Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KONSEP HARTA DALAM ISLAM - Coggle Diagram
KONSEP HARTA DALAM ISLAM
HARTA DAN KEHARTAAN MENURUT ISLAM
HARTA DAN KEHARTAAN MENURUT ISLAM
Harta ialah barang-barang berharga seperti rumah, tanah,
bangunan, barang kemas dan lain-lain yang dimiliki oleh orang perseorangan, syarikat atau pertubuhan. (Kamus Dewan Bahasa)
DEFINISI HARTA
Dalam Bahasa Arab, harta atau `al-mal’:
Sesuatu yang dimiliki oleh seseorang individu atau kumpulan
manusia seperti barangan berharga, barang perniagaan, aset tetap, wang atau haiwan.
Ibn 'Abidin(Mazhab Hanafi)
Sesuatu yang manusia berhajat kepadanya secara fitrah dan ia
mestilah sesuatu yang boleh disimpan untuk kegunaan apabila diperlukan.
Imam Syafie
Sesuatu yang berharga dan hendaklah diganti atau dibayar
gantirugi sekiranya berlaku kerosakan atau kemusnahan terhadapnya.
Dr. Abdul Karim Zaidan
Sesuatu yang boleh dimiliki atau akan dimiliki pada masa
hadapan dan ianya berfaedah kepada manusia.
Al-Zarqa(Hanafi)
Mengambilkira keadaan `urf” atau adat kebiasaan masyarakat
umum untuk menentukan sesuatu itu sebagai harta atau tidak. Apa sahaja yang dianggap berguna dan bernilai pada
pandangan masyarakat adalah tergolong sebagai harta.
Dr. Wahbah Zuhaili
Sesuatu yang diperlukan dan mampu dimiliki oleh manusia
samada dalam bentuk benda (`ain) atau faedah (manfaah) contohnya kenderaan, bangunan, pakaian, saham dan
sebagainya.
HARTA DI DALAM AL-QURAN
Harta dalam al-Quran dikaitkan dengan segala yang terdapat di
muka bumi.Pemilik harta yang mutlak dalam Islam adalah kepunyaan Allah yang Maha Kaya.
Dalam Surah al-Baqarah: 284
“Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah
kepunyaan Allah.”
Dalam Surah al-Nisa’ :29 Allah melarang mengambil harta orang lain secara batil.Firman Allah :
“Janganlah kamu memakan harta di kalangan kamu secara
batil melainkan dalam urus niaga yang saling redha meredhai di antara kamu.”
Surah al-Taghabun
“Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu
hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala Yang besar"
CIRI-CIRI HARTA DALAM ISLAM
Harta mestilah sesuatu yang boleh dikuasai dan dimanfaatkan
rumah, tanah bangunan,kereta, wang, pakaian,makanan
Harta mestilah sesuatu yang boleh dikuasai pada masa hadapan.
ikan di lautan, burung di awan,haiwan di hutan atau galian dalm perut
bumi
Sesuatu yang tidak boleh dikuasai meskipun kita mendapat manfaat darinyatidak dianggap harta seperti cahaya bulan,matahari atau udara.Namun begitu dengan teknologi baru masakini, cahaya matahari boleh disimpan melalui sistem solar dan oksigen boleh dikumpulkan dalam tabung oksigen.
Sesuatu yang tidak cukup dimanfaatkan walaupun kita
mampu menguasainya tidak termasuk harta.
sebutir beras, setitik air atau sebiji gula halus
Sesuatu yang bercanggah atau ditegah oleh hukum
syara’ untuk dimanfaatkan tidak boleh dianggap sebagai harta seperti arak,khinzir,bangkai,darah atau
hasil perolehan dari sumber yang haram misalnya mencuri,riba,rasuah,menipu,merompak dsbnya
KONSEP HARTA
Harta adalah milik Allah. Semua harta yang ada di muka bumi
adalah milik mutlak Allah.
Manusia hanya pemegang amanah. Mereka tidak boleh
menganggu hak milik orang lain.
Harta yang disediakan oleh Allah adalah banyak dan cukup untuk
manusia.
Harta diberikan kepada manusia tidak sama antara satu dengan
yang lain.
CARA/KAEDAH MEMPEROLEH HARTA
Melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi atau dengan
usaha sendiri seperti bekerja sendiri
Melalui pensyariatan seperti pesaka, nafkah, wasiat,
pembahagian harta rampasan perang, agihan zakat
Kontrak pemindahan seperti jualbeli, hutang piutang,
mas kawin atau berian
Bantuan orang lain baik individu, masyarakat atau
kerajaan. seperti baitul mal,
LARANGAN DALAM MENCARI DAN
MENGGUNAKAN HARTA
Larangan menimbunkan harta tanpa dilabur atau diusahakan
Tidak boleh memakan dan menghasilkan harta dengan jalan
yang batil
Larangan mengusahakan harta yang merbahayakan peribadi,
umum atau kemuliaan masyarakat.
Larangan terlibat dalam riba, rasuah, penipuan, penyelewengan
dan lain-lain.
HARTA MENURUT ISLAM
Sesuatu benda itu boleh disimpan, dikumpul serta mampu
dimiliki
Sesuatu benda itu memberi faedah atau manfaat kepada
manusia
Sesuatu benda itu akan dikenakan gantirugi atau gantian jika ia
dimusnahkan
Sesuatu yang diharuskan penggunaannya oleh syara’
Sesuatu yang diharuskan penggunaannya oleh syara’
Sesuatu benda itu bernilai pada pandangan manusia
JENIS HARTA
Berdasarkan Faedah
AL-MUTAQAWWAM
Syarak mengharuskan
penggunaannya
Harta bernilai:
-Nilai halal/haram
-Nilai harga
-Nilai manfaat/mudharat
GHAIR AL-MUTAQAWWAM
Penggunaannya tidak harus
kecuali ketika darurat
Syarat:
Jika tidak menggunakannya akan membahayakan jiwa secara spontan
Tiada langsung harta yang halal
Tidak boleh berlebihan
FAEDAH PEMBAHAGIAN
Sah membuat atau tidak membuat kontrak ke atas harta
mutaqawwam
Tidak sah membuat kontrak ke atas harta ghair mutaqawwam
Wajib membayar ganti rugi kerosakan harta mutaqawwam
Tidak wajib bayar ganti rugi kerosakan harta ghair mutaqawwam
milik orang Islam
PERGERAKAN
HARTA
AL-MANQUL
Harta alih adalah harta yang boleh dipindahkan
dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Contoh: Kereta
AL-’AQAR
Harta tak alih adalah harta yang tidak boleh digerakkan atau dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain.
contoh, Bangunan.
FAEDAH PEMBAHAGIAN
Dalam masalah wakaf, fuqaha’ sepakat boleh mewakafkan harta tak
alih, tetapi harta alih mereka berselisih pendapat.
Dalam masalah wasiat, penjaga wasiat tidak boleh menjual harta tak alih kecuali dengan sebab yang tidak dapat dielakkan, seperti untuk membayar hutang orang yang di bawah jagaannya. Harta alih boleh dijual pada bila-bila masa.
Sesuatu barangan yang telah dibeli tetapi belum diterima lagi adalah sah jualannya jika barang itu dari jenis harta tak alih, tetapi jika harta alih, maka ia dianggap tidak sah, kecuali melalui tempahan atau hutang.
Seseorang yang muflis boleh dilelong hartanya untuk menebus balik hutang. Walaubagaimanapun lelongan tersebut mestilah didahului dengan harta alih, sekiranya tidak cukup barulah boleh melelong harta tak alih.
Dalam masalah syufah, hanya harta tak alih sahaja yang dibenarkan
hak syufah, manakala harta alih tidak boleh disyufah.
KAEDAH
PENGGUNAAN HARTA
MITHLY
Harta misli ialah harta yang mempunyai
persamaan (homojenis) dengan harta lain sama ada dari segi bentuk dan nilai.
Barang yang disukat seperti gandum
dan padi
Barang yang ditimbang seperti kapas
dan besi
Barang yang dibilang yang mempunyai
bentuk yang hampir sama seperti telor, kelapa
Barang yang diukur mengikut ukuran
meter, ela, depa dll.
Jika terdapat perbezaan antara
keduanya, perbezaan itu boleh diterima oleh semua pihak.
QIMIY
Harta yang tidak mempunyai bandingan
atau keserupaan di pasar seperti permaidani
Harta yang ada keserupaan tetapi tidak
sama nilai di pasar spt buah limau
harta yang berlainan jenis atau jika ada persamaan ia berbeza dari segi nilai dan harga yang ketara tidak
boleh diterima oleh semua pihak. Harta ini dikenali dengan harta senilai.
FAEDAH PEMBAHAGIAN
Harta mithliy boleh menjadi dhimmah (tanggungan hutang)
Harta mithliy boleh berlaku muqasah (diskaun)
Harta mithliy yang dirosakkan secara sengaja mesti diganti
dengan kadar yang sama, manakala harta qimiy hendaklah diganti dengan nilainya.
Jika seseorang ahli syarikat menuntut harta dibahagi sesama
mereka, pembahagian tersebut boleh dibuat ke atas harta misli sahaja. Untuk harta qimmi tidak boleh dibuat kecuali ada
persetujuan ahli syarikat.
ISTIHLAKI
Harta yang boleh digunakan dengan merosakkan zatnya (makanan dan rumah)
FAEDAH PEMBAHAGIAN
Harta istihlaki tidak boleh menggunakan kontrak seperti hutang
dan pinjam
Harta isti’mali boleh menggunakan kontrak sewa dan pinjam
Kedua-duanya boleh menggunakan kontrak jualbeli dan
simpanan
ISTI’MALI
Harta yang boleh digunakan sedangkan zatnya kekal (pakaian dan buku)
TANGGUNGJAWAB TERHADAP HARTA
Perbelanjaan Wajib
Nafkah
Seorang bapa bertanggungjawab untuk
memberikan nafkah kepada keluarga. Isteri,
Zakat
Kewajipan setiap muslim untuk membayar
zakat sama ada zakat harta benda atau zakat firah.
Infaq wajib
Derma yang disyaratkan oleh kerajaan untuk
membayarnya. Di Malaysia contohnya ialah membayar cukai pendapatan.
Perbelanjaan Sunat
Wasiat – Ialah harta yang telah dipesan oleh si mati kepada
seseorang sebelum meninggal dan ia berkuatkuasa selepas ia meninggal dunia. Jumlah harta yang boleh diwasiatkan hanya
1/3 daripada keseluruhan hartanya.
Wakaf – sumbangan seseorang dari harta yang kekal zatnya
seperti tanah, bangunan.
Sedeqah – sumbangan ikhlas seseorang untuk diguna,
dimakan.
Hibah – Pemberian semasa hidup
Sumbangan – cenderhati, hadiah, tandamata dan
seumpamanya.