Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK - Coggle Diagram
KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK
AKOMODASI
proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masin
Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C
A, B dan C merujuk kepada budaya.
Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung.
Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni.
AKULTURASI
satu proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.
Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertemuan atau pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam.
Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan masyarakat kehilangan identiti asal masyarakat penerima
Buktinya, sebelum kedatangan Islam ke Tanah Melayu, sistem diraja adalah bersifat Hindu-Budha. Keadaan ini adalah berdasarkan konsep ”Dewaraja”. Warisan yang masih dikekalkan berdasarkan konsep ini ialah membesarkan keagungan dan kedudukan Raja dalam upacara pertabalan baginda.
Adat resam dan budaya masyarakat Melayu juga turut menerima pengaruh daripada agama Hindu iaitu amalan jampi dan mantera. Ini dapat dilihat daripada golongan bomoh atau dukun ketika melakukan upacara yang berkenaan.
ASIMILASI
satu proses percantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama
konsep ini diwakili dengan formula A+B+C =A
A dalam hal ini mewakili golongan dominan smentara B dan C mewakili kumpulan etnik minoriti.
Contohnya, orang melayu di Thailand telah mengalami proses asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan dengan amalan dan cara hidup orang Thai.
AMALGAMASI
proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur
untuk membentuk jenis budaya dan ras baru
Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik
Teori amalgamasi dinyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D
A, B dan C mewakili kumpulan etnik berlainan
D mewakili amalgam
satu kumpulan baru terhasil daripada penyatuan A, B dan C.
contohnya perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah.
KEPENTINGAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL
untuk menjamin keselamatan Negara kita pada masa sekarang dan akan datang. Ini adalah untuk mengelakkan berulangnya perkara yang tidak diingini seperti rusuhan kaum pada 13 mei 1969 yang telah berlaku di Negara kita.
perpaduan dan integrasi dalam pelbagai etnik di Malaysia sangat penting dalam memberi peluang kepada setiap golongan etnik untuk menceburi bidang ekonomi tanpa sebarang halangan
menghapuskan penguasaan satu ekonomi untuk satu kaum