Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PETA KONSEP UNIT 2 (PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN) - Coggle Diagram
PETA KONSEP UNIT 2 (PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN)
KONSEP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Kepentingan guru mempunyai ilmu psikologi pertumbuhan dan perkembangan pelajar:
memahami perkembangan konsep yang dicapai oleh kanak-kanak dalam pelbagai peringkat umur
merancang serta memilih bahan pengajaran yang bersesuaian dengan pelbagai peringkat umur pelajar
mengalakkan penyertaan aktif pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran
mengetahui minat pelajar yang berbeza umur
Santrock dalam Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (20110
perkembangan individu bermula daripada peringkat kelahiran sehingga akhir hayat daripada segi biologi, kognitif dan sosioekonomi.
Karl E. Garrison dalam Azlia Abu Bakar (2005)
perkembangan melibatkan jasmani dan pembelajaran yang saling berkaitan antara satu sama lain
perkembangan berbentuk struktur, kemahiran tingkah laku atau sahsiah
bersifat sejagat dan mengikut peraturan semula jadi
Paul Eggan dan Don Kauchak dalam Mohd. Sharani Ahmad (2005)
perkembangan berlaku melalui pembelajaran, pengalaman dan kematangan yang menyebabkan perubahan berlaku secara berterusan dan kekal dalam diri seseorang
Mok Soon Sang (2008)
perkembangan melibatkan perubahan secara kualitatif tetapi boleh dilihat daripada pembentukan sifat baru daripada sifat awal
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Terdiri daripada 2 faktor utama:
1) Baka (nature)
Diwarisi oleh anak daripada ibubapa melalui gen
2) Persekitaran (nurture)
kuasa luaran seperti interaksi seseorang individu di persekitaran yang berbeza seperti sekolah
Jasmani
Contoh: Kepantasan berlari
Kognitif
Contoh: Kemahiran menyelesaikan masalah
emosi
Contoh: mengurus perasaan sabar
Rohani
Contoh: tingkah laku mulia
sosial
Contoh: Bersifat introvert/extrovert
PRINSIP-PRINSIP ASAS PERKEMBANGAN KANAK-KANAK
Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, Rafidah Kastawi (2008)
Perkembangan terbahagi kepada 5 prinsip:
Prinsip 1: Perkembangan mengikut aturan
Contoh: Kemahiran membaca yang dicapai secara berperingkat
Prinsip 2: Perubahan dalam pertumbuhan dan perkembangan secara berperingkat daripada keadaan umum kepada lebih spesifik
Contoh: Bayi boleh menendang menggunakan kaki sebelum belajar merangkak, berdiri, berjalan dan berlari
Prinsip 3: Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara berterusan daripada lahir sehingga mati
Contoh kemahiran awal: Kanak-kanak boleh mengenal huruf
Contoh kemahiran akan datang: Kanak-kanak dapat mengeja dan membaca
Kemahiran sedia ada merupakan asas kepada kemahiran baru
Prinsip 4: Corak perkembangan bagi setiap individu adalah sama tetapi mempunyai kadar yang berbeza
Contoh corak perkembangan: Setiap kanak-kanak akan berkebolehan untuk bercakap
Kadar: Terdapat kanak-kanak mula bercakap pada usia 8 bulan dan ada kanak-kanak mula bercakap pada usia 1 tahun.
membawa kepada perbezaan antara manusia
Prinsip 5: Perkembangan berlaku kesan daripada perkaitan antara kematangan dan pembelajaran
Contoh kematangan: Bayi belajar berjalan
Contoh pembelajaran: Ibu bayi melatih bayi berjalan
Kesan: Bayi mahir berjalan sendiri tanpa bantuan
Proses pembelajaran membantu proses perkembangan
Definisi pertumbuhan
Perubahan yang bersifat kuantitatif
Boleh diukur
Contoh: kepanjangan rambut
Definisi perkembangan
Perubahan yang bersifat kualitatif
Tidak boleh diukur
Contoh: warna rambut