Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kelebihan dan Kelemahan Tafsir Bi Al-Ma'thur (Tafsir Ibn Jarir) -…
Kelebihan dan Kelemahan Tafsir Bi Al-Ma'thur (Tafsir Ibn Jarir)
Kelemahan
Bercampuraduk antara riwayat yang sahih dan tidak sahih.
Menyebut riwayat Israiliyat dan kisah umat terdahulu yang tidak dapat disahkan dalam sumber Islam.
Menyebut pandangan-pandangan bertentangan kalangan tokoh tafsir ulung yang terdiri daripada Sahabat dan Tabi'in, seperti Ibn Abbas dan Mujahid.
Tidak mengkritik riwayat dan rangkaian sanad yang disebut juga tidak menghukum perawi-perawinya.
Pengguguran perawi dalam rangkaian sanad beberapa hadith Nabi SAW, walaupun beliau sangat menitik beratkan persoalan sanad.
Tidak menyandarkan qira'at Al-Quran kepada qari yang masyhur serta tidak menyatakan kesahihan riwayat qiraat tersebut.
Huraian terlalu panjang yang menyukarkan pembaca menghubungkan satu ayat dengan satu ayat.
Kelebihan
Disusun dan ditulis mengikut kaedah majoriti ulama Salaf iaitu dengan melakukan pentafsiran ayat berdasarkan Hadith dan Athar.
Tafsir Ibn Jarir membentangkan dan menerangkan manakah takwil kukuh yang beliau perolehi daripada para Sahabat.
Sebuah kitab tafsir yang bermutu tinggi.
Menghuraikan segala sanad dengan jelas, mendekatkan apa yang jauh serta mengumpulkan apa yang tidak dapat dikumpulkan oleh penulis kitab tafsir lain.
Mengumpulkan pandangan tokoh-tokoh tafsir kalangan sahabat, Tabi'in dan Tabi' al-Tabi'in.
Menyebut rangkaian sanad yang pelbagai bagi setiap riwayat yang ma'thur.
Menyebut banyak bait-bait syair dalam mentafsirkan ayat.
Menggabungkan Tafsir dengan Takwil serta mengaitkan Tafsir bi al-Ma'thur dengan Tafsir bi al- Ra'yi.
Menyebut qiraat yang pelbagai antara sahih dan syaz serta menjadikan sebagai dalil dalam menghuraikan sesuatu ayat.
Menyebut pandangan golongan-golongan yang berselisih beserta hujah masing-masing.
Memilih pandangan yang kuat tanpa membiarkan pembaca terkeliru dengan pandangan-pandangan yang berbeza.
Meletakkan asas kepada ilmu Pengantar Usui al-Tafsir.