Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Perbandingan Antara Perbankan Islam dan Konvensional - Coggle Diagram
Perbandingan Antara Perbankan Islam dan Konvensional
Perbezaan
Wahyu daripada Allah SWT
lawan
Pemikiran Manusia
Perbankan Islam:
Ini kerana 'manual' yang Allah S.W.T. sediakan kepada manusia lawan adalah Al-Quran dan Nabi kita Muhammad S.A.W. telah memberikan contoh pemikiran manusia bagaimana mengendalikan 'manual' tersebut sepanjang hidup kita.
Perbankan Konvensional:
Bila akal dan pengalaman manusia dijadikan asas rujukan, maka ia terdedah kepada seribu satu macam kelemahan kerana manusia itu lemah.
Iman & Taqwa
lawan
Kepuasan Duniawi
Perbankan Islam:
Pelaksanaan Islam memerlukan iman dan taqwa di dalam diri, maka setiap peraturan Allah adalah amanah. Setiap amanah tidak akan dipandang rendah oleh setiap
mukallaf
yang bertaqwa.
Perbankan Konvensional:
Tidak dipandu nilai iman dan taqwa. Oleh yang demikian, dalam pengendalian perbankan konvensional banyak perkara yang tidak sehala dengan kehendak Islam berlaku,
Tanggungjawab Agama
lawan
Tuntutan Dunia
Perbankan Islam:
Tanggungjawab melaksanakan perintah Allah dan Rasul-Nya adalah terkandung di dalam Al-Quran dan As-Sunnah contohnya pengharaman riba'.
Perbankan Konvensional:
Berasaskan semata-mata kepada pemikiran manusia maka terlalu banyak aktiviti yang bercanggah dengan Islam termasuklah sistem riba yang menjadi paksi kepada sistem perbankan konvensional.
Mematuhi Perintah Allah
lawan
Melanggar Perintah Allah
Perbankan Islam:
Setiap aktiviti yang dilakukan, sebagai contoh; membangunkan produk-produk baharu, sistem perbankan Islam wajib meneliti persoalan halal dan haram sesuatu urusniaga yang ingin dilaksanakan.
Perbankan Konvensional:
Tidak menilai urusniaga mereka dengan nilaian kacamata Allah S.W.T. Seolah-olah tidak menyedari bahawa segala urusniaga yang dilakukan akan dicatat oleh para malaikat Allah S.W.T sama ada beroleh pahala atau dosa.
Redha Allah & Redha Manusia
lawan
Redha Manusia
Perbankan Islam:
Setiap urusniaga yang dijalankan akan berpayungkan kehendak Islam dan mencari keredhaan Allah S.W.T. semata-mata serta mengambil kira maslahah manusia.
Perbankan Konvensional:
Tidak dipandu oleh panduan Ilahi yang akhirnya boleh membawa kepada kecelakaan di dalam kehidupan mereka. Ini terbukti dengan keingkaran mentaati perintah Allah S.W.T. dalam urusniaganya iaitu semata-mata untuk mengejar keuntungan duniawi.
Keadilan Matlamat Utama
lawan
Keuntungan Matlamat Utama
Perbankan Islam:
Adil ialah meletakkan sesuatu di tempatnya yang betul. Keadilan dalam Islam ialah bersifat menyeluruh iaitu memenuhi keadilan ke atas semua pihak yang berkontrak. Manfaat yang Allah S.W.T. kurniakan dikongsi bersama dengan pihak-pihak yang terlibat.
Perbankan Konvensional:
Amalan urusniaga yang terkeluar dari orbit Islam menyebabkan keadilan itu tidak dapat diserlahkan dengan sempurna.
Perbezaan Urus Tadbir dan Operasi
Pemantauan
Perbankan Islam:
Segala urusan perbankan Islam akan dipantau oleh Ahli/Majlis Jawatankuasa Penasihat Syariah dan Audit Syariah. Mereka adalah individu yang bertanggungjawab dalam memastikan kepatuhan hukum Syariah di sesebuah bank.
Perbankan Konvensional:
Tidak mempunyai pemantauan dari segi Syariah
Pematuhan Syariah
Perbankan Islam:
Melaksanakan transaksi yang mematuhi kehendak Syariah. Segala perolehan atau hasil yang terbit daripada urusan perbankan yang tidak mematuhi Syariah dan garis panduan Syariah akan disalurkan kepada badan-badan amal.
Perbankan Konvensional:
Tidak ada peruntukan untuk mematuhi prinsip-prinsip Syariah
Hubungan dengan bank
Perbankan Islam:
Hubungan di antara pihak bank (pembiaya) dan pelanggan terbentuk daripada transaksi jual beli, pelaburan atau perkongsian untung rugi
Perbankan Konvensional:
Hubungan di antara pihak bank (lender) dengan pelanggan (borrower) terbentuk daripada transaksi pinjaman/hutang.
Lebihan adalah untung, bukan riba'
Perbankan Islam:
Memperoleh keuntungan dengan cara yang tidak bercanggah dengan Islam. Keuntungan (profit) adalah terhasil daripada kontrak jual beli dan perkongsian untung rugi (pelaburan).
Perbankan Konvensional:
Mengaut keuntungan melalui pelbagai cara tanpa mempedulikan adakah ia mematuhi syarak atau sebaliknya. 'Interest' terhasil daripada lebihan (pertambahan) daripada jumlah pinjaman/hutang yang diberikan
Tindakan bayar lambat
Perbankan Islam:
Caj yang dikenakan berdasarkan kos sebenar atau 1% sepertimana yang digariskan oleh BNM (gantirugi/ta'widh).
Perbankan Konvensional:
Denda yang dikenakan adalah tidak berdasarkan kos sebenar bahkan denda tersebut digandakan dan menyebabkan jumlah hutang pelanggan bertambah-tambah (compounding).
Dakwah Islam
Perbankan Islam:
Terlibat di dalam gerakan dakwah Islamiah kepada masyarakat. Sebagai contoh, memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang pengharaman riba, memberi khutbah Jumaat, forum dan penyelidikan tentang muamalat Islam.
Perbankan Konvensional:
Tidak mengambil berat terhadap aktiviti dakwah Islamiah.
Zakat
Perbankan Islam:
Terlibat dalam pembayaran zakat. la merupakan tanggungjawab sosial pihak perbankan Islam.
Perbankan Konvensional:
Tidak ada peruntukan untuk mengeluarkan zakat.
Aqad
Perbankan Islam: Sistem Kewangan Islam adalah berteraskan akad yang telah dipersetujui oleh Syarak seperti Bai' Bithaman Ajil (BBA), Wadi'ah, Mudarabah, Musyarakah dan sebagainya.
Perbankan Konvensional: Operasinya adalah tidak berteraskan akad-akad yang sah dari sudut Syarak dan kebanyakkannya terlibat dalam sistem pinjaman yang berteraskan riba.
Perbezaan Dari Perspekstif Produk