Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FRASA NAMA - Coggle Diagram
FRASA NAMA
-
Frasa Nama dalam bahasa Melayu tidak hanya hadir berdikari tanpa diikuti atau didahului oleh perkataan yang lain.
Frasa Nama dalam bahasa Melayu boleh didahului oleh kata nombor seperti dua, tiga, empat, kata kuantiti seperti beberapa, kesemua, setiap dan penjodoh bilangan seperti buah, biji dan ulas.
-
Frasa Nama bahasa Melayu bukan sahaja boleh dihadiri oleh kata bilangan sahaja malah Frasa Nama ini juga boleh dihadiri oleh penjodoh bilangan seperti buah dalam Frasa Nama.
-
Fakta pertama ialah penjodoh bilangan dan kata bilangan yang membentuk Frasa Nama mempunyai satu urutan yang tegas. Fakta kedua ialah keperluan untuk mewajibkan kehadiran penjodoh bilangan bergantung kepada jenis kata nama kepala itu. Fakta ketiga ialah penjodoh bilangan tidak boleh hadir tanpa kata bilangan tetapi sebaliknya kata bilangan boleh hadir tanpa penjodoh bilangan. Fakta keempat ialah wujudnya keserasian di antara kata nama kepala dan penjodoh bilangan yang hadir mendahuluinya.
-kata bilangan dan penjodoh bilangan mempunyai satu urutan yang tegas.-fitur semantik pada kata nama kepala menentukan kehadiran penjodoh bilangan yang mendahului kata nama kepala dalam FN.-penjodoh bilangan mewajibkan kehadiran kata bilangan.-wujud keserasian di antara kata nama kepala dengan penjodoh bilangan.-kata nama kepala dalam boleh dihadiri oleh elemen yang berunsur sebagai penerang. konstituen kata nama itu mempunyai peranan teta yang perlu ditandakan pada argumennya.-Kehadiran penjodoh bilangan bergantung kepada fitur semantik kata nama. -kehadiran penjodoh bilangan mewajibkan kehadiran kata bilangan
Frasa merupakan suatu unit kata yang berpotensi dikembangkan atau diperluas menjadi dua atau lebih perkataan yang memberi makna. Frasa didefinisikan sebagai kata atau lebih yang dapat bertugas sebagai subjek, predikat, atau objek dalam pembinaan sesuatu ayat.
Frasa dikategorikan kepada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, frasa adverba, dan frasa sendi. Frasa nama berfungsi pada subjek dan objek. frasa nama ialah binaan dari sudut nahu, yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu perkataan atau beberapa perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.
Unsur inti boleh wujud secara bersendirian ataupun dengan sederetan penerang yang hadir sebelum frasa nama atau sesudahnya, atau sebelum dan selepas frasa nama.
Binaan bagi frasa nama kelamin terdiri daripada inti + keterangan yang kedua-dua binaan itu diwakili oleh kata nama dan kata nama. frasa nama dalam bahasa Melayu dalam meletakkan fungsinya pada tempat yang sewajarnya. ini. Frasa nama juga boleh dikaji daripada bentuk frasa nama dalam sesebuah ayat dan sebagainya.