Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Statistik, Data, Populasi dan Sampel - Coggle Diagram
Statistik
Deskriptif
Perwakilan data biasanya diwakili dalam jadual, pai, carta bar atau histogram.
Mengambarkan dan menghuraikan data dalam bentuk numerikal atau deskriptif
Tidak boleh digeneralisasikan daripada sampel kajian kepada populasi.
Ujian statistik yang biasa digunakan adalah frekuensi, min, mod, medium, sela, sisihan
piawai, varians, peratusan, kadar, nisbah, taburan normal, skor z dan sebagainya.
Inferensi
Melibatkan pengiraan matematik yang kompleks dalam membuat kesimpulan trend yang melibatkan kajian sampel yang besar.
Ujian statistik yang biasanya digunakan adalah ujian-t, ujian ANOVA,Ujian Khi-Kuasa Dua, ujian korelasi Pearson dan sebagainya
Digunakan untuk membuat generalisasi keputusan kajian daripada sampel kepada populasi kajian
Biasanya digunakan untuk menyatakan perbezaan atau hubungan antara variable.
Data
Kualitatif
Data berbentuk perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temu bual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video.
Kaedah pengumpulan data yang biasa dilakukan adalah melalui soal selidik, kaedah pemerhatian dan temubual
Melibatkan data yang bukan berangka
Berfungsi untuk mengetahui kualiti dari sebuah objek yang akan diteliti.
Data ini bersifat abstrak sehingga pengkaji hendaklah benar-benar memahami kualiti dari bahan yang akan dikaji.
Kuantitatif
Melibatkan pengukuran pemboleh ubah kajian dengan menggunakan alatan saintifik dan eksperimen
Kaedah pengumpulan data yang biasa digunaan adalah pemerhatian (bukan peserta), pentadbiran ujian dan soal selidik (tutup).
Melibatkan data yang berangka, numerikal atau statistik,
Berfungsi untuk mengetahui, meramal kekuatan sesuatu bahan, mengenal pasti punca dan meramal apa yang terjadi dimasa akan datang
Menggunakan ujian statistik untuk menerangkan, menjelaskan atau mencari perhubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah dalam suatu kajian.
Populasi dan Sampel
Sampel
Persampelan
Proses untuk memilih sampel daripada sesuatu populasi kajian sebagai responden kajian,
Prosedur persampelan melibatkan tiga langkah
Memilih sampel
Menganggarkan parameter populasi berdasarkan pengukuran statistik yang diperolehi dari sampel
Mendefinisikan populasi
Definisi
Merujuk kepada kumpulan kecil daripada populasi yang menjadi sasaran
Sampel adalah individu, item atau data yang telah dipilih daripada populasi kajian.
Faktor Mempengaruhi saiz sampel
Berdasarkan peruntukan dan kadar responden
Berdasarkan penentuan populasi Krejcie dan Morgan
Berdasarkan ralat 1%, 10% dan 10%
Teknik Persampelan
Persampelan Kebarangkalian
Persampelan Rawak Mudah
Persampelan Rawak Sistematik
Persampelan Rawak Berkelompok
Persampelan Rawak Berlapis
Persampelan Tidak Kebarangkalian
Persampelan Senang
Persampelan Snowball
Populasi
Definisi
Populasi ialah semua set individu, item atau data yang berkaitan kajian.
Merujuk kepada kumpulan sasaran yang ingin dikaji
Ia juga menggambarkan kedudukan keseluruhan setiap satu individu dalam sesuatu kelompok.
Populasi Sasaran
Merujuk kepada kumpulan besar individu, objek atau peristiwa yang ingin dibuat penyeluruhan tentang penemuan kajiaannya.
Kenapa Populasi Penting untuk Kajian
Menentukan teknik persampelan yang sesuai
Untuk membina kerangka sampel
Bagi menentukan bilangan sampel yang perlu diambil untuk mewakili sesuatu populasi