Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Strategi dan kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan dalam bilik darjah…
Strategi dan kaedah yang sesuai untuk dilaksanakan dalam bilik darjah inklusif.
Pintar Cerdas
Pendekatan Inkuiri
Pendekatan inkuiri merujuk kepada pendekatan berpusatkan murid. Pendekatan ini memerlukan murid membuat penerokaan terhadap tugasan yang telah diberikan oleh guru. Pendekatan ini sangat sesuai kepada murid pelajar pintar cerdas kerana mereka sukakan cabaran untuk menjana pengetahuan mereka.
Pendekatan Kolaboratif
Pendekatan kolaboratif pula merujuk kepada hubungan kerjasama antara guru pendidikan khas dengan guru aliran perdana. Pendekatan ini sangat penting kerana suasana PdP yang tidak kreatif akan menyebabkan murid pintar cerdas akan hilang minat untuk belajar.
Hiperaktif
Pendekatan Belajar Melalui Analisis Tugasan
Kaedah ini akan dapat membantu guru meyusun atur kemahiran yang perlu dipelajari oleh murid. guru dapat memberikan latihan yang konsisten dan menilai tahap pencapaian murid.
Pendekatan Pengajaran Bertema
Pemilihan tema mestilah bersesuaian denngan persekitaran, tahap murid, situasi yang berkaitan dengan murid dan peristiwa semasa. Guru hendaklah menggunakan pemeringkatan daripada yang mudah kepada sukar dan umum kepada yang lebih khusus.
Lewat Perkembangan
Pendekatan Induktif
Pendekatan induktif sesuai diaplikasikan untuk murid-murid aras lambat kerana murid-murid dapat belajar daripada asas. Guru memberikan contoh- contoh spesifik yang boleh merangsang pemikiran mereka agar pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, mereka dapat menyatakan kesimpulan mengikut kefahaman masing-masing.
Kaedah bermain sambil belajar
kaedah dan teknik berunsur permainan amat digalakkan, murid-murid aras lambat lebih berminat untuk melibatkan diri serta dapat meningkatkan penguasaan mereka terhadap topik pembelajaran
Autistik
Kaedah Multi Sensori
Kaedah ini membantu merangsang pemikiran kanak-kanak tersebut. Apabila mereka memegang, merasa, menghidu, mendengar dan melihat, ini akan memberi tindak balas bagi semua deria ini.
Kaedah pemudahcaraan
Kaedah ini lebih menitikberatkan peranan murid dalam pembelajaran di mana guru hanya berperanan sebagai fasilitator yang berfungsi untuk mendidik, membimbing, memujuk, mengukuh, memberikan bantuan dan menolong kanak-kanak mencapai matlamat pembelajaran yang dirancangkan