Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PERLEMBAGAAN MALAYSIA (Pindaan Perlembangan) - Coggle Diagram
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
(Pindaan Perlembangan)
DEFINISI PERLEMBAGAAN
Merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara. Dokumen yang mengandungi segala undang-undang dan peraturan asas negara. Kewujudannya untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah negara. Berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintahan atau rakyat.
TUJUAN PERLEMBAGAAN
Mempunyai ciri-ciri khas dan ia telah menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.
Keadaan ini menjadikan Malaysia sebagai sesebuah negara yang mengamalkan tolak ansur dan menjaga kepentingan semua kaum.
PERLEMBAGAAN NEGERI
Perkara 71(3) Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa jika Parlimen mendapati apa-apa peruntukan dalam perlembagaan sesuatu negeri tidak dipatuhi, walau apapun yang terkandung dalam perlembagaan ini, Parlimen boleh membuat undang-undang supaya peruntukan itu dipatuhi.
Peruntukan untuk dikuasa negeri-negeri diistilahkan sebagai perkara perlu. Peruntukan ini terkandung dalam Perkara 71 Perlembagan Persekutuan Malaysia yang memperuntukkan bahawa tiap-tiap Perlembagaan Negeri mesti mempunyai peruntukan tetap tersebut
KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
Membantu kerajaan persekutuan menjalankan kuasa pemerintahan dengan licin
Mahkamah mempunyai kuasa membatalkan sesuatu undang-undang yang digubal oleh parlimen.
Undang-undang tersebut akan terbatal jika bercanggah dengan perlembagaan
Walaupun YDPA merupan ketua negara, baginda juga tertakluk kepada perlembagaan
Menjadi punca kepada semua undang-undang
Tidak ada sebarang institusi di Malaysia yang boleh mengatasi kuasa dan kedudukan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi.
Menjadi punca kepada semua undang-undang
PINDAAN PERLEMBAGAAN
Sungguhpun Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi namun ia tetap boleh dilentur (flexible). Ini bermakna ia boleh dibuat pindaan demi kepentingan rakyat dan negara. Sungguh pun bengitu pindaan perlembagaan Malaysia tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.
Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah beberapa kali dipinda dengan tujuan melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara.
Perlembagaan Malaysia boleh dipinda melalui empat cara sepertimana yang digariskan di bawah Perkara 159 dan 161E.
PINDAAN PERLEMBAGAAN
PERKARA 152 BAHASA MELAYU
Bahasa Melayu telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
Pemerintah Tanah Melayu sedar bahawa jika hendak menyatukan penduduk-penduduk Tanah Melayu, bahasa Inggeris tidak boleh diggunakan
Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan(lingua franca) semenjak abad ke-15
Juga melindungi bahasa lain dan tidak ada sesiapapun yang dilarang daripada menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu
Kedudukan Bahasa Melayu telah dikaji semula semasa pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
Bahasa Melayu mestilah digunakan untuk maksud-maksud rasmi
PERKARA 153 HAK ISTIMEWA ORANG MELAYU,BUMIPUTERA
Orang Melayu merupakan penduduk asal negara ini
Antara perkara yang termasuk dalam soal hak keistimewaan orang Melayu sebagai kaum Bumiputera adalah ;
Ekonomi
Usaha kerajaan adalah untuk menghapuskan pengenalan bangsa mengikut pekerjaan terutama bidang perniagaan yang kebanyakkannya didominasi oleh warga asing
Perkhidmatan Awam
Perlembagaan memperuntukkan tanggungjawab kepada YDPA atas nasihat Jemaah Menteri untuk menentukan perizaban bagi orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak
Pendidikan
Berkaitan biasiswa,bantuan dan keistimewaan pelajaran dan lain-lain kemudahan pelajaran yang diadakan oleh kerajaan
Perkara160(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai ;
Lahir sebelum merdeka sama ada Persekutuan atau di Singapura,atau pada hari merdeka dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura
Seorang yang beragama Islam
Bertutur bahasa Melayu
Mengamalkan adat istiadat Melayu
PERKARA 3 AGAMA ISLAM SEBAGAI AGAMA PERSEKUTUAN
Perkara-perkara dibawah kuasa perundangan negeri mengenai agama islam
Masjid
Wakaf
Adat istiadat melayu
Zakat
Fitrah
Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan Malaysia,undang-undang negeri dan undang-undang Perseketuan boleh mengawal atau menyekat apa-apa iktikad dalam kalangan orang Islam
Majlis Agama Islam berperanan menasihati raja mengenai hal ehwal agama Islam.
Perkara 3(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan Majlis Raja-Raja bertindak sebagai Ketua Agama Islam di negeri masing-masing
Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukan agama Islam sebagai agama bagi persekutuan, tetapi Perlembagaan Persekutuan juga memberi kebebasan kepada semua individu untuk mengamalkan agamanya sendiri
KEWARGANEGARAAN
PROSES PERLUCUTAN KEWARGANEGARAAN
Individu berkenaan merujuk kesnya kepada sebuah jawantakuasa siasatan
Kerajaan menerusi laporan daripada Jawatankuasa siasatan menentukan sama ada seseorang akan dilucutkan kewarganegaraannya atau tidak
Diberitahu secara bertulis dengan alasan kepada individu yang dikenakan perintah pelucutan
KEHILANGAN KEWARGANEGARAAN
Seorang warganegara boleh kehilangan kewarganegaraan melalui 2 cara
Kerajaan negara tersebut melucutkan kewarganegaraan atas sebab ;
Menderhaka terhadap kerajaan
Seorang individu telah menjadi warganegara asing
Membuktikan dia tidak setia melalui percakapan atau tindakan
Bermastautin di negara asing melebihi 5tahun secara berterusan
Individu tersebut menolak kewarganegaraan
CARA MENDAPATKAN KEWARGANEGARAAN
Perkahwinan
Naturalisasi
Jus sanguinis
Jus soli
HAK ASASI WARGANEGARA
Tidak boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut undang-undang.
Berhak mendapat perlindungan undang-undang dan seorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa lagi atas kesalahan yang sama
Kebebasan beragama
Kebebasan pemilikan harta
Seseorang warganegara bebeas bergerak dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan
Kebebasan bercakap, berhimpun, dan menubuhkan persatuan
PROSES PILIHAN RAYA
Boleh merupakan calon bebas
Tidak pernah dipenjarakan melebihi satu tahun (boleh bertanding jika diampuni atau lima tahun selepas tamat hukuman penjara)
Sempurna akal (kelemahan fizikal bukan penghalang)
Tidak pernah didenda RM 2,000 ke atas (boleh bertanding jika diampuni)
Berumur 21 tahun ke atas
Tidak memegang jawatan bergaji
Warganegara dan pemastautin kawasan yang berkenaan
KOMPONEN BADAN PERUNDANGAN DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA
YANG DI-PERTUAN AGONG
YDPA bertindak sebagai Ketua Negara dan secara tidak langsung juga bertindak sebagai ketua kepada tiga cabang kerajaan, iaitu badan perundangan, badan kehakiman dan badan eksekutif.
Antara tugas YDPA ialah:
Berkuasa melantik Perdana Menteri, menteri Kabinet, Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan Hakim-hakim Mahkamah.
Mempunyai kuasa mengampun, meringan dan menangguh hukuman bagi orang bersalah.
ertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah & Sarawak.
Mengisytiharkan undang- undang tentera atau darurat.
Merupakan pemerintah tertinggi angkatan bersenjata dan ketua agama Islam bagi negeri Melaka, Pulau Pinang,Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan negeri baginda sendiri.
YDPA tidak boleh didakwa atas sifat peribadinya kecuali di Mahkamah Khas
Raja berperlembagaan yang memerintah mengikut kuasa yang diberi oleh perlembagaan.
Ketua Negara Malaysia dan lambang perpaduan serta kedaulatan negara.
Perkara yang
TIDAK BOLEH
dilakukan oleh YDPA menurut Perkara 34 Perlembagaan Persekutuan Malaysia
Baginda tidak boleh memegang sesuatu jawatan yang baginya ada apa-apa saraan
Baginda tidak boleh mengambil bahagian yang aktif dalam apa juga perusahaan
Baginda tidak boleh menjalankan tugasnya sebagai raja di negeri baginda, kecuali tugas-tugas baginda sebagai ketua agama Islam
PARLIMEN
Perkara 44 Bahagian 4, Perlembagaan Persekutuan Malaysia: Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan, dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh negara.
Memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru.
Ahli Parlimen adalah terkecuali dari tindakan mahkamah sama ada sivil atau jenayah bagi apa yang dikatakan atau dilakukannya di dalam Dewan, dan pengecualian ini diberi juga kepada sesiapa yang bertindak bagi Dewan itu.
Tempoh Parlimen hanya kekal selama lima tahun dan dipanggil, ditangguh dan dibubarkan oleh Yang Di-Pertuan Agong
DEWAN NEGARA
Diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45.
Dewan Negeri terbahagi kepada dua kategori seperti berikut:-
26 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putra Jaya.
Tugas utama ialah membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat
Menurut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak undang-undang tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenankan, contohnya Rang Undang-Undang Kewangan. Tempoh penangguhan oleh Dewan Negara ialah 30 hari, bagi rang undang-undang yang lain tempohnya ialah setahun.
layak menjadi ahli, seseorang calon hendaklah
waras fikiran
bukan seorang muflis
tidak kurang dari 30 tahun
tidak mempunyai rekod jenayah
warganegara Malaysia
DEWAN RAKYAT
perkara yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan untuk memegang jawatan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat
Mungkir untuk menghantarkan penyata perbelanjaan Pilihan raya bagi Parlimen/Dewan
Disabitkan melakukan kesalahan jenayah
Memegang jawatan bergaji
Bankrap atau muflis
Kurang siuman
Keanggotaan Dewan Rakyat ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia pada Bahagian 4, Bab 4 Perkara 46. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan.
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut:-
tidak mempunyai rekod jenayah
tidak kurang dari 21 tahun
warganegara Malaysia
bukan seorang muflis