Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PSIKOLOGI & PSIKOLOGI PENDIDIKAN - Coggle Diagram
PSIKOLOGI & PSIKOLOGI PENDIDIKAN
KONSEP ASAS PSIKOLOGI
Gabungan daripada perkataan Greek iaitu pysche (jiwa) dan logos (kajian mengenai sesuatu)
Boleh diertikan sebagai kajian terhadap faktor yang boleh mempengaruhi jiwa manusia
Secara umumnya, psikologi bermaksud satu bidang yang membuat penyelidikan secara saintifik tentang tingkah laku dan pembelajaran manusia ataupun haiwan.
Contoh kajian yang dilakukan adalah sikap, tingkah laku, naluri, potensi, kecerdasan, pemikiran, perasaan, keperluan dan tindakan yang diambil oleh manusia terhadap ransangan persekitaran sosial mereka.
Pemahaman terhadap manusia lain boleh ditingkatkan dan manusia dapat dibentuk menjadi individu yang lebih baik melalui pembelajaran psikologi
Psikologi juga dimana berlakunya proses pengembangan kemahiran dan juga potensi seseorang individu dalam pelbagai aspek
IMPLIKASI PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN KEPADA GURU
Guru dapat:
melakukan penyelidikan untuk mengatasi masalah yang sedang atau bakal berlaku semasa mengajar
memilih teknik penilaian pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan rancangan pengajaran
mencapai objektif pengajaran melalui pengaplikasian kaedah dan teori pengajaran
meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran melalui pengurusan kelas yang baik serta mewujudkan persekitaran yang kondusif di dalam kelas
meningkatkan pengetahuan asas tentang konsep, fungsi, matlamat, metodologi, ciri dan kandungan psikologi pendidikan
menentukan objektif pengajaran yang sesuai
merancang set induksi berdasarkan garis panduan dan strategi yang telah di tetapkan
menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran untuk meramalkan tingkah laku pelajar dengan betul semasa di dalam kelas
mengetahui perkaitan antara perbezaan individu dengan pengajaran secara individu mahupun berkumpulan serta aktiviti pengukuhan dan penggayaan
TUJUAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Membantu guru meramal tingkah laku pelajar pada masa akan datang
Guru dapat mengatur strategi untuk mengawal tingkah laku pelajar semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
Memahami perlakuan pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
KONSEP PSIKOLOGI DALAM PENDIDIKAN
Psikologi diterapkan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
Pengkajian, pembelajaran dan pemerhatian terhadap tingkah laku pelajar, pengajaran guru dan interaksi antara guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
Terdiri daripada empat asas:
naluri
motivasi
keperluan
desakan