Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Qabd dan Hukum Penarikan Balik Hibah, Sophiatul Huda Binti Md Salleh …
Qabd dan Hukum Penarikan Balik Hibah
HIBAH
- Hibah merupakan pemberian milik harta yang berkuat kuasa ketika hayat pemberi hibah berbanding dengan pembahagian secara faraid yang dilaksanakan selepas kematian pewaris.
QABD
- menurut Ibn Manzur bermaksud mengambil sesuatu dengan tangan secara langsung atau menggenggam sesuatu. Istilah pula bermaksud penerimaan yang membenarkan berurusan atau bertasarruf dengan harta yang diterima. Al-Kasani pula mentakrifkan qabd sebagai keupayaan untuk berurusan dengan harta yang diterima
Keperluan Qabd dalam hibah
a) Imam al-Thauri, Abu Hanifah, al-Shafi’I - Akad hibah tidak berkuat kuasa hanya dengan ijab dan qabul sahaja tanpa qabd.
b) Imam Ahmad Ibn Hanbal - qabd sebagai syarat sah hibah bagi sesuatu yang diukur atau ditimbang sahaja
c) Imam Malik - qabd ialah syarat sempurna hibah bukan syarat sah atau luzum kerana hibah adalah sah hanya dengan akad iaitu dengan ijab dan qabul.
d) Imam Ahmad, Abu Thaur dan mazhab Zahiri - qabd bukan merupakan salah satu daripada syarat hibah.
Syarat Sah Qabd –
i- Mendapat keizinan dan kebenaran pemberi hibah
ii-Harta yang dihibah tidak bercampur atau tidak berkait dengan harta lain yang tidak dihibah
iii-Penerima hibah berkeahlian untuk menerima milik harta iaitu baligh dan berakal
Penarikan balik hibah sebelum qabd
i. Mazhab Hanafi, Shafi’i, Imamiyyah, Zaiydiyyah dan satu riwayat daripada mazhab Hanbali - mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd
ii. Mazhab Maliki dan Zahiri - tidak mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd
iii. Mazhab Hanbali - daripada riwayat yang lain mengharuskan penarikan balik hibah sebelum qabd sekiranya barang yang dihibahkan itu berbentuk barang yang disukat atau ditimbang.
Penarikan balik hibah selepas qabd
i. Pendapat pertama yang merupakan pendapat mazhab Shafi’i, Hanbali, Abu Thauri, Ibn Hazm, Daud al-Zahiry dan sahabatsahabatnya - Mereka berpendapat bahawa hibah yang telah sempurna37 tidak harus bagi pemberi hibah menarik balik hibahnya
ii. Pendapat kedua pula merupakan pendapat mazhab Hanafi, Imamiyyah dan Zaydiyyah - bahawa sekiranya hibah itu diberikan kepada ajnabi40 dan telah sempurna pemberian hibah dengan qabd oleh penerima hibah, maka tidak terhalang pemberi hibah daripada menarik balik hibah yang telah diberikan kecuali jika terdapat salah satu daripada perkara yang menghalang penarikan balik hibah
Penarikan balik hibah bapa kepada anak
Jumhur fuqaha daripada mazhab Maliki, Shafi’i, Hanbali dan Zahiri berpendapat - bapa diharuskan menarik balik hibah yang telah diberikan kepada anak60 dengan beberapa syarat tertentu sama ada tujuan penarikan balik tersebut untuk memberi kesamarataan pemberian di kalangan anak-anak atau tanpa tujuan tersebut.
Mazhab Hanafi, al-Thawuri dan satu riwayat lain daripada Imam Ahmad berbeza pendapat dengan jumhur fuqaha dengan tidak mengharuskan penarikan balik hibah bapa kepada anaknya.
Jumhur fuqaha telah berselisih pendapat tentang siapakah selain bapa yang dikira hukumnya sebagai bapa yang diharuskan menarik balik hibah yang telah diberikan kepada anak:
i. Mazhab Maliki berpendapat bahawa keharusan menarik balik hibah hanya diberikan kepada bapa sahaja sama ada anak tersebut lelaki ataupun perempuan, kanak-kanak atau dewasa, kaya atau miskin dengan syarat harta yang dihibah masih menjadi milik anak dan tidak terikat dengan hak orang lain
ii. Mazhab Shafi’i dan Hanbali pula berpendapat penarikan balik hibah diharuskan kepada bapa dan usulnya iaitu datuk dan nenek, begitu juga kepada ibu dan usulnya68 walaupun berlainan agama menurut pendapat yang masyhur. Keharusan tersebut tanpa melihat kepada kedudukan anak sama ada ia miskin atau kaya dan sama ada ia masih kecil ataupun telah dewasa dan juga sama ada sebelum atau selepas qabd
Syarat-syarat yang mengharuskan penarikan balik hibah mengikut pendapat fuqaha:
i. Harta yang dihibahkan masih menjadi milik anak yang menerima hibah.
ii. Harta atau barang yang dihibahkan masih berada di dalam jagaan atau urusan anak yang menerima hibah
iii. Hibah yang diberikan bukan menjadi sebab orang menyukai anak yang menerima hibah atau mendapat kedudukan dalam masyarakat.
iv. Tidak berlaku pertambahan yang tidak boleh diasingkan atau dipisahkan pada barang yang dihibah seperti lemak atau gemuk.
Sophiatul Huda Binti Md Salleh
18BE01001