Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Pengenalan Program Pendidikan Inklusif (PPI) - Coggle Diagram
Pengenalan Program Pendidikan Inklusif (PPI)
Asas dan Sejarah PPI
KPM telah mengamalkan prinsip Pendemokrasian Pendidikan.
Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat akses kepada pendidikan.
MBK mempunyai hak yang sama rata dalam persekitaran pembelajaran tanpa halangan.
KPM melaksanakan pendidikan khas di Sekolah Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI).
Deklarasi antarabangsa dengan adanya aspirasi "Pendidikan Untuk Semua".
Deklarasi antarabangsa
Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs
Education (UNESCO 1994)
Dakar World Education Forum (2000)
Convention on the Rights of Persons with Disabilities (UN, 2006)
Matlamat PPI
Meningkatkan penyertaan dan memberi peluang kepada MBK mengikuti program akademik dan bukan akademik dengan murid di arus perdana.
Kesedaran kepada masyarakat supaya tidak menafikan potensi MBK.
Memberi kepercayaan kepada masyarakat bahawa ketidakupayaan MBK boleh diminimakan jika diberi peluang yang sama.
Objektif PPI
Memastikan MBK mendapat hak yang sama rata untuk belajar dalam persekitaran tanpa halangan.
Membina keyakinan diri MBK bagi mencapai potensi yang optimum.
Memastikan MBK menyesuaikan diri dengan murid arus perdana bagi meningkatkan kemahiran kehidupan harian mereka.
Meningkatkan kesedaran dan penerimaan warga sekolah serta komuniti tentang kepelbagaian keupayaan MBK.
Program Pendidikan Khas KPM
Sekolah Khas
Program Integrasi
Program Pendidikan Inklusif
Pelaksanaan PPI
Pendekatan
Inklusif penuh
MBK belajar sepenuh masa dengan murid-murid arus perdana.
Berasaskan kurikulum kebangsaan yang diubah suai dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan
Berasaskan kurikulum kebangsaan
MBK mengikuti pembelajaran bagi semua mata pelajaran akademik.
Inklusif separa
MBK belajar dengan murid-murid arus perdana bagi mata pelajaran akademik tertentu sahaja mengikut keupayaan.
Berasaskan kurikulum kebangsaan
Berasaskan kurikulum kebangsaan yang diubah suai dengan bantuan atau tanpa bantuan perkhidmatan sokongan
Mengikuti aktiviti koakademik berdasarkan potensi, bakat dan keupayaan mereka.
Proses pemilihan
Kriteria murid
Melepasi tahap penilaian menggunakan instrumen yang ditetapkan oleh KPM.
Umur mengikut kohort umur murid di arus perdana atau tambahan satu tahun sahaja daripada umur murid di arus perdana.
Penempatan murid
Saiz kelas arus perdana yang menjalankan PPI: bilangan murid kurang daripada 35 orang.
MBK tidak lebih lima orang.
MBK ditempatkan setara dengan pencapaian mereka.
Kelas PPI berada di aras bawah bangunan sekolah.
Penempatan MBK di PPI mendapat kebenaran ibu bapa.