Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perkara–perkara yang pernah dipinda dalam Perlembagaan Malaysia sejak…
Perkara–perkara yang pernah dipinda dalam Perlembagaan Malaysia sejak tahun 1957.
Pemisahan Singapura
Pemisahan mana-mana wilayah Malaysia adalah dilarang oleh Perlembagaan. Situasi sedemikian memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja terlebih dahulu. Pindaan dibuat dengan 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat menyokong pindaan in.Oleh itu pada bulan September 1963, Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia.
PERLEMBAGAAN NEGERI
Perlembagaan Malaysia juga merupakan satu perjanjian perkongsian antara negeri-negeri yang menganggotai Persekutuan Malaysia.
Peruntukan ini terkandung dalam Perkara 71 Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang memperuntukan bahawa setiap Perlembagaan Negeri hendaklah mempunyai peruntukan tersebut.
Peruntukan tertentu tentang Perlembagaan Negeri diistilahkan sebagai perlu.
Setiap negeri mempunyai hak, kuasa dan tanggunggjawab tersendiri menurut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
Mengenai Gender
Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi memasukkan perkataan dender supaya tiada lagi sebarang undang-undang atau dasar yang mendiskriminasi wanita dan memastikan tidak ada diskriminasi antara jantina di negara ini.perkataan ‘jantina’ akan ditambah kepada perkara 8(2) Perlembagaan Malaysia yang menyatakan “kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya oleh Perlembagaan ini,tidaklah boleh ada perbezaan terhadap warganegara semata-mata oleh sebab agama,kaum,keturunan atau tempat lahir dalam mana-mana undang-undang”
Kedudukan yang di-Pertuan agong atau kedudukan Raja
Yang di-Pertuan Agong hendaklah berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agong apabila menghadapi tindakan undang-undang.Begitu juga dengan raja-raja negeri, sekiranya raja mengahadapi tindakan undang-undang, raja hendaklah berhenti menjalankan fungsi baginda dan jika didapati bersalah dan dihukum penjara lebih daripada satu hari,maka baginda akan diturunkan takhta melainkan jika baginda diampunkan.
Kekebalan Raja
Kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa yang dianggap sebagai kekebalan atau imuniti raja-raja,iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan apa-apa kesalahan.Pindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian raja-raja daripada tindakan undang-undang sudah tidak sesuai lagi dengan aliran zaman.
Pengurusan Bekalan Air
Pindaan Perlembagaan Persekutuan membolehkan Kerajaan Persekutuan mengawal selia pengurusan bekalan air pada peringkat negeri,kecuali di Sabah dan Sarawak.Hal ini akan memastikan pengurusan bekalan air dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan,walaupun air sebelum ini berada di bawah bidang kuasa Kerajaan negeri.
Kes Rogol
Pada tahun 1989,beberapa undang-undang berkaitan dengan kes rogol telah dipinda untuk meningkatkan lagi keberkesanannya serta meningkatkan tahap keadilan atau sense of justice bagi simangsa.Pindaan tersebut termasuk menaikkan tahap umur bagi statutory rape daripada 14 tahun kepada 16 tahun,mengenakan tempoh penjara minimum secara mandatori bagi perogol yang didapati bersalah dan juga menambahkan tempoh penjara maksimum bagi kes mencabul kehormatan dari dua hingga 10 tahun.
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Mengasaskan Malaysia sebagai sebuah persekutuan.
Sebagai negara demokrasi berparlimen.
Memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi tetapi Malaysia bukan sebuah negara teokrasi dan menjamin kebebasan agama kepada semua rakyat berbilang agama.
Mempunyai raja berperlembagaan.
Memperuntukkan ketertinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang.
Memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan iaitu Perundangan, Eksekutif dan Badan Kehakiman.
PEMBAHAGIAN KUASA
Perlembagaan memperuntukkan kuasa secara jelas supaya tidak timbul pertindihan dan tidak ada pihak yang boleh menyalahgunakan kuasa. Kerajaan memainkan dua peranan penting, iaitu sebagai pemerintah dan pembuat undang-undang. Badan kehakiman pula menjadi badan yang melaksanakan undang-undang yang digubal di parlimen.
UNDANG –UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN
Perlembagaan ialah undang-undang utama persekutuan dan mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas hari merdeka yang tidak selaras dengan perlembagaan adalah tidak sah .
Kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh parlimen atau Badan Perundangan mana-mana negeri tidak boleh dipersoal atas alasan bahawa undang-undang itu membuat peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaan dengan Parlimen.
Kesahan mana-mana undang-undang tidak boleh dipersoal atas alasan bahawa
Undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas hak yang disebut dalam perkara 9(2) tetapi tidak berhubung dengan perkara-perkara yang disebut dalam perkara itu.
TATACARA PINDAAN PERLEMBAGAAN
Terdapat beberapa proses yang terlibat ssebelum sesuatu undang-undang itu dipinda.sesuatu rang undang-undang yang hendak dipinda perlu dibahaskan di Dewan Parlimen terlebih dahulu.
Di Dewan Parlimen,rang undang-undang tersebut akan dibahaskan dalam beberapa peringkat,iaitu Bacaan Pertama,Bacaan Kedua,peringkat Jawatankuasa dan seterusnyaBacaan Ketiga.
Setelah dibahaskan,rang undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang telah diluluskan adalah mengikut peruntukan Perlembagaan dengan lebih daripada 2/3 majoriti ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Menurut prosedur,rang undang-undang yang dihantarkan kepadaYang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan.setelah menerimanya, Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan yang mempunyai dua pilihan,iaitu:
Baginda memberi perkenan kepada rang undang-undang tersebut dalamtempoh 30 hari.
Baginda memulangkan semula kepada Parlimen dengan menyatakan sebab rang undang-undang tersebut tidak diperkenankan untuk dipertimbangkan semula atau diubahsuai oleh Parlimen. Pengubahsuaian yang dibuat terhadap undang-undang berkenaan ialah hasil daripada beberapa perbincangan antara pihak kerajaan dengan pihak raja-raja.Pengubahsuaian ini tidak menjejaskan tujuan utama Rang Undang-undang,Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang diluluskan oleh parlimen,iaitu menentukan raja boleh didakwa di bawah Undang-undang negara.
RUJUKAN
1.
https://www.slideshare.net/DORAEMONLINA/bab-4-perlembagaan-malaysia
2.
https://www.slideshare.net/RathnaaWayy/pengajian-malaysia-perlembagaan
3.
https://pengajianmalaysia2u.wordpress.com/2016/08/19/pindaan-perlembagaan/
4.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perlembagaan_Malaysia#Pindaan
5.
http://bab4perlembagaan.blogspot.com/2016/03/tatacara-pindaan-perlembagaan.html