Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perkara-perkara yang pernah dipinda dalam Perlembagaan Malaysia sejak…
Perkara-perkara yang pernah dipinda dalam Perlembagaan Malaysia sejak tahun 1957
Telah dipinda sebanyak 22 kali.
Dipinda oleh parlimen Perkara 159 (4) boleh dipinda dengan suara majoriti 2/3. Perkara 161 (E) perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah dan Sarawak. Boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap majlis parlimen.
PEMISAHAN SINGAPURA
Pemisahan mana-mana wilayah Malaysia dilarang oleh perlembagaan.
Memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja terlebih dahulu,
MENGENAI GENDER
Dipinda bagi memasukkan perkataan gender supaya supaya tiada lagi sebarang undang-undang.
Permisahan Singapura - Permisahan mana-mana wilayah Malaysia adalah dilarang oleh Perlembagaan. Memerlukan persetujuan Majlis Raja-raja terlebih dahulu. Pindaan dibuat dengan 2/3 daripada ahli Dewan Rakyat menyokong pindaan ini. September 1963, Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia.
Mengenai Gender - Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi memasukkan perkataan gender supaya tiada lagi sebarang undang-undang atau dasar yang mendiskriminasikan wanita dan memastikan tidak ada diskriminasi antara jantina di negara ini.
Perkara 159 (4) Sesetengah perkara boleh dipinda dengan majoriti 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar Majlis Parlimen
Perkara 161(E) Sesetengah perkara yang mempunyai kepentingan bagi Sabah dan Sarawak bleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap Majlis Parlimen, jika ia dipersetujui oleh Yang Dipertua mana-mana negeri.
Kekebalan Raja
Kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa yang dianggap sebagai kekebalan atau imunti raja-raja, iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan apa-apa kesalahan. Pindaan ini dibuat kerana difikirkan pengecualian raja-raja daripada tindakan undang-undang sudah tidak sesuai lagi dengan aliran zaman.
Kedudukan yang di-Pertuan agong atau kedudukan Raja
i.) Yang di-Pertuan Agong hendaklah berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agong apabila menghadapi tindakan undang-undang.
ii.) Dalam tempoh raja berhenti menjalankan fungsi-fungsinya, seorang pemangku raja atau jemaah pemangku raja akan dilantik mengikut Perlembagaan Negeri untuk menjalankan fungsi raja negeri berkenaan.
iii.) Mengikut peruntukan Perkara 71 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan,Perlembagaan Negeri mesti mengadungi peruntukan-peruntukan yang dinyatakan di dalam jadual 8 Perlembagaan Persekutuan
Pengurusan Bekalan Air
Pindaan Perlembagaan Persekutuan membolehkan Kerajaan Persekutuan mengawal selia pengurusan bekalan air pada peringkat negeri, kecuali di Sabah dan Sarawak. Hal ini akan memastikan pengurusan bekalan air dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan, walaupun air sebelum ini berada di bawah bidang kuasa Kerajaan negeri.
Kes Rogol- Pada tahun 1989, beberapa undang-undang berkaitan dengan kes rogol telah dipinda untuk meningkatkan lagi keberkesanannya serta meningkatkan tahap keadilan atau sense of justice bagi si mangsa.
Pindaan tersebut termasuk menaikkan tahap umur bagi statutory rape daripada 14 tahun kepada 16 tahun, mengenakan tempoh penjara minimum secara mendatori bagi perogol yang didapati bersalah dan juga menambahkan tempoh penjara maksimum bagi kes mencabul kehormatan dari dua hingga 10 tahun.
Rujukan
https://www.slideshare.net/RathnaaWayy/pengajian-malaysia-perlembagaan
https://www.scribd.com/document/336601447/Pindaan-Perlembagaan-Persekutuan
http://fathyi96.blogspot.com/2016/01/pindaan-perlembagaan.html
http://jendelasejarahku.blogspot.com/2012/07/nota-perlembagaan-malaysia.html
https://pengajianmalaysia2u.wordpress.com/2016/08/19/pindaan-perlembagaan/
NUR ZAHIRA BINTI MAT RADZI
MPU 2152: PENGAJIAN MALAYSIA
B06DTT18F505