Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Arus Terus (DC) dan Arus Ulang-Alik (AC) - Coggle Diagram
Arus Terus (DC) dan Arus Ulang-Alik (AC)
Arus Terus
Mempunyai nilai arus yang tetap dan mengalir satu arah sahaja
Bentuk gelombang adalah satu garisan lurus
boleh dihasilkan dari pelbagai sumber seperti bateri, sel suria, penjana arus terus
Sumber arus boleh dibezakan oleh kekutubannya yang tetap
Menghasilkan kesan pemanasan apabila melalui perintang.
Voltan tidak boleh dinaikkan atau diturunkan oleh transformer
Boleh diukur oleh meter dawai panas, meter besi bergerak, dan meter gegelung bergerak
Nilai arus diukur berdasarkan nilai kosong hingga nilai maksimumnya
Arus ulang-alik
Bentuk penggunaan
Polifasa yang digunakan bagi penggunaan perindustrian dan kemersial (240v- 400v dan ke atas)
Satu fasa yang digunakan di rumah dan juga untuk perdagangan (240v)
Mengalami perubahan kekutuban secara berkala (tempoh ,s) iaitu kutub positif dan utub negatif
Menghasilkan kesan pemanasan melalui perintang
Nilai arus berubah-ubah dan dipengaruhi oleh frekuensi
Menghasilkan elektromagnet dengan kutub berubah-ubah
Voltan boleh ditinggikan atau diturunkan melalui transformer
Hanya boleh diukur oleh meter dawai panas dan meter besi bergerak
Boleh ditukar menjadi arus terus menggunakan diod
Diukur berdasarkan nilai p.m.kd (punca min kuasa dua)
Frekuensi ialah bilangan ayunan lengkap yang boleh diperolehi dalam masa per saat.
Diwakili oleh unit Hz
Nilai maksimum arus atau voltan yang dicapai dari aras sifar pada paski menegak dinamakan nilai puncak atau nilai amplitud
Simbol ialah Vp=Vm
Paksi menegak adalah voltan manakal paksi mendatar adalah masa/sudut kitaran gelombang.
Voltan puncak ke puncak (Vp - p = 2 x Vp)
Nilai voltan / amplitud yang diambil dari nilai masimum positif ke nilai negatif (Vp-p = Vp + Vp)