Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
kongres1946
Kesatuan malaya dan Sebab penentangan, mederka-i proses…
Kesatuan malaya dan Sebab penentangan
-
Selepas Jepun menyerah kalah dan British datang semula ke Tanah Melayu, Parlimen British telah meluluskan Malayan Union pada 10 Oktober 1945 Sir Harold Mac Michael dilantik sebagai wakil British untuk mendapatkan tandatangan raja- raja Melayu
British menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu berkerjasama dengan Jepun sebelum ini dan pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa orang Melayu terutamanya Raja- raja Melayu
Menjadi asas kepada British untuk masyarakat tempatan memerintah negara sendiri selari dengan Piagam Atlantik 1941.
-
proses kemerdekaan persekutuan tanah melayu
-
-
-
-
-
-
Reaksi wilayah terlibat dan negara jiran
Singapura Penduduk Singapura berminat dengan konsep Persekutuan Malaysia. PAP yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew menyambut baik rancangan ini kerana mendapati partinya terancam dan kurang mendapat sambutan daripada rakyat Singapura sendiri.
Persekutuan Tanah Melayu
Sabah Wujud banyak penentangan pada peringkat awal sehingga lahir bebrapa buah parti politik yang meluangkan penubuhan atas sentimen pro atau anti-Malaysia.
Sarawak Parti Negara Sarawk (Sarawak United People’s Party – SUPP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (Sarawak National Party – SNAP) secara jelas menentang cadangan peggabungan ini.
Brunei Secara peribadi Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong pembentukan Malaysia.
Filipina Presiden Macapagal dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan Filipina menuntut hak Filipina ke atas Sabah.
Indonesia pada peringkat awal, Indonesia menyokong pembentukan Malaysia asalkan ianya tidak melibatkan negaranya.
proses proses pembentukan malaysia
-
Pada bulan Julai 1961, mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan Tanah Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura.
Suruhanjaya Cobbold
Ditubuhkan pada bulan November 1961 setelah rundingan di antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan Btirish.
Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian mengemukakan sebuah laporan penyiasatannya keada kerajaan British dan Tanah Melayu.
-
-
Referendum Singapura dan Sarawak melibatkan penyiasatan oleh Suruhanjaya Cobbold, Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura.
Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di Singapura menyokong cadangan Malaysia, cuma pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambilkira. Soal menolak sudah tidak wujud, tetapi soal penubuhan perlu dibincangkan. Dalam pungutan suara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu :
rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi)
rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 9442 undi).
rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama seperti yang diperoleh wilayah-wilayahBorneo dengan penyertaan ini (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 144 077 undi).
:
Faktor pemisahan singapura
Perlembagaan Kebanyakkan soal yang berkaitan dengan perlembagaan berkisar tentang isu ekonomi dan kewangan. Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai kastam, cukai eksais dan cukai pendapatan.
Pada bulan Disember 1964, apabila kerajaan Persekutuan membentangkan belanjawan bagi tahun 1965, terdapat pelbagai cukai baharu yang dikenakan.
Kerajaan Singapura membantah pengenalan cukai-cukai baharu kerana mereka dikatakan tidak dibawa berunding terlebih dahulu.
Persaingan Politik Antara PAP dan MCA Keadaan ini dapat dilihat apabila pada 9 September 1963, Lee kuan Yew telah menyatakan bahawa kegiatan politik PAP hanya terbatas di Singapura dan PAP tidak bercadang untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya di anah Melayu dalam tempoh lima tahun selepas penyatuan. Kemudianya, PAP mengubah keputusan itu dan bertanding dalam pilihanraya umum di Tanah Melayu pada tahun 1964.
Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu atas sifatnya sebagai sebuah parti perkauman Cina.
Penglibatan PAP yang terlalu awal dalam kegiatan politik di Tanah Melayu juga menjejaskan perpaduan kaum, terutama hubungan UMNO dengan MCA. Malahan, PAP dikatakan berminat untuk mengantikan MCA bagi mewakili kaum Cina dalam Kerajaan Perikatan.
Masalah Perkauman Masalah perkauman ini dapat dilihat pada hubungan antara UMNO dengan PAP yang menjadi semakin renggang akibat beberapa peristiwa yang berlaku di Singapura.
Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri itu ‘berasa diri mereka diabaikan’ dan kerajaan Singapura tidak mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka. Oleh itu, beberapa buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu menemui Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan perkara itu.
Sikap para pemimpin politik di Singapura yang memperjuangkan konsep Malaysian Malaysia juga kurang disenangi oleh para pemimpin UMNO.
Kedudukan negeri-negeri di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia juga ditimbulkan oleh para pemimpin Singapura.
-
-