Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pemerkasaan Bahasa Melayu - Coggle Diagram
Pemerkasaan Bahasa Melayu
Perhubungan
Bahasa digunakan oleh dua pihak, iaitu penutur dengan pendengar untuk melancarkan proses komunikasi. Kepelbagaian bahasa yang tidak difahami secara meluas antara satu sama lain boleh menimbulkan salah faham yang akhirnya menjurus kepada ketegangan dan konflik.
Zaman kesultanan Melayu Melaka
Bahasa Melayu dikatakan berperanan sebagai lingua franca di wilayah Nusantara. Bahasa ini digunakan oleh masyarakat sebagai bahasa perantara untuk aktiviti komunikasi antara berbagai suku dan bangsa asing lainnya.
Bahasa ini digunakan sebagai alat perhubungan antara masyarakat setempat, iaitu yang tinggal di Nusantara dengan kaum pendatang. Buktinya dapat dilihat melalui penggunaan bahasa Melayu di Thailand.
Zaman kini
Bahasa Melayu merupakan bahasa yang telah dipilih sebagai bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa ilmu negara. Pemilihan ini telah ditetapkan dalam sebuah perjanjian yang terdapat dalam kontrak sosial, iaitu Perlembagaan Malaysia setelah Malaysia bebas daripada genggaman penjajah.
Ekonomi
Zaman kesultanan Melayu Melaka
Bahasa Melayu digunakan dengan sangat meluas untuk tujuan penjajahan, perdagangan, dan tujuan penyebaran agama. Malah, bukan sahaja digunakan oleh orang Melayu bahkan bangsa-bangsa lain seperti Arab, India, China, Parsi dan Eropah.
Nilai ekonomi bahasa Melayu adalah tidak seberapa tinggi jika dibandingkan dengan yang ada pada bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris. Walaupun bahasa Melayu tiada nilai ekonomi tinggi, sebagai bahasa negara ia perlu bukan sahaja dihormati, tetapi hendaklah disanjungi dari segi nilai budayanya kerana ia merupakan jati diri kebangsaan kita.
Zaman kini
Malaysia meletakkan sasaran fungsi bahasa Melayu menjelang alaf baru sebagai bahasa perdagangan Asia Timur.
Perundangan
Zaman kini
Seksyen 2 Akta Bahasa Kebangsaan menetapkan bahawa segala urusan rasmi kerajaan harus menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dan seksyen ini telah diperkuatkan lagi melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 2011.
Zaman kesultanan Melayu Melaka
Bahasa Melayu sudah meretas semua bidang tamadun ketika, itu, apa sahaja termasuk undang-undang seperti di dalam penulisan undang-undang Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang 99 Perak, Undang-Undang Johor, Undang-Undang Siak dan sebagainya.
Bahasa Melayu mencapai tahap kegemilangannya apabila digunakan sebagai bahasa perundangan pada Zaman Kesultanan Melayu dahulu. Namun, penggunaannya pada zaman kini semakin merosot.
Melalui Akta Bahasa Kebangsaan, badan perundangan seperti Parlimen dan Dewan Undangan Negeri secara automatik menekankan penggunaan bahasa Melayu sebagai medium perbahasan di dalam Dewan. Namun, sikap para hakim dan peguam itu sendiri yang enggan menggunakan bahasa Melayu seakan-akan melekehkan kebolehan bahasa Melayu sebagai bahasa perundangan.
Hubungan Antarabangsa
Zaman kesultanan Melayu Melaka
Sultan mempunyai hubungan diplomatik antara hubungan luar seperti China, Pasai, Kampar, Siak, Siam, Ryukyu, Gujerat,dan Arab. Disebabkan Melaka adalah berkuasa besar, wakil-wakil dari Negara-negara luar menggunakan Bahasa Melayu untuk berkomunikasi
Zaman Kini
Bahasa Melayu digunakan apabila melibatkan ASEAN. Contohnya: bahasa komunikasi rasmi negara ASEAN , dan bahasa rasmi sidang PBB.
Kemampuan bahasa Melayu menjadi bahasa antarabangsa terbukti apabila bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama bagi kerajaan Srivijaya yang luas jajahan takluknya. Situasi ini menunjukkan bahawa keagungan dan kehebatan maruah bahasa Melayu suatu ketika dahulu sepatutnya menjadi momentum kepada pendaulatan dan pengantarabangsaan bahasa Melayu pada masa kini.
Definisi
Menurut (Ismail Bin Deraman, 2007) pemerkasaan bahasa Melayu ialah peningkatan usaha bagi pemahaman dan penghayatan masyarakat terhadap Dasar Bahasa Kebangsaan dan Perlaksanan Dasar Bahasa tersebut.
Usaha untuk memperteguhkan sistem dalaman bahasa Melayu yang memungkinkannya digunakan dan dikembangkan dalam pelbagai kehidupan moden kini dan alaf depan.
Usaha-usaha yang berterusan untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia