesan bagi melaksanakan dan mengesan tanggungjawab yang diamanahkan.
adil
dalam istilah ditakrifkan sebgaai seimbang, meletakkan sesuatu pada tempatnya, dan memberi hak kepada mereka ynag berhak. nilai adil boleh dilihat pada beberapa sudut. pertama, adil antara keperluan keluarga dan keperluan masyarakat. kedua, adil antara faedah dunia dan saham akhirat. ketiga, adil sebagai pemegang amanah.
kebijaksanaan
yang dimiliki boleh diinterpretasikan dalam pengurusan harta dari dua sudut. pertama, bijak memilih individu bagi memelihara harta. mestilah seseorang yang boleh dipercayai, tidak mengambil kesempatan, berlaku adil, tulus dan telus.