IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN TERMASUK INDIVIDU BERKEPERLUAN KHAS

ATAN LONG 1978

Perbezaan individu memberi kesan yang besar terhadap kepelbagaian tingkah laku dalam bilik darjah

CAPALDI DAN RAKAN-RAKAN

Perbezaan yang wujud akan beransur-ansur menyisihkan perhubungan antara rakan dengan rakan sekiranya tidak dibendung dari peringkat awal

perbezaan gaya berfikir

objektif pengajaran dan pembelajaran

kesediaan belajar

gangguan pengajaran dan pembelajaran

merujuk kepada gaya kognitif dan gaya belajar murid

kedua-dua gaya ditunjukkan oleh murid di dalam kelas seperti ada yang lebih selesa belajar menggunakan kemudahan audio dan ada yang selesa menggunakan alat visual.

murid yang cepat bertindak akan cepat menyiapkan kerja rumah , bagi murid yang tidak berminat dengan kerja rumah akan menghantar lewat tugasannya kepada guru.

menurut Parry Shipman

terdapat sekurang-kurangnya 20 perbezaan gaya belajar di kalangan individu. Oleh itu guru perlu membuat sedikit kerja rumah meneliti perlakuan setiap murid dalam kelasnya sebelum pengajaran dimulakan

Gaya belajar dikelaskan sebagai gaya belajar bergantung, bebas, mengelak, bekerjasama, bersaing dan melibatkan diri. Gaya ini dapat dikenalpasti dengan jelas di dalam sesebuah bilik darjah

menurut Kolb

terdapat empat peringkat pengalaman yang telah dilalui oleh murid, iaitu pengalaman kongkrik, pemrhatian reflektif, perkensepan abstrak dan percubaan aktif. Hasil dari pada ini melahirkan individu dengan gaya belajar yang tersendiri sama ada diverger, assimilator, konverger ataupun akomodator.

perlu ditentukan mengikut kemampuan murid

perlu mengikut aras sebagaiman aras yang dicadangkan oleh taksonomi Bloom

aras kesukaran pada objektif atau penilaian perlu berubah mengikut prestasi murid

bagi murid-murid pintar cerdas sudah tentu memerlukan objektif yang lebih luas jika dibandingkan dengan kumpulan murid yang lembam

murid-murid telah dikenalpasti mempunyai perbezaan delam kedsediaan esmosi, kesediaan kognitif dan kesediaan psikomotor memerlukan pertimbangan sewajarnya daripada guru dalam pemilihan kaedah dan teknik mengajar.

murid-murid pintar biasanya selalu bersedia awal untuk belajar manakala murid yang lembam akan memerlkan rangsangan yang lebih untuk menggerakkan mereka belajar.

perlu diperhatikan tahap kecerdasan dan kestabilan emosi murid sebelum pengajaran dimulakan

dicadangkan guru membuat pemerhatian awal secara rambang untuk mendapatkan tahap kesediaan murid pada hari itu

gangguan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan kesediaan belajar.

murid-murid yang bersedia belajar selalunya akan memudahkan guru memulakan pengajaran dan mereka juga biasanya akan saling bekerjasama dengan rakan-rakan dalam sebarang pembelajaran yang dijalankan

bagi murid-murid bermasalah seperti malas belajar, meminta perhatian berlebihan, nakal dan berkelakuan tidak senonoh, mereka akan menggangu pembelajaran seperti menggangu rakan, membuat bising dan tidak mengendahkan arahan guru.

guru harus berhati-hati menangani murid-murid yang tersalah laku yang berkecenderungngan merosakkan harta sekolah dan mencetuskan pergaduhan dengan rakan lain

pengajaran pemulihan/khas

Pengajaran pemulihan hanyalah ditumpukan kepada murid-murid yang lemah dalam menguasai sesuatu kemahiran asas pembelajaran di peringkat awal seperti di tahun 1 sekolah rendah

Pelajar yang terlibat biasanya tidak dapat mengikuti sebahagian besar pengajaran yang disampaikan oleh guru sama ada secara formal atau tidak formal.

Tujuan pengajaran pemulihan ini adalah untuk mengurangkan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar dan seterusnya membina sifat keyakinan diri.

Guru boleh mengenal pasti pelajar yang dianggap terlampau lemah dengan memerhatikan tingkah laku dan hasil kerja mereka. Ujian diagnostik akan diberikan kepada mereka yang disahkan memerlukan pendidikan khas untuk mengesan kelemahan-kelemahan yang utama

Sesudah dilaksanakan pengajaran khas, satu ujian akan diberikan bagi menilai keberkesanan pengajaran tersebut. Pelajar yang berjaya akan dimasukkan semula ke kelas biasa. Manakala mereka yang gagal akan ditambahkan lagi masa bagi mmebolehkan mereka mendapat pendidikan dan bimbingan yang lebih baik di kelas pemulihan.