Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
EDUP3013: FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS - Coggle Diagram
EDUP3013: FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS
DEFINISI:
Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat
faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa' (Chua,1982)
CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS
:
• Autisme
• Epilepsi
• Pintar Cerdas dan Berbakat
• Lembam
• Cerebral Palsy
• Acalculia
• Discalculia
• Disgrafia
• Sindrom Down
• Disleksia
• Autisme
keadaan yang menyebabkan
kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri
1. Autisme Awal Bayi
2. Autisme Regresif
• Epilepsi
satu gejala gangguan saraf disebabkan oleh kecacatan atau gangguan pada isyarat elektrik yang mengawal operasi otak. Ia juga dikenali sebagai gila babi dalam masyarakat Malaysia khususnya kaum Melayu.
(Vikki F. Howard et.al, 2005).
1) Sawan menyeluruh
2) Sawan separa
• Pintar Cerdas dan Berbakat
Ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa.
• Lembam
Kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.
• Cerebral Palsy
Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang
berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan
menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang
berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.
• Acalculia
Acalculia adalah masalah dalam simbol dan nombor dan operasi matematik. Istilah ini kadang-kadang digunakan apabila merujuk kepada pemahaman metematik yang terdahulu yang terjejas akibat kerosakan otak.
• Discalculia
Discalculia ialah masalah dalam metematik secara amnya dan dalam operasi matematik khasnya. Apabila kanak-kanak menghadapi masalah dalam matematik ditahap yang teruk,ia dikatakan menghadapi masalah diskalkulia.
• Disgrafia
Disgrafia ialah masalah pembelajaran spesifik yang memberi kesan terhadap kesukaran dalam menyatakan apa yang ada dalam pemikiran ke dalam bentuk tulisan dan graf. Ini merujuk kepada tulisan yang buruk.
• Sindrom Down
Sindrom Down disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah merupakan serat-serat khusus yang terdapat didalam setiap sel didalam badan manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang.
Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).
• Disleksia
Menurut Hammond dan Hughes (1996), istilah disleksia diperkenalkan oleh seorang Profesor Berlin yang merupakan seorang pakar perubatan dan “ophalomotologist” pada tahun 1887.
Berdasarkan World Federation of Neorology (1968) disleksia merupakan satu masalah “Disorder” yang terjadi kepada kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek.
1) Disleksia visual (penglihatan)
2) Disleksia auditori (pendengaran)
3) Disleksia visual-auditori
Pendidikan Khas di Malaysia
adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sendirir sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)
Dengan RPI, ibu bapa dan guru dapat bekerjasama dalam beberapa aspek seperti menentukan keperluan pembelajaran murid, keperluan bagi mencapai keperluan itu dan hasil pembelajaran yang dijangkakan. RPI disemak dan
diteliti apabila berlaku perubahan dalam keperluan pembelajaran murid.
CIRI-CIRI RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU:
1)Komprehensif
2) Spesifik
3) Mengikut urutan
4) Realistik dan sesuai
5) Difahami
6) Dipersetujui
Nama ahli kumpulan :
•Nabila •Fatihah •Nurul