Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak - Coggle Diagram
Implikasi Perkembangan Fizikal Kanak-Kanak
Pralahir (0-9 bulan)
Ibu bapa perlu memakan diet yang kaya dengan vitamin dan kalsium seperti meminum produk susu tenusu kerana bayi dalam kandungan memerlukan nutrien yang banyak dari ibu untuk berkembang dengan baik.
Ibu yang hamil mendapatkan tidur yang secukupnya dan tidak berasa stress untuk mendapatkan rehat yang secukupnya
Ibu boleh melakukan senaman yang ringan (jangan sekali-kali bersenam sehingga berasa lesu atau meneruskan dengan senaman yang memudaratkan supaya ibu bersedia untuk melahirkan bayi serta fetus juga akan berada dalam keadaan sihat
Sentiasa mendapatkan perkhidmatan doktor untuk memperoleh status kesihatan bayi dalam kandungan.
Bapa menolong ibu untuk melakukan segala aktiviti kerana pada tahap ini tubuh ibu yang mengandung sangat lemah kerana perlu berkongsi nutrien dengan bayi dalam kandungan
Bayi (0-2 tahun)
Menyuruh kanak-kanak untuk mencapai barang yang tinggi supaya mereka akan lebih mudah untuk mengimbangi badan mereka apabila berdiri
Bantu kanak-kanak untuk bergerak dengan memegang tangannya apabila mereka hendak berdiri kerana kanak-kanak akan dapat mengawal bahagian atas badannya terutamanya pada bahagian kepala tetapi masih lemah pada bahagian bawah
Ibu bapa boleh bermain lari-lari bersama kanak-kanak supaya mereka dapat mengembangkan kemahiran mereka daripada berjalan kepada berlari-lari
Ibu bapa boleh menghiburkan bayi mereka seperti ketawa kerana pada masa tersebut bayi akan mengadakan hubungan mata, memegang jari , seronok dengan sentuhan dan bertindak balas kepada suara yang didengarinya
Galakkan kanak-kanak berguling, menyusur, merangkak atau berdiri seberapa banyak yang boleh. kerana kemahiran motornya semakin baik
Pada peringkat ini bayi sedang meningkatkan kemahiran motor dan daya ingatanÂnya, maka ibu bapa boleh memberi permainan yang boleh mengasah minda seperti permainan menyusun blok dan melambung bola
Awal Kanak-Kanak (2-6 tahun)
Beri barang permainan yang besar kepada kanak-kanak supaya otot halus dan otot kasar mereka dapat berkembang dengan baik.
Menggalakkan kanak-kanak supaya makan menggunakan tangan dan jangan diberi sudu supaya otot jari mereka dapat digunakan.
Memberi kanak-kanak permainan yang mengeluarkan bunyi supaya mereka dapat memberikan reaksi
Bantu kanak-kanak untuk bercakap perkataan yang mudah dengan cara ibu bapa bersama-sama menyanyi apabila menonton rancangan hiburan yang berbentuk pelajaran supaya kemahiran berkomunikasi anak-anak berkembang.
Beri kanak-kanak kertas lukisan dan pensel warna supaya mereka dapat membiasa tangan dengan melukis menggunakan imaginasi mereka lalu beransur-ansur menyuruh mereka untuk menulis perkataan dan nombor apabila mereka sudah tahu cara memegang pensel denga betul
Mendedahkan kanak-kanak dengan aktiviti luar seperti memberi kanak-kanak basikal untuk mereka tunggang dan kayuh supaya otot kaki mereka menjadi kuat.
Kanak-Kanak (7-12 tahun)
Minta kanak-kanak untuk membantu ibu bapa melakukan kerja rumah. Tujuan utama adalah untuk bekerja bersama-sama sebagai sebuah kumpulan, dan bukan untuk menyiapkan kerja secepat mungkin.
Ibu bapa membenarkan anak berhadapan dengan tindakannya sendiri (contohnya ibu bapa mengejar kanak-kanak supaya mengaku kesalahan diri sendiri dan tidak menyalahkan orang lain.
Cuba untuk mencari dan megembangkan bakat kanak-kanak dengan membawa mereka mencuba perkara yang baharu lalu membawa mereka ke pertandingan apabila mereka sudah mahir supaya mereka mendapat pengalaman
Ibu bapa perlu mengajar kanak-kanak imu agama yang secukupnya seperti mengajar mereka melaksanakan solat bagi mendidik mereka tentang sikap bertangjungjawab
Awal Remaja (12-15 tahun)
Meluangkan masa bersama keluarga berdasarkan umur dan minat anak-anak supaya mereka dapat sokongan daripada keluarga apabila mereka ingin mencuba perkara yang baru
Ibu bapa sentiasa mengambil tahu perkembangan remaja dan tidak berkeras ingin menjadi sebahagian daripada lingkaran sosial anak kerana remaja mungkin tidak berasa selesa dengan ibu bapa yang terlalu memberi kongkongan
Ibu bapa dan guru tidak perlu menguruskan aktiviti anak-anak dengan ketat dan mengambil alih tanggungjawabnya kerana mereka tidak akan belajar berdikari sebaliknya memberi nasihat dan bimbingan kepada mereka
Berikan anak-anak peluang untuk belajar kemahiran-kemahiran tertentu dan mendapatkan keyakinan diri. Jika mereka ketinggalan atau cuai, cadangkan cara-cara untuk membaiki diri, jangan mengkritik. Dengan itu, kasih sayang dan rasa hormat yang timbul akan menggalakkan mereka berkelakuan baik.
Ibu bapa dan guru boleh membawa mereka ke kem motivasi dan kem bina diri supaya kekuatan fizikal mereka dapat ditingkatkan dengan meyertai aktiviti lasak