Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH - Coggle Diagram
PENGURUSAN TINGKAH LAKU BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH
ISU TINGKAH LAKU
DISTRUPTIF
bermaksud sesuatu tindakan yang mengganggu, mengacau atau mengendalakan aktiviti atau pelaksanaan p&p
Kelakuan nakal – suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas.
Secara umumnya, masalah tingkah laku di dalam kelas akan mengganggu kelancaran dan keberkesanan proses PdP di dalam kelas.(Ainul Yaqin Abdullah et.al, 2016).
Tiwi Kamidin (2004) dalam Ridzuan Kamis (2016) yang menjelaskan bahawa individu yang mempunyai tingkahlaku distruptif akan sentiasa mengganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas, malah turut melakukannya di luar bilik darjah sama ada terhadap adik-beradik atau rakan sebaya yang lain.
DEFINISI
Mahmood Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya.
Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
PUNCA
Faktor persekitaran. Gragey (1970) et. al berpendapat bahawa persekitaran persekolahan yang ketat kawalannya akan menimbulkan keadaan tidak berdisiplin.
Emosi. Mengikut Despert (1965 ), kanak-kanak yang mempunyai masalah emosi ‘ neurotic ‘ atau ‘psychotic dapat dikenali melalui gaya kelakuannya yang jahat, selalu membuat salah, melawan,ingkar, tidak dapat dibentuk dan tidak stabil.
Masalah ibu bapa. Hussein Mahmood (1980) mendapati bahawa masalah besar yang dihadapi oleh pelajar-pelajar adalah masalah-masalah yang berkaitan dengan rumah dan keluarga.
Dipengaruhi oleh individu lain dan media massa. Tan Toh Wah (1995) menjalankan kajian di mana pengaruh rakan sebaya memang kuat memberi kesan pada pembentukan peribadi pelajar.
LANGKAH MENGATASI
BILIK DARJAH KONDUSIF
Bilik darjah bersih, ceria dan teratur. contohnya, kelas yang mempunyai jadual bertugas akan sentiasa bersih, ceria dengan bantuan jawatankuasa memainkan peranan.
Bilik darjah yang dapat memotivasi, memberi semangat kepada murid. Contohnya, bilik darjah yang dihias cantik akan diberi hadiah maka dengan usaha mereka menghias memberikan semangat.
Bilik darjah yang dilengkapi dengan alat bantu mengajar. Hal ini akan meningkatkan keseronokkan dapat pembelajaran.
Memberikan ruang untuk mengembangkan potensi murid. Contohnya, sudut membaca yang menarik dengan tambahan buku pengetahuan untuk murid mengembangkan ilmu.
HUBUNGAN POSITIF ANTARA GURU-MURID
Bertindak sebagai ketua. Guru adalah pemimpin dan model untuk mereka ikuti.
Menerima keindividualan murid. Guru seharusnya tidak membeza-bezakan tahap murid iaitu dengan layanan yang adil
Wujudkan komuniti dalam bilik darjah. Guru perlu menjalani hubungan baik dengan murid dengan cara menghormati pendapat mereka.
Beri peluang kepada murid untuk mengenali diri guru. Selalunya pada awal pembelajaran, guru akan membuat sesi suai kenal bersama murid untuk mendapatkan kemesraan.
Menggalakan emosi positif kepada murid. Menurut Abdullah dan Ainon (1999) perasaan positif ini termasuklah rasa suka, seronok, gembira, lega dan lapang.
HALANGAN
Personaliti murid yang berbeza dan sering berubah memberi kesukaran untuk guru mengesan penambahbaikan tingkah laku mereka.
Komunikasi murid dan guru. Menurut Abdullah dan Ainon (1999), terdapat beberapa cara bagaimana guru mungkin menyebabkan serangan verbal sehingga menyebabkan kecederaan psikologi kepada murid
Kesihatan pelajar yang tidak memuaskan akan menyusahkan beberapa pihak seperti depress dan sebagainya.
Faktor bilik darjah dan guru. Bilik darjah yang tidak menarik dan ceria serta guru yang membosankan memberi kesan buruk terhadap pelajar.
Masalah perkembangan murid. Tahap kognitif murid berbeza malah akan memberi kesan berpanjangan jika tidak dipeduli.