Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Tafsir Al-Quran - Coggle Diagram
Tafsir Al-Quran
Keperluan Kepada Tafsir al-Quran
Untuk mencapai kesempurnaan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.
Menjelaskan kalimat-kalimat al-Quran yang susah difahami
Mempelajari serta mengetahui isi kandungan al-Quran
Menenrangkan dan menjelaskan ayat al-Quran yang terlalu ringkas supaya dapat difahami terutamanya orang awam.
Menjelaskan lafaz-lafaz Majazi yang terkandung dalam al-Quran
Matlamat Pengajian Tafsir Al-Quran
Dapat mengetahui dan memahami Ilmu-ilmu yang ada dalam al-Quran
Dapat memahami dengan lebih jelas tentang keagongan, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah mengenai ciptaannya.
Dapat mengetahui dan memahami isi kandungan al-Quran dengan lebih baik.
Untuk mencari asas bagi menyelesaikan perkara-perkara yang berkaitan dengan masyarakat, negara dan umat seluruhnya.
Pengertian Tafsir
-
dari sudut bahasa
" penjelasan dan huraian"
Imam al-Suyuti
- Tafsir satu ilmu yang dengannya dapat memahami al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad (s.a.w) dengan menerangkan makna maksud serta hukum-hukkum dan hikmah-hikmah yang ada di dalamnya.
Al- Zarqani
- Tafsir adalah satu ilmu yang mengkaji ayat-ayat al-Quran dari segi petunjuk lafaznya mengikut kehendak Allah sekadar kemampuan manusia.
Al- Zarkashi
- Tafsir ialah satu ilmu untuk mengetahui nuzul ayat, surah-surah, cerita-ceritanya, susunan ayat, makiyyah dan madaniyyah, muhkam, mutashabih, nasikh mansukh, khas, am, mutlaq, mujmal dan mufassar.
Pengertian Takwil
- Sebahagian ulama' berpendapat bahawa Tafsir dan Takwil adalah sama maksud. Manakala, yang lain pula berpendapat, Tafsir dan Takwil adalah tidak sama.
Ulama' Salaf
- Takwil adalah menerangkan maksud kalam dan menjelaskan maknanya, sama ada menepati dengan zahir kalam atau berlainan dengannya.
(mengikut pendapat ini Tafsir dan Takwil dalah sama maksud)
.
Ulama' Mutaakhirin
- Takwil ialah memalingkan makna yang kuat kepada makna yang kurang kuat dengan berlandaskan kepada dalil-dalilnya.
(takwil mestilah berlandaskan makna yang sahih)
Perbezaan Tafsir & Takwil
Tafsir
adalah yang berkaitan dengan riwayah manakala
Takwil
adalah yang berkaitan dengan dirayat (kefahaman mufassir dan ijtihad mereka).
Tafsir
banyak berlaku pada lafaz-lafaz dan kalimat mufrad, dan
Takwil
banyak dilakukan pada makna dan susunan ayat.