Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
PRINSIP PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN - Coggle Diagram
PRINSIP PERTUMBUHAN & PERKEMBANGAN
Arah tertentu
Cephalocaudal
Perkembangan bermula daripada bahagian atas tubuh badan terlebih dahulu, diikuti dengan bahagian bawah tubuh badan (from head to toe)
Contoh: bayi dapat mengangkat kepala sebelum dapat mengawal nahagian anggota badan lain.
Proximodistal
Perkembangan bermula daripada bahagian tengah badan menghala ke luar atau ke hujung anggota badan.
Contohnya, paha fetus akan membentuk terlebih dahulu sebelum pembentukan jari kaki.
Susun atur sama
Perkembangan semua bayi adalah sama, contohnya mereka belajar berjalan dulu sebelum belajar berlari.
Menyeluruh
Tindak balas bayi terhadap persekitaran adalah menyeluruh. Biasanya, tindak balas sebegini akan berubah apabila umurnya meningkat. Contohnya, bayi akan menangis apabila dia berasa tidak selamat semasa mendekati semua perkara(umum), dan apabila peringkatnya meningkat, dia akan berasa tidak selamat pada situasi tertentu (khusus) sahaja.
Kadar percepatan berbeza
Walaupun susun atur perkembangan setiap bayi adalah sama, namun kadar percepatannya berbeza antara satu sama lain.
Contohnya, sesetengah kanak-kanak lebih cerdas berbanding dengan kawan-kawan lain yang sebaya kerana mereka memiliki intelektual yang lebih tinggi.
Terdapat juga kanak-kanak yang mencapai tahap perkembangan kognitif (kecerdasan) terlebih dahulu berbanding dengan perkembangan fizikal. Dalam erti kata lain, IQ mereka berkembang lebih cepat berbanding dengan EQ mereka.
Berterusan
Seseorang individu akan berkembang terutamanya dari segi mental (pemikiran, pembelajaran dan lain-lain) tidak akan berhenti.
Proses ini bermula sejak lahir sehinggalah akhir hayat individu. Contohnya, perkembangan dari segi pemikiran berkembang mengikut peringkat umur yang berbeza.
Perkembangan sebegini dapat mempengaruhi individu sendiri dan orang lain. Contohnya, ibu bapa yang memberi kasih sayang kepada anak-anak sejak peringkat bayi, menyebabkan anak tersebut mempunyai sikap penyayang.
Saling mempengaruhi
Kedua-dua proses pertumbuhan dan perkembangan adalah saling bergantung. Proses ini juga akan mempengaruhi penggunaan anggota badan yang lain.
Contohnya, aktiviti membaca melibatkan anggota badan seperti mata, mulut dan otak
Corak berbeza
Corak perkembangan kanak-kanak berbeza bergantung kepada baka dan persekitaran.
Setiap kanak-kanak mencapai titik perkembangan tersendiri. Jadi, setiap kanak-kanak mempunyai titik perkembangan berlainan walaupun berada dalam peringkat sama.
Berperingkat
Perkembangan berlaku secara berperingkat berdasarkan umur individu.
Contohnya, peringkat pranatal ialah "fetus", individu yang berumur 0 hingga 2 tahun tergolong dalam peringakat bayi, individu yang berumur 3 hingga 6 tahun berada dalam golongan awal kanak-kanak, individu yang memulakan sekolah rendah (7 hingga 12 tahun) berada dalam golongan akhir kanak-kanak, manakala peringkat remaja bermula dari umur 13 hingga 19 tahun.