Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
ISU PONTENG SEKOLAH - Coggle Diagram
ISU PONTENG SEKOLAH
-
Punca berlakunya isu ponteng sekolah (Lukman Hakim et. al, 2019)
Diri sendiri
Murid tidak mempunyai motivasi dalam diri untuk belajar kerana menganggap belajar itu tidak penting dan mereka lebih rela tidur daripada bangun awal pagi untuk ke sekolah atau mengulangkaji pelajaran.
Murid cepat rasa bosan kerana guru tidak berusaha menarik minat mereka (Daisykavani & Rosadah Abd Majid, 2020)
-
Persekitaran
Keadaan fizikal kelas yang kurang kondusif iaitu bilik darjah yang mempunyai ramai murid dalam satu kelas
Murid merasakan bahawa guru tidak akan memberi sepenuh perhatian sewaktu di dalam kelas (Ridzuan Kamis, 2016)
Suasana sosioemosi yang kurang sihat iaitu terdapat kumpulan-kumpulan atau puak-puak dalam kalangan murid
Peringkat kanak-kanak adalah masa yang sesuai untuk memperkembangkan pelbagai kompetensi sosioemosi termasuk keupayaan untuk mengawal emosi mereka, nilai persahabatan, keyakinan diri dan kemahiran sosial (Zaharah Osman, 2015)
-
Jenis Tingkah Laku
Tingkah laku negatif
Distruptif
Tingkah laku distruptif sebagai tingkah laku mengganggu dan menjadi penghalang kepada sesi pembelajaran di dalam bilik darjah (Daisykavani & Rosadah Abd Majid, 2020)
Ponteng ditakrifkan sebagai penglibatan yang menjadi amalan dalam kegiatan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab oleh pelajar di mana isu ini menjadi perhatian dalam kalangan ibu bapa, pendidik dan masyarakat (Jenny & Che Nazrah Yusof, 2016)
Kes ponteng sekolah meliputi 1.4% bersamaan 67,053 pelajar daripada hampir lima juta pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara (Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam Harits Asyraf, 2018)
Rumusannya, ponteng sekolah merupakan satu masalah disiplin yang semakin serius dalam kalangan pelajar sekolah. Oleh hal yang demikian, guru perlulah bersiap sedia dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi karenah dan tingkah laku murid dan sekaligus perlu mempunyai pelbagai strategi dalam membendung masalah ponteng di sekolah. Sekiranya hal ini tidak dibendung dari awal, maka lebih banyak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku
Tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pembelajaran khasnya di dalam bilik darjah.