Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak :baby::skin-tone-2:: - Coggle…
Peringkat Perkembangan Lukisan Kanak-Kanak :baby::skin-tone-2::
Viktor Lowenfeld
1. Peringkat Scribbling (2-4 Tahun
)
Contengan secara rawak dan tidak terkawal.
2. Peringkat Preshecmatic(4-7 Tahun
)
contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan
3. Peringkat Schematic ( 7-9 Tahun)
Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu.
4. Peringkat Dawning Realism (9-12 Tahun) The Gang Age.
Konsep dan skema dikekalkan dan imej dilukis secara realistik dan teliti dengan butir-butiran.
5. Peringkat Pseudonaturlistic
Reasoning (12-14 Tahun)
Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan.
Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej.
6. Peringkat Period if Desicion/ Adolescent Art in High School
(14-17 Tahun)
peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek.
Laura H. Chapman
2. Peringkat Membuat Simbol (6-9 tahun)
kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.
Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti rumah,kereta dan sebagainya.
Simbol yang dihasilkan mudah untuk dikenal pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi pergerakan tangan.
Peringkat simbolisme pertama (6-7 tahun)
Penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara
Peringkat simbolisme kedua (7-8 tahun)
Penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan.sebagai contoh,imej langit dikaitkan dengan warna biru dan warna kuning untuk matahari.
Peringkat simbolisme (8-9 tahun)
Lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu.
3. Peringkat Pra-Remaja (10-13 tahun)
lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain daripada kedudukan dan saiz figura yang betul,mereka juga telah mula mementingkan warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang dihasilkan seolah-olah nampak realistik.
Menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan objek yang lebih dekat.
1. Peringkat Manipulatif (2-5 tahun
)
Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia yang muda
Lukisan yang biasa dihasilkan selalunya tidak terkawal,bersifat realistic serta banyak menggunakan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej.
Contengan garisan terkawal
Garisan yang dihasilkan lebih menampakkan kawalan yang matang berbanding peringkat pertama.
Contengan rupa terkawal
Melukis rupa dan mengulanginya megikut kehendak mereka.
kebanyakan rupa yang dihasilkan berbentuk rupa organic
Contengan garisan tidak terkawal
Kanak-kanak tidak mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang
Contengan rupa
berupaya mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan
Herbert Read
Teori perkembangan lukisan kanak-kanak yang dikemukakan oleh Sir Cyril Burt paling disetujui oleh Herbert Read kerana teorinya paling sistematik dan logik jika dibandingkan dengan teori perkembangan lukisan kanak-kanak yang lain.
1. Peringkat contengan ( Scribble, 2-5 tahun)
a) Contengan tidak bermakna
b) Contengan bermakna
c) Contengan meniru
d) Contengan sebahagian mengikut perkembangan diri sendiri.
-Kanak-kanak banyak menggunakan garisan untuk menghasilkan contengan yang berulang, berputar-putar, secara panjang dan berserabut mengikut perkembangan psikomotor dan maskular kanak-kanak.
-Perkembangan lukisan pada peringkat ini berlaku paling pesat ketika kanak-kanak tersebut berusia 3 tahun.
2. Peringkat garisan (Line, 4 tahun)
Peringkat ini, kanak-kanak gemar melukis garisan yang mempunyai nilai dan kualiti yang berbeza. Koordinasi mata dan tangan dapat dikuasai dengan lebih baik berbanding peringkat sebelumnya
Mereka menggambarkan figura secara tidak sempurna dan tidak logik dengan menggunakan pelbagai garisan
Mereka menggunakan garisan untuk membentuk bulatan sebagai kepala, dua titik sebagai mata dan garis lurus sebagai tangan atau kaki.
3. Peringkat simbolisme tersirat ( Descriptive symbolism, 5-6 tahun)
Peringkat ini, kanak-kanak dapat menggambarkan bentuk figura dengan skala serta bentuk yang sesuai walaupun masih kelihatan tidak logik oleh orang dewasa.
Muka figura masih digambarkan secara tidak berapa jelas dan terperinci.
4. Peringkat realisme tersirat ( Descriptive realism, 7-8 tahun)
Peringkat ini, kanak-kanak melukis perkara yang mereka tahu dan bukan apa-apa yang mereka nampak.
Mereka dapat melukis dengan lebih terperinci, halus dan kecil dalam karya mereka.
Mereka tertarik dan gemar memasukkan unsur-unsur yang menarik sebagai hiasan dalam lukisan mereka supaya karya kelihatan lebih menarik.
5. Peringkat realisme tersurat ( Visual realism, 9-10 tahun)
Kanak-kanak mula melukis secara natural dan kurang melukis berdasarkan pengalaman dan pemikiran mereka. Peringkat ini dapat dibahagikan kepada 2 tahap iaitu,
a) Dua dimensi.
-Kanak-kanak melukis secara rata tanpa menggambarkan ruang dan perspektif pada permukaan lukisan.
b) Tiga dimensi.
-Kanak-kanak cuba menghasilkan lukisan yang menunjukkan ruang dan perspektif dengan menggunakan ton warna, saiz imej berbeza dan bertindih-tindih.
6. Peringkat penindasan ( Repression, 11-14 tahun)
Peringkat ini, kanak-kanak didapati mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan.
Mereka sedar tentang bentuk-bentuk sebenar dan cuba menghasilkan sesuatu seperti apa yang mereka lihat.
Namun, mereka masih tidak cukup mahir. Oleh itu, kebanyakan kanak-kanak berasa kecewa kerana tidak dapat mencapai keinginan untuk menghasilkan lukisan seperti yang diharapkan oleh mereka.
Pada tahap ini, figura kurang dijadikan sebagai tema lukisan mereka.
7. Peringkat kebangkitan perasaan artistik ( Artistic revival, 15 tahun)
Lukisan yang dihasilkan selepas 15 tahun mula mempunyai sifat artistik.
Setiap lukisan kanak-kanak tersebut pasti ada maksud dan mesej tersirat yang ingin disampaikan antaranya dari aspek emosi, perasaan dan sebagainya.
Lukisan dijadikan saluran meluahkan perasaan dan emosi & mereka cuba memaparkan apa yang mereka fikir dan rasa menerusi lukisan.
Selain itu, sifat perbezaan antara jantina juga mula dapat digambarkan dengan jelas menerusi lukisan karya kanak-kanak seusia ini.