Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Masyarakat Malaysia Yang Dinamik : Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Cemerlang…
Masyarakat Malaysia Yang Dinamik : Ke Arah Masa Depan Yang Lebih Cemerlang
Dinamika Masyarakat Sebelum Penjajahan
sifat masyarakat adalah homogeneus yang keseluruhannya adalah Melayu / diaspora Melayu.
setiap kumpulan etnik mempunyai ciri-ciri bahasa, budaya, dan agama tersendiri
terbangunnya tamadun-tamadun yang besar dan kuat seperti empayar Sriwijaya, Majapahit, Melaka, Mataram, Acheh dan sebagainya
Dinamika Masyarakat Semasa Penjajahan Awal British
merujuk pada masa penaklukan British ke atas Tanah Melayu antara tahun 1876 hingga 1957
kewujudan masyarakat majmuk sangat berkaitan dengan dasar buka pintu British terhadap warga asing khususnya India dan China
dasar pecah dan perintah telah diamalkan British bagi melancarkan pentadbiran.
1- Melayu bercucuk tanam di kampung
2- India bekerja di estet dan ladang getah
3- Cina mengusahakan perlombongan dan menjalankan perniagaan di bandar dan pekan
hasilnya, berlaku jarak sosial antara kaum dan dalam konteks pendidikan
setiap etnik dibenarkan mendirikan sekolah dengan silibus dan pendekatan yang digunakan di tanah besar China dan India
Dinamika Masyarakat Di Zaman Jepun Dan Darurat
penjajahan Jepun di Tanah Melayu adalah selama 3 tahun 8 bulan
setelah kekalahan British di tangan Jepun, semangat nasionalisme telah bangkit dalam kalangan rakyat untuk merdeka
darurat antara 16 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960 dikatakan zaman sengketa dan konflik antara Melayu dan Cina
rancangan penempatan semula oleh British telah memburukkan keadaan kerana membataskan hubungan antara kaum
Peraturan Kerahan Tenaga pada 20 Disember 1950 oleh Sir Henry Gurney telah menyebabkan ramai pemuda-pemudi Cina pulang ke negara asal
Ke Arah Pembentukan Negara Malaysia
bapa kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman dan barisan kabinet telah memperkukuhkan kestabilan ekonomi, politik dan sosial Tanah Melayu
Tunku Abdul Rahman telah memperkenalkan beberapa Jawatankuasa Akta Pelajaran seperti Penyata Razak, Penyata Abdul Rahman Talib (1960)
Rancangan Malaysia Pertama (1956-1960), Rancangan Malaysia Kedua (1961-1965) diperkenalkan bagi mengurangkan jurang perbezaan kemajuan dan pembangunan sosioekonomi politik antara penduduk bandar (bukan Melayu) dan penduduk luar bandar (kaum Melayu)
Dinamika Masyarakat Selepas Merdeka Hingga Kini
selepas penubuhan Malaysia, Rancangan Malaysia Pertama diperkenalkan (1966-1970). Ianya diperkenalkan bagi mencapai integrasi dan perpaduan, tetapi jurang ketidakseimbangan ekonomi antara kaum masih ketara. 13 Mei 1969, konflik kaum meletus di Kuala Lumpur ekoran rasa tidak puas hati akan status ekonomi dan politik.
Tun Abdul Razak telah banyak menyumbang ke arah perpaduan dan integrasi kaum. Dasar, polisi dan strategi yang diperkenalkan oleh beliau telah disambung oleh Tun Hussein Onn. Beliau dapat memperteguh dan memperkukuhkan usaha-usaha yang telah dibuat oleh Perdana Menteri sebelumnya. Beliau telah memberi tumpuan terhadap pembangunan ekonomi dan sosial pada peringkat lokal dan global.
Pada 1991, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri keempat. Selama 22 tahun pemerintahan, Malaysia telah mencapai kemajuan dan kepesatan pembangunan ekonomi, politik dan sosial.
Tun Abdullah menjadi Perdana Menteri kelima. Beliau memperkenalkan Islam Hadhari dan pembangunan modal insan berkelas dunia. Walaupun melahirkan rakyat Malaysia yang bersatu padu, maju dan progresif, ideanya telah dikritik dan dipandang remeh oleh sesetengah pihak.
Dato Seri Najib Tun Razak, sebagai Perdana Menteri keenam menyatukan perpaduan dan integrasi kaum melalui Gagasan 1Malaysia dan Agenda Transformasi Nasional 50 (TN50). Gagasan ideanya bertujuan melahirkan sebuah masyarakat idaman yang di dalamnya lebih menonjolkan ciri-ciri sebuah negara bangsa Malaysia yang dinamik dan prograsif.