Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Mengurus Tanggungjawab Sosial - Coggle Diagram
Mengurus Tanggungjawab Sosial
TANGGUNGJAWAB SOSIAL OLEH WARGA KORPORAT
Siapakah warga korporat?
Mereka yang bekerja dalam sektor swasta dan membantu mencapai objektif korporat, seperti mencapai keuntungan yang optimum bagi firma yang diwakili.
DEFINISI
Kewajipan sesuatu organisasi memberi sumbangan untuk kebajikan masyarakat.
GOLONGAN WARGA KORPORAT
Pemegang saham
-Pihak yang menyumbang modal dan merupakan pemilik firma
pelaburan mereka bertujuan mendapat untung maksimum melalui dividen dan nilai saham yang tinggI
Lembaga pengarah
-Sekumpulan kakitangan syarikat yang menjadi pengurus di peringkat yang tinggi
-mempunyai pengaruh atau kuasa untuk menentukan halatuju firma, membuat keputusan dan membentuk hubungan baik dengan pihak berkepentingan.
Pengurusan firma
terdiri daripada pengurus atasan, pertengahan dan bawahan
-Tugas mereka lebih kepada pelaksanaan perancangan dari lembaga pengarah dan memastikan matlamat syarikat tercapai.
Pekerja firma
-Golongan yang membantu pihak pengurusan dan lembaga pengarah mencapai matlamat firma.
Mereka menjalankan bidang tugas masing-masing dengan kemahiran yang dimiliki.
PERANAN & TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
Membantu golongan miskin melalui derma, biasiswa dan pinjaman
Menjaga alam sekitar, iaitu tidak mencemarkan alam sekitar apabila melakukan aktiviti perniagaan.
Bergiat dalam aktiviti sosial seperti gotong royong dan program ’Young Enterprise’.
Menyediakan kemudahan awam seperti kerusi awam, lampu jalan, perhentian bas dan lain-lain untuk kegunaan masyarakat.
Memenuhi keperluan masyarakat dengan menawarkan pelbagai pilihan barang pada harga yang berpatutan.
Menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat.