Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA - Coggle Diagram
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA
KURIKULUM TERSIRAT
UNSUR DALAM KURIKULUM TERSIRAT
berdasarkan tiga unsur berikut : kelompok, pujian dan kuasa
CIRI-CIRI KURIKULUM TERSIRAT
Dipelajari oleh murid secara tidak langsung. Misalnya daya intelek guru/pengajar; tingkah laku dan akhlak guru/pengajar
PENGAPLIKASIAN DALAM KURIKULUM TERSIRAT
Melalui aktiviti bepersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti dalam unit kokurikulum dan harus melibatkan interaksi antara kelas sosial murid bagi menjayakan proses pembentukan nilai
GURU
KELAS SOSIAL MURID
Perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka
PENGURUSAN BILIK DARJAH & HUBUNGAN
Peranan guru sebagai pemudahcara, agen perubahan dan sumber inspirasi kepada murid adalah jelas dan berapresiasikan dalam sudut kehidupan murid di sekolah. Guru harus kreatif dan inovatif untuk menjadikan sistem penyampaian pembelajaran dan pengajaran (PdP) menjadi lebih efektif dan menarik
PENERIMAAN DAN LAYANAN BAIK
Mengenali latar belakang pelajar, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan dan agama akan membolehkan guru memberikan layanan yang lebih adil kepada individu pelajar
STRATEGI PEMBELAJARAN KOPERATIF
Kesaksamaan bergantung kepada pada persekitaran tempat tinggal pelajar, faktor status sosioekonomi keluarga dan gaya pembelajaran pelajar
SEKOLAH
KEPIMPINAN SEKOLAH
mengatasi masalah kepelbagaian sosio-budaya melalui aktiviti yang disenaraikan di sekolah tersebut . Seperti, gotong-royong perdana, sukan aneka tradisional, pesta perayaan mengikut kaum etnik dan sebagainya
Budaya Sekolah
• Peraturan sekolah
• Keceriaan sekolah
• Paparan maklumat sekolah
• Peranan dan hubungan warga sekolah
MURID
PEMBELAJARAN & PENGAJARAN
Penggunaan bahasa standard perlu diamalkan oleh murid ketika berada dalam kelas mahupun berada di kawasan sekolah. Murid-murid perlu dibersihkan minda dan memastikan kefahaman mereka terhadap rakan sebaya yang berlainan agama, budaya dan jantina agar tidak ada jurang perbezaan antara mereka bagi memudahkan proses pembelajaran guru.
GAYA BERFIKIR DAN GAYA BELAJAR
Dalam amalan sosio-budaya, gaya berfikir dan gaya belajar dapat memastikan murid untuk berfikir serta menaakul dalam pembelajaran guru dalam bilik darjah secara kondusif. Murid yang terdiri dari pelbagai bangsa yang berlainan harus bersosial dalam kelompok mereka terutamanya ketika melakukan aktiviti dalam pembelajaran
KAUM ENTIK
Melalui masyarakat yang diintegrasikan pelbagai kaum, aspek disiplin dan kawalan emosi perlu stabil untuk mengembangkan potensi diri mereka ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti.
KEMAHIRAN DAN PENGGUNAAN BAHASA
Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. Contohnya, unsur-unsur dialek mengikut kaum hendaklah dilelakkan
KELAS SOSIAL
Melalui norma-norma dalam pembelajaran, murid mudah terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang professional
KESEIMBANGAN JANTINA DALAM PENDIDIKAN
Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Contohnya, melibatkan rakan yang berlainan jantina dan bersesuaian dengan tugasan yang telah diberikan oleh guru