Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kaedah penggolongan kata bahasa Melayu - Coggle Diagram
Kaedah penggolongan kata bahasa Melayu
3) Kaedah fungsian :fountain_pen:
Kaedah yang meneliti kehadiran kata dalam sesuatu rangkai kata atau ayat.
Contohnya, kata adjektif boleh hadir selepas kata nama, dalam frasa relatif dan boleh didahului oleh kata penguat
Menggunakan penanda tipikal bagi menunjukkan keahlian sesuatu golongan kata.
Untuk menentukan
sesuatu kelas kata, kriteria bentuk, tugas dan distirbusi merupakanasas dalam pembinaan
ayat yang gramatis.
Hubungan sintaksis diuji dari kedudukan kata dalam sesuatu struktur dan aspek yang diteliti sama ada didukung oleh kata berkenaan.
Pemilihan kriteria ini diselaraskan dengan status perkataan,iaitu perkataan
sebagai bentuk bebas yang menjadi unsur inti dalam binaan tatabahasa
Oleh itu, setiap golongan kata
didefinisikan berdasarkan kriteria sintaksis dan makna
1) Kaedah tradisional :pencil2:
Mengutamakan aspek semantik
Buku awal tatabahasa Melayu, iaitu Pelita Bahasa Melayu menggunakan kaedah semantik dalam menentukan keanggotaan sesuatu kata.
Semantik = ilmu mengenai makna atau erti kata
Aspek semantik telah digunakan untuk mengelompokkan golongan kata kepada beberapa subgolongan.
Golongan tersebut dikelompokkan berdasarkan ciri-ciri makna yang didukung oleh perkataannya
Contoh, kata nama terbahagi kepada tiga dan antaranya adalah kata nama am yang dikelaskan kerana merujuk kepada benda, perkara dan konsep yang umum sifatnya.
Namun, sesetengah golongan kata seperti kata kerja iaitu tidur,patah dan tenggelam tidak digolongkan dalam kata kerja kerana makna semantiknya tidak menggambarkan perbuatan yang jelas
Jadi, kaedah tradisional telah banyak mengetepikan kata yang seharusnya tergolong dalam kata kerja serta kata nama.
Oleh itu, penggantungan sepenuhnya kepada kriteria semantik semata-mata untuk menentukan penggolongan sesuatu kata adalah tidak wajar.
2) Kaedah formal :pen:
Meneliti kata dari sudut morfologi
Menerusi kaedah ini, Teeuw telah meneliti kata dasar dan kata terbitan dari segi paradigmatiknya
Contoh kaedah paradigmatik yang digunakan adalah : besar-besar - terbesar - maha besar - sebesar itu - sebesar-besarnya
Namun begitu, kaedah paradigmatik tidak sesuai untuk bahasa yang bersifat aglutinatif kerana ia sesuai hanya untuk bahasa fleksi yang memiliki daya urutan dalam ayat
Kaedah Teeuw kurang mantap dan disambung oleh Asmah Haji Omar dan mendapati aspek morfologi dan sintaksis turut digunakan
Seterusnya penggolongan kata diteliti dari aspek imbuhan, iaitu imbuhan dijadikan ciri bagi menunjukkan keanggotaan sesuatu kata ke dalam golongan tertentu
Sebagai contoh, imbuhan peN-, per-...-an, pe-...-an, ke-...-an dan -an adalah tergolong untuk kata nama. Namun, tidak semuanya tetap
Akan tetapi iimbuhan semata-mata tidak boleh dijadikan penanda khusus bagi sesuatu golongan kerana terdapat imbuhan apitan dan sisipan yang turut boleh diimbuhkan dengan kata nama.
Oleh itu, disebabkan kemampuan sesuatu imbuhan
untuk bergabung dengan sesuatu kata dasar adalah berbeza-beza maka kaedah fungsian diutamakan