Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Implikasi Perkembangan Fizikal Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran -…
Implikasi Perkembangan Fizikal Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran
Pralahir (0-9 bulan)
Ibu haruslah bijak dalam mengendalikan emosi ketika mengandungi. Hal ini supaya tidak menjejaskan perkembangan janin dalam kandungan.
Ibu boleh melakukan aktiviti yang melibatkan kecerdasan mental seperti meyelesaikan masalah matematik. Hal ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi kecerdasan mental bayi yang bakal dilahirkan.
Ibu mestilah mengamalkan gaya hidup sihat dengan mengambil pemakanan yang sihat dan melakukan aktiviti senaman yang ringan. Hal ini supaya janin mendapatkan nutrisi yang sihat sekaligus dapat berkembang dengan baik.
Ibu bapa perlulah sentiasa peka dengan perkembangan janin dengan melakukan pemeriksaan kandungan di hospital. Hal ini bagi memastikan janin sentiasa berada dalam keadaan baik dan normal.
Awal Remaja (12-15 tahun)
Sentiasa beri sokongan dan bukannya kritikan kepada kanak-kanak dan remaja. Hal ini kerana kebiasaannya mereka akan memberi reaksi positif kepada bantuan dan galakan ibu bapa.
Guru hasruslah memahami fitrah perkembangan fizikal seseorang remaja. Hal ini kerana ia boleh membantu remaja untuk meneguhkan identiti mereka.
Kanak-kanak dan remaja perlu diberikan maklumat tentang perubahan fizikal yang berlaku dalam diri mereka. Hal ini supaya mereka mengetahui perubahan fisiologi yang berlaku dalam diri mereka.
Remaja juga peru diberikan kesedaran tentang gaya hidup sihat. Hal ini terutamanya dari segi pengambilan makanan yang seimbang, senaman dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang negatif seperti merokok.
Bayi (0-2 tahun)
Ibu bapa perlu memberikan rangsangan visual dan pendengaran seperti bercakap atau bernyanyi. Hal ini kerana sel-sel neuron dalam otak bayi sedang pesat menerima maklumat pada peringkat ini.
Ibu bapa haruslah memberi galakan kepada bayi untuk merangkak. Hal ini kerana aktiviti tersebut dapat meningkatkan penerimaan oksigen ke otak bayi.
Ibu bapa mestilah memastikan bayi mengambil makanan yang sihat dan bersesuaian dengan peringkat umur bayi. Hal ini supaya bayi tidak akan mengalami masalah penghadaman.
Ibu bapa juga boleh melakukan urutan lembut atau urutan terapi pada anggota badan bayi. Hal ini dapat menguatkan otot-otot badan bayi, terutamanya pada bahagian kaki dan tangan sekaligus akan meningkatkan keupayaan psikomotor halus dan kasar.
Kanak-kanak (7-12 tahun)
Ibu bapa dan guru haruslah peka dengan personaliti kanak-kanak pada usia ini. Kanak-kanak perlu diajar dan dibimbing dengan betul tentang perkembangan kejantinaan supaya dapat membantu mereka mengembangkan identiti diri yang positif.
Ibu bapa dan guru perlu mengamalkan sikap demokratik semasa berinteraksi dengan anak-anak. Hal ini supaya mereka selesa dengan ketegasan dan disiplin yang ditonjolkan oleh ibu bapa atau guru.
Ibu bapa harus memastikan anak-anak menerima pemakanan yang seimbang serta pengamalan cara hidup yang sihat. Hal ini supaya pembesaran anak-anak adalah normal.
Guru perlu menggalakkan kerjasama dan perkongsian dalam kalangan kanak-kanak melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Hal ini supaya kanak-kanak dapat membina hubungan interpersonal yang positif.
Awal Kanak-kanak (2-6 tahun)
Kanak-kanak memerlukan bantuan ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Namun, ibu bapa atau guru perlulah memberi galakan supaya mereka dapat berdikari dan mempunyai rasa yakin diri.
Ibu bapa dan guru mestilah bijak dalam menyediakan suasana pembelajaran yang seronok dan kondusif. Misalnya, menyediakan pelbagai aktiviti permainan dan aktiviti penerokaan di luar bilik darjah.
Setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan fizikal yang berbeza-beza. Oleh itu, ibu bapa dan guru harus menerima dan tidak membandingkan mereka dengan yang lain.
Kanak-kanak amat digalakan untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan kemahiran psikomotor halus. Hal ini supaya kemahiran psikomotor mereka meningkat malah mereka akan berasa seronok dan puas apabila berjaya melakukannya. Contoh aktiviti adalah seperti melukis.