Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
TEKNIK PEMBELAJARAN, PERKAITAN 5 TEKNIK PENGAJARAN, PEMBELAJARAN KOPERATIF…
TEKNIK PEMBELAJARAN
PERKAITAN 5 TEKNIK PENGAJARAN
Pembelajaran berpusatkan murid
Murid memainkan peranan utama
Melibatkan kerja kumpulan antara murid
Melibatkan komunikasi antara murid
Komunikasi dua hala antara guru dan murid
Perkembangan murid secara menyeluruh
PEMBELAJARAN KOPERATIF
Definisi
Satu set proses yang membantu pelajar berinteraksi satu sama lain untuk mencapai satu matlamat khusus atau mendapatkan satu hasil akhir (end-product) yang ada kaitan dengan isi kandungan mata pelajaran.
Ciri-ciri
Kumpulan Koperatif Formal
Digunakan dalam satu jangka masa kuliah atau boleh melewati beberapa minggu untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan
Kumpulan Koperatif Informal
Kumpulan sementara atau ad hoc yang dibentuk untuk satu aktiviti perbincangan kumpulan kecil dalam kumpulan besar
PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH
Definisi
Kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran
Aspek Pembelajaran
Dimulakan dengan mengenalpasti masalah.
Murid mencari punca-punca masalah itu berlaku.
Dalam mencari punca, murid perlu memahami tajuk dan senario terlebih dahulu.
Kemudian maklumat yang diperoleh serta punca-puncanya dinilai untuk diketengahkan.
Seterusnya murid membentangkang punca-punca utama dengan jelas.
Pembentangan boleh dibuat dalam pelbagai bentuk seperti peta minda, flyers, powerpoint, buku mini, wawancara, pantun, sketsa, dialog, perbualan, kartun dan sebagainya.
PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
Definisi
Pendekatan pedagogi yang merangsang kemahiran abad ke 21 murid.
Pendekatan jangka masa panjang yang meraikan kebolehan, kemahiran berfikir serta bakat murid.
Aspek Pembelajaran
Membina soalan utama
Suara dan pilihan murid
Kemahiran abad ke 21
Inkuiri dan inovasi
Maklum balas dan semakan
Pembentangan
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
Definisi
Pembelajaran adalah berpaksikan kepada persoalan dan soalan-soalan untuk merungkai tajuk yang dipelajari.
Aspek Pembelajaran
Penglibatan murid secara aktif dan kolaboratif
Penerokaan - Perasaan ingin tahu dan mencuba sesuatu yang baru
Pengembangan - Perbincangan alternatif dan keupayaan murid untuk mengeksplorasi untuk mendapatkan hasil kreatif dan dinamik
Penilaian - Murid menilai hasil, membuat refkeksi dan keputusan
Penerengan - Murid mencari jawapan betul dan membentangkan hasil kerja
PEMBELAJARAN TERBEZA
Definisi
Murid belajar secara optimum mengikut aras atau situasi murid
Aspek Pembelajaran
Pembelajaran terbeza dari segi kandungan adalah apabila kandungan yang diberikan berbeza mengikut tahap murid
Pembelajaran terbeza dari segi proses pula adalah murid melakukan aktiviti yang sama tetapi melalui proses yang berbeza
Pembelajaran terbeza dari segi produk pula memerlukan murid berlainan menghasilkan produk yang berlainan
NOR AZRA BINTI WAHAB PDPPSN1620