Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
FAKTOR-FAKTOR KECERMELANGAN TAMADUN ISLAM - Coggle Diagram
FAKTOR-FAKTOR KECERMELANGAN TAMADUN ISLAM
Sumber ekonomi yang luas dan banyak
Zakat, wakaf, infaq menyebabkan manusia berlumba-lumba mencari harta dan mengembangkan untuk membantu fakir miskin.
Duit cukai yg dibayar kepada kerajaan dimanfaatkan untuk membina hospital, perpustakaan dan makmal kajian.
Berlaku pada zaman Umayyah, ‘Abbasiyyah dan Uthmaniyyah.
Pemerintah yang bertakwa dan bijaksana (adil dan pandai berpolitik)
Menyebabkan negara Islam maju dalam politik dan ekonomi.
Pelaksanaan undang-undang Islam menjadikan masyarakat semakin aman dari kegiatan jenayah.
Ilmu dan kajian diutamakan menyebabkan masyarakat berilmu serta melakukan inovasi.
Ketenteraan yang kuat
Menjaga keamanan negara.
Rakyat boleh bekerja dengn selamat.
Saintis dan golongan profesional boleh memperkembangkan tamadun negara.
Prasarana yang sempurna
Sayyidina ‘Umar Al-khattab mengarahkan pembinaan terusan atau tali air untuk pertanian petani Mesir.
Pada zaman Bani Umayyah, jalan di Kota Andalus telah diturap batu dan diterangi lampu.
Sedangkan kota Paris dan London jalannya masih berdebu dan gelap pada waktu malam.
Keyakinan umat terhadap ajaran Islam
Ilmu akhirat yang wajib oleh manusia sebagai hamba Allah berupa akidah ke-Esaan Allah, nikmat syurga dan neraka, kebenaran wahyu yang disampaikan nabi-nabi terdahulu dan amalan ibadat yang disampaikan 100%.
Asas ilmu sains dan pengurusan dunia untuk panduan manusia sebagai khalifah Allah SWT. Seperti peredaran planet, siang dan malam, kejadian hujan dan tumbuh-tumbuhan , harta pusaka , empayar terdahulu , kewujudan besi dan api serta seluruh alam. Ia disampaikan sebahagian secara asas sahaja dan tidak dilengkapkan kerana manusia mempunyai akal untuk berfikir dan mengkaji.
Sarjana Islam menghasilkan penemuan Sains sendiri seperti Ibnu Firnas di Andalus yang membuat percubaan terbang menggunakan sayap sebelum wujud kapal terbang Wright Brothers.
Sarjana Islam ada juga mengambil ilmu lama tinggalan Greek dan Yunani.
Kegiatan keilmuan yang luas
Baghdad (Abbasiah) dan Andalus (Uthmaniyyah) mengandungi universiti, perpustakan serta hospital yang dikunjungi penuntut-penuntut Eropah dan juga dari seluruh dunia.
Menyebabkan tamadun Islam dan tamadun Eropah serta sekitarnya berkembang dan mendapat manfaat.
Bebas daripada bencana alam
Negara bebas dari mengalami kerugian jiwa dan harta benda.
Keselamatan rakyat dan harta adalah elemen penting dalam pembangunan negara.
Negara maju dan membangun yang menghadapi konflik hari ini banyak menyediakan terowong bawah tanah kepada rakyatnya untuk mengelakkan rakyat daripada terkena serangan bom nuklear.
Mengelakkan rakyat dari menjadi mangsa gegaran gempa bumi.
Keterbukaan kepada tamadun lain
Boleh menerima dan mengajar ilmu dari tamadun lain kepada tamadun lain.
Keadilan yang menyeluruh
Pelaksanaan undang-undang Islam yang sangat adil tanpa menghina agama, bangsa, kaya, miskin (hukuman dikenalan sama rata).
Kedudukan yang strategik
Negara Islam berada di tengah antara laluan Timur dan Barat menyebabkan lokasi mereka menjadi laluan para pedagang.