Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kriteria Kurikulum Pendidikan Inklusif - Coggle Diagram
Kriteria Kurikulum Pendidikan Inklusif
Inklusif Separa
MBK belajar bersama-sama murid arus perdana bagi mata pelajaran akademik atau aktiviti ko akademik atau aktiviti kokurikulum tertentu sahaja mengikut keupayaan mereka
Kriteria Murid
Melepasi tahap penilaian menggunakan instrumen yang ditetapkan oleh KPM
Umur MBK hendaklah mengiktu kohort umur murid di arus perdana atau tambahan satu tahun sahaja daripada umur murid di arus perdana
Penempatan Murid
Saiz kelas arus perdana yang menjalankan PPI sebaiknya mempunyai bilangan murid kurang daripada 35 orang
MBK yang ditempatkan di PPI tidak lebih daripada lima orang di setiap kelas.
MBK ditempatkan di kelas yang setara dengan pencapaian mereka.
Kelas PPI sebaiknya berada di aras bawah bangunan sekolah bagi MBK yang menggunakan kerusi roda
Penempatan MBK di PPI hendaklah mendapat kebenaran daripada ibu bapa secara bertulis.
Inklusif Penuh
MBK belajar secara sepenuh masa bersama-sama murid arus perdana
Guru
Guru arus perdana yang mengajar kelas inklusif
diberi latihan mengendali MBK
Sekolah tanpa PPKI
Pihak sekolah boleh mendaptkan bantuan latihan daripada guru PPKI dari sekolah berhampiran, pegawai 3PK, PPD, JPN dan KPM.
Sekolah yang mempunyai PPKI
Guru pendidikan khas memainkan peranan dalam membantu guru aliran perdana menjayakan PPI.
Pengajaran dan Pembelajaran
MBK dalam PPI belajar menggunakan kurikulum kebangsaan
Pengubahsuaian kaedah pengajaran, penyediaan bahan dan penyampaian bagi memudahkan MBK menerima pembelajaran
Laporan perubatan, profil murid, analisis ujian dan rekod prestasi hendaklah digunakan bagi merancang pengajaran murid.
Guru aliran perdana akan menulis RPH dengan memasukkan keperluan pengajaran khusus MBK
RPI bagi MBK yang mengikuti PPI bagi memastikan keperluan intervensi yang bersesuaian dilaksanakan
Bagi sekolah yang mempunyai PPKI, guru pendidikan khas dan guru mata pelajaran perlu bekerjasama merancang PdP yang sesuai dengan tahap kognitif murid
Pentaksiran
MBK inklusif penuh menjalani pentaksiran sama seperti murid lain di arus perdana dalam aspek kurikulum dan kokurikulum.
MBK perlu didaftarkan sebagai Calon Berkeperluan Khas (CBK) dalam peperiksaan awam.