Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Islam Mengambil Berat Tentang Pemilikan Harta - Coggle Diagram
Islam Mengambil Berat Tentang Pemilikan Harta
Harta adalah teras dalam kehidupan dan juga sebagai sumber kekuatan sesebuah individu dan ummah, sama ada dalam waktu berlakunya peperangan mahu pun semasa damai.
Manusia perlukan harta untuk mempertahankan diri dan juga mempertahankan kedaulatan tanah air.
Manusia suka bermegah-megah dengan harta serta perhiasan hidup yang mereka peroleh.
Firman Allah swt:
"Serta kamu pula sayangkan harta secara tamak haloba"
(Surah al-Fajr:20)
Harta mempunyai kedudukan yang tinggi dalam diri manusia
Islam menunjukkan tatacara pengawasan dan penjagaan harta. Maka wujudlah HUKUM yang menjamin pemilikan harta
Ambil dan makan harta orang lain secara batil hukumnya haram
Firman Allah swt:
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuh sesama sendiri
(Surah an-Nisa':29)
Cara mendapatkan harta dijelaskan juga dalam Islam
Perbuatan yang mendapatkan harta secara tidak syarie (merampas, meragut,mencuri) HARAM hukumnya.
Islam menetapkan hukuman (uqubah)
setimpal dengan pencerobohan hak milik orang lain (MENCURI)
Dihukum potong tangan. Berdasarkan firman Allah swt dalam Surah Al-Maidah ayat 38
Redha dan hati yang ikhlas adalah asas sah sesuatu muamalat dalam Islam sesama manusia
Islam menggariskan tatacara (sistem) akad dari akad-akad muamalat.
Ditetapkan rukun,syarat tertentu tanpa ada kekurangan
Para fuqaha' memainkan peranan penting dalam menelti,mengkaji dan membahaslan tentang akad yang umum seperti jual beli,upah,gadaian dan sebagainya.
Harta termasuk dalam maqasid syariah
Yang dimaksudkan adh-dharuriyyah adalah keperluan yang wajib. menjamin kemaslahatan agama dan kelangsungan hidup manusia.
Apabila kemaslahatan hilang
kehidupan manusia akan pincang
akan mendatangkan kerosakan,permusuhan dan fitnah
manusia keciciran untuk mendapatkan kejayaan dan kenikmatan akhirat
kembali dengan kerugian yang amat nyata