Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
STRATEGI PENGAJARAN DISEDIAKAN OLEH : SITI NOR RAIDAH BINTI OSIEN …
STRATEGI PENGAJARAN
DISEDIAKAN OLEH : SITI NOR RAIDAH BINTI OSIEN
PDPPI5620
STRATEGI BERPUSATKAN GURU
KELEBIHAN
Guru memainkan peranan utama semasa pembelajaran. Guru dapat menguasai dan mengawal segala aktiviti pelajaran iaitu guru banyak memberi penerangan dan pelajar hanya duduk mendengar.
CIRI-CIRI
guru main peranan utama, murid berperanan sebagai penonton
Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah sehala.
Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Guru banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru.
Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni atau perkembangan emosi.
mementingkan pencapaian murid berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan.
Teknik mengajar guru ditumpukan kepada penyampaian fakta-fakta secara menghafal.
Interaksi di antara murid adalah pasif dan sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk.
murid menjadi kurang kreatif dan berinisiatif.
STRATEGI BERPUSATKAN MURID
KELEBIHAN
Murid akan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Guru hanya menjadi pemimpin yang membimbing murid dalam pembelajaran.
CIRI-CIRI
murid memainkan peranan yang penting, guru membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran.
Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala.
Ciri kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan memberi pendapat mereka.
Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan pencapaian objektif pembelajaran murid.
Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong-menolong, berkerjasama dan bertolak ansur jelas dapat dipupuk.
Strategi ini mementingkan pengelolaan kaedah kumpulan. Perbezaan murid dari segi kebolehan dan minat diberikan perhatian.
murid menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.
STRATEGI BERPUSATKAN BAHAN
KELEBIHAN
guru boleh menyampaikan pelajarannya dengan lebih mudah, menarik serta berkesan manakala murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan aktiviti pembelajaran dengan secara sendiri atau secara kumpulan tanpa kehadiran guru.
CIRI-CIRI
bahan pengajaran memainkan peranan yang penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.
Lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran.
Dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas di samping memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru.
Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pembelajaran.
Mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar. Denga