Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
KAEDAH PENGAJARAN - Coggle Diagram
KAEDAH PENGAJARAN
IMAM MALIK
-
-
KAEDAH SYARAHAN
-
Majlis kuliah beliau diadakan di Masjid Madinah dan di rumah beliau sendiri. Dalam majlis tersebut, imam Malik seorang sahaja yang menyampaikan ucapan dan syarahan sementara orang lain mendengar dengan penuh perhatian. Tidak ada sedikitpun suara yang membantah atau seumpamanya.
Para pendengar tunduk dan tenang mendengar pengajaran yang beliau sampaikan.
Imam Malik mula menyampaikan kuliah atau syarahan sejak berusia 17 tahun. Beliau tidak mengajar melainkan setelah mendapat pengakuan daripada 70 orang gurunya.
KAEDAH CERITA
Kebanyakan cerita yang disampaikan adalah bertujuan mendidik manusia. Ia juga banyak mengandungi nilai dan teladan untuk diikuti.
Imam Malik membawa contoh pekerjaan yang baik yang dikerjakan oleh orang terdahulu seperti Sayidina Umar al- Khattab. Beliau berharap supaya khalifah mengikut jejak langkah Umar. Beliau menambah kata: “ Sesungguhnya khalifah tidak berpeluang atau mampu mengikuti sepenuhnya, tetapi hendaklah sekurang- kurangnya menuju ke satu hala agar rakyat berpuas hati dengan cara itu sekalipun ini tidak sama dengan taraf Khalifah Umar al- Khattab” (Dr. Ahmad Shurbasyi,1978).
KAEDAH PENULISAN
2 BIDANG PENULISAN
PENULISAN KITAB
1.Kitab karangan Imam Malik yang masyhur ialah kitab al- Muwatta, kitab ini dianggap sebagai kitab yang pertama menghimpunkan hadis Nabi dan fikah sekali. Kitab ini disusun dalam bab- bab yang berdasarkan tajuk dan masalah yang dibincangkan. Selain kitab al- Muwatta, ada lagi kitab lain yang dinisbahkan kepada Imam Malik seperti kitab Al-Mudawwanah.
-
KAEDAH ULANGAN /TIKRAR
-
Imam Malik meminta penulisnya yang bernama Habib untuk menulis segala kandungan pelajaran yang disampaikan beliau, kemudian membacakan semula pengajaran- pengajaran tersebut kepada orann ramai. ( Munawwar Khalil, 1985).
KAEDAH PERGAULAN
-
-
Imam Malik pernah menjemput murid- muridnya datang ke rumah. Dengan pergaulan seumpama ini, secara tidak langsung Imam Malik dapat menerapkan banyak perkara yang baik sebagai panduan untuk mereka. ( Dr. Ahmad Shurbasyi, 1978).
KAEDAH NASIHAT
Sepanjang hidup Imam Malik, beliau banyak memberikan nasihat kepada orang ramai, sama ada golongan atasan yang terdiri daripada pemerintah, golongan ulama mahupun orang kebanyakan.
Antara nasihat beliau yang masyhur ialah urusan bidaah, taklid, memilih guru dan yang seumpamanya (Munawwar Khalil, 1985).
IMAM ABU HANIFAH
KAEDAH MUJADALAH
-
-
Anak didik bebas berfikir untuk memecahkan persoalan-persoalan dan dibenarkan membantah pengajaran atau pendapat Imam Abu Hanifah yang dianggap bertentangan dengan wahyu Allah dan hadis nabi yang disertai dengan akal yang bersih dari segala bentuk pengaruh.
-
KAEDAH NASIHAT
kaedah memberi ajaran dalam bentuk nasihat secara langsung kepada anak-anak muridnya, sama ada yang berkaitan dengan soal keagamaan, adat kekeluargaan, adab bergaul dan sebagainya.
Contohnya, nasihat yang telah beliau berikan kepada beberapa orang anak muridnya seperti Abu Yusuf Yaacob bin Ibrahim, al-Qadhi dan rakan-rakannya. Nasihat tersebut dianggap sebagai nasihat yang luar biasa. Beliau telah membawa satu perlembagaan yang aneh tentang cara berbudi bahasa terhadap raja-raja dan juga orang ramai. Beliau menunjukkan kepada anak-anak muridnya jalan bagi mendapat taufik dan kejayaan dalam bidang ilmu pengetahuan dan pengajaran.
-