Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM, MOHAMMAD IKRAM BIN MOHD NOR PDPP…
STRATEGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PENDEKATAN
DEDUKTIF
satu pendekatan mengajar yang mengasaskan
pengajaran dan pembelajaran murid kepada hoskut tertentu.
sesuatu pembelajaran itu dimulakan dengan mempelajari peraturan-peraturan tertentu kemudian peraturan itu diaplikasikan untuk menuju ke suatu fakta.
Konsep bagi pendekatan ini ialah mempelajari sesuatu
berdasarkan sesuatu hukum,
BERSEPADU
Pendekatan sepadu ialah Mengintegrasi atau menyerap beberapa kemahiran sewaktu menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan ini menghendaki guru menggunakan pelbagai sumber dengan demikian murid dapat melihat kegunaan kemahiran dalam bidang lain
bagi mengaplikasikan pendekatan bersepadu ini guru
hendaklah menggunakan strategi penggabung jalinan dan penyerapan.
INDUKTIF
satu pendekatan pengajaran yang memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri mengenai sesuatu konsep atau benda.
pendekatan induktif mengutamakan contoh-contoh pada awal pengajaran dan dibuat generalisasi daripadanya.
Guru tidak digalakkan memberi definisi, penerangan
terhadap peraturan-peraturan, isi atau kandungan keseluruhan pelajaran
PEMUSATAN PELAJAR
Pendekatan pemusatan pelajar adalah satu pendekatan di mana semua pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran.
Pelajar adalah digalakkan supaya aktif dengan
memberi peluang mereka secukupnya dalam proses pembelajaran
guru hanya sebagai pembimbing yang memberi panduan-panduan yang betul supaya pelajar memperoleh ilmu yang mantap dan berkesan.
KAEDAH DAN TEKNIK
KAEDAH
Kaedah adalah siri tindakan guru yang sistematik, ia lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan terdiri daripada prosedur tersusun berdasarkan.
TEKNIK
Teknik ialah kemahiran guru mengelola dan melaksanakan kaedah mengajar yang dilaksanakan ia benar-benar berlaku di dalam bilik darjah,
BERPUSATKAN GURU
Cara lama yang diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Pelajar hanya mendengar sahaja penerangan guru.
Pada kaedah ini guru boleh menggunakan pelbagai alat bantu mengajar seperti slaid, projektor, papan hitam dan poster serta teknik-teknik tertentu.
BERPUSATKAN ALAT BANTU MENGAJAR
Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran adalah sebagai media pengajaran atau ‘instructional media’ yang membantu guru dan para pelajar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.
Proses penyediaan dan penghasilan sumber yang sesuai
mestilah selaras dengan matlamat dan objektif sukatan pelajaran
PRINSIP
DARI MUDAH KEPADA SUSAH
Yang mudah didedahkan kepada pelajar-pelajar sebelum yang susah diperkenalkan,
Bertujuan supaya murid dapat mengikutinya secara beransur-ansur dan murid yang lemah akan dapat dikesan dan dibantu pemulihannya.
DARI DEKAT KEPADA JAUH
Solat lima waktu sehari semalam ada pelajar yang telah mengikuti ibu bapa mereka setiap waktu, tetapi tidak dinafikan juga ada pelajar yang tak pernah sembahyang.
Penyampaian tajuk solat hendaklah dilakukan dari yang dekat kepada jauh seperti bermula dari memperkenalkan waktu solat fardu dan rakaatnya, niat dan cara mendirikan solat.
DIKETAHUI KEPADA YANG BELUM DIKETAHUI
Mengaitkan pengalaman baru dengan pengalaman lama murid.
murid telah pun tahu mengenai apakah erti wuduk atau mengambil air sembahyang, sebahagian murid telah pun mengalami cara-cara mengambil wuduk dengan meniru perbuatan ibu bapa mereka,
dikembangkan kepada yang belum diketahui seperti guru memperkenalkan anggota wuduk yang wajib dan sunat, sempadan setiap anggota wuduk tersebut dan cara mengambil wuduk yang betul.
MAUJUD KEPADA MUJARAB
sesuatu benda yang wujud yang boleh dipegang, dilihat dan dirasa kepada sesuatu yang abstrak yang merangsang pemikiran untuk mengetahuinya dengan bukti-bukti yang wujud di sekitar murid.
Umpamanya dalam pelajaran tauhid guru mengajar
tentang Allah s.w.t. itu wujud dan tanda wujudnya Allah ialah wujudnya alam ini.
KHUSUS KEPADA UMUM
Pendekatan induktif dengan
prinsip khusus kepada umum adalah berbeza, kerana prinsip ini lebih menekankan kepada perkembangan isi pelajaran untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Sekiranya guru itu mengajar tentang hadas kecil dan hadas besar, guru hendaklah menjelaskan dahulu ciri-ciri khusus hadas kecil atau hadas besar tersebut
sebelum membuat satu pengertian yang umum tentang ciri-ciri yang telah diterangkan.
MOHAMMAD IKRAM BIN MOHD NOR
PDPP TAHFIZ