Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Konsep Harta Menurut Perspektif Undang-Undang Islam dan Undang-Undang…
Konsep Harta Menurut Perspektif Undang-Undang
Islam dan Undang-Undang Sivil : Satu Tinjauan
DEFINISI HARTA MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH
Sudut bahasa, perkataan ‘harta’ adalah sama dengan perkataan ‘mal’
dalam bahasaArab. Perkataan ‘mal’ adalah mufrad dari perkataan ‘amwa’.bermaksud apa-apa yang dimiliki dari segala sesuatu.
SUDUT ISTILAH
Mazhab Hanafi
Sesuatu yang menjurus kecenderungan manusia kepadanya secara tabi'i serta boleh disimpan dan boleh digunakan pada waktu yang dihajatkan.
Imam asy-Syafi'e
harta adalah sesuatu yang bernilai dan
mesti dibayar gantirugi jika berlaku kerosakan.
Ulama' Malikiy
Sesuatu yang disebut sebagai "mal" adalah yang digunakan oleh pemiliknya sahaja,jika ia memperolehinya dengan cara betul.
Harta (Dr. Abdul Karim Zaydan)
Dikira sebagai harta jika sesuatu itu dikuasai dan boleh dimanfaatkan secara
langsung seperti duit, rumah dan lain-lain.
Dikira sebagai harta jika sesuatu itu masih tetap boleh dikuasai walaupun
bukan secara langsung selagi ia boleh dimanfaatkan seperti galian dalam perut bumi.
Tidak diiktiraf sebagai HARTA
Sesuatu yang tidak boleh dikuasai walaupun boleh diambil manfaat darinya
seperti cahaya matahari dan udara.
Sesuatu yang boleh dikuasai tetapi tidak boleh dimanfaatkan seperti sebiji
beras.
Sesuatu yang boleh dimanfaatkan tetapi ditegah oleh syarak untuk
memanfaatkannya seperti bangkai, najis dan sebagainya.
Sekiranya sesuatu itu boleh dimanfaatkan oleh sebahagian golongan
manusia, ia masih lagi dianggap sebagai harta bagi mereka, seperti babi dan arak, iaitu dikira harta bagi kafir ahli dhimmah tetapi tidak bagi orang
Islam.
Dari segi EKONOMI
tiap-tiap sesuatu
yang boleh dimanfaatkan dalam semua aspek sama ada boleh dinilaikan dengan harga dan jenis seperti tanah, pokok, barang-barang dagangan yang berharga.
PANDANGAN AL-QUR’AN TERHADAP HARTA
Firman Allah s.w.t:
Maksudnya: Yang demikian (sifat-sifatNya dan kekuasaanNya)
ialah Allah tuhan kamu, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang menciptakan tiap-tiap sesuatu.”
(Al-Qur’an, al-An’am (6):102)
FirmanAllah s.w.t:
Maksudnya: “Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa
pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya.”
(Al-Qur’an, al-Ma’idah (5):17)
FirmanAllah s.w.t. lagi:
Maksudnya: “Dialah jua yang memiliki segala yang ada di langit
dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan
juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.”
(Al-Qur’an, al-Taha (20):6)
MENURUT PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG SIVIL
Harta dalam bahasa Inggeris adalah ‘property’ dan dalam
latin sebagai ‘proprietas: proprius’ iaitu kepunyaan sendiri (one’s own)
hak tertinggi yang mampu dipunyai
oleh seseorang terhadap sesuatu seperti tanah, barang-barang, harta tetap,atau harta yang boleh pindah tanpa bergantung kepada ihsan orang lain.
menurut common law Inggeris adalah
merujuk kepada ‘real property’ dan ‘personal property’.
‘Real property’
bermaksud kepentingan-kepentingan milik bebas bagi tanah
‘Personal property’ini meliputisemua benda-benda yang berbentuk fizikal yang bukan tanah atau sesuatu yang melekat secara kekal di atas tanah sesuatu yang tidak ketara yang bukan fizikal iaitu hak-hak dan tangggungjawab-tanggungjawab yang terbit daripada pemilikan ke atas sesuatu benda yang berbentuk fizikal.
harta tidak ketara seperti duit, saham-saham dan
bon-bon yang terdiri daripada kertas-kertas yang menggantikan hak-hak pemilikan tertentu, hak untuk memiliki, mengguna, menjual, atau membuang sesuatu sebagaimana yang telah ditentukan oleh undang-undang.
Menurut Grotius, kesemua benda pada asalnya adalah benda yang tiadapemiliknya (res nullius), namun manusia dalam masyarakat membahagi- bahagikan hampir kesemua benda tersebut dengan persetujuan.
Pufendorf pula berpendapat terdapat satu masyarakat (community)yang negatif.Asalnya semua benda adalah kepunyaan bersama (res communes).Tiada sesiapa pun yang menjadi pemilik benda tersebut. Benda-benda tersebut
boleh digunakan oleh semua orang.