Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam - Coggle Diagram
Isu-Isu Cabaran Semasa Tamadun Islam
Umat Islam di Serata Dunia
Menurut perangkaan yang dibuat oleh Kettani pada tahun 2010:
Lebih 7.73 juta umat Islam di Kanada dan Amerika Syarikat
0.3 juta di Amerika Latin dan Amerika Tengah
10 juta di Eropah Barat (Terutamanya di United Kingdom, Perancis dan Jerman)
6.3 juta di negara-negara Balkan (Terutamanya di Bosnia Herzegovina, Kosova, Albania dan Republik Macedonia)
67 juta di Turki
284.4 juta di negara-negara Liga Arab
254 juta di negara-negara sub-Sahara Afrika
67 juta di Iran
48.5 juta di Asia Tengah (Azerbaijan, Uzbekistan, Tajikistan, Kazakhstan, Kyrgyzstan dan Turmenistan)
26 juta di Rusia
28 juta di Afghanistan
144 juta di Pakistan
129 juta di Bangladesh
149 juta di India
209 juta di Indonesia
30 juta di Asia Tenggara (Terutamanya Malaysia)
Realiti Semasa Umat Islam
Kesatuan Politik yang Rapuh
Keadaan Ekonomi yang Lemah
Peluang Ekonomi yang Disia-Siakan
Kurang Peka kepada Kehendak Semasa
Tiada Strategi yang Berkesan
Agenda Musuh Islam
Kuasa-kuasa Barat, khususnya Amerika Syarikat melihat ideologi Islam sebagai ancaman paling berbahaya kepada sistem sekular mereka. Justeru, mereka mengisytiharkan perang keganasan terhadap ideologi Islam dan mereka yang beriman
Mereka melabelkan pejuang-pejuang Islam yang berjuang membebaskan tanah air mereka sendiri daripada cengkaman rejim Zionisme dan imperialisme Barat sebagai pengganas serta mendera mereka secara tidak berperikemanusiaan dan amat kejam. Inilah yang sedang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan sekutu Barat terhadap pejuang-pejuang kemerdekaan Iraq dan Afghanistan
Perkara yang sama dilakukan rejim Israel ke atas pejuang Hamas dan Fatah di bumi Palestin. Mereka dilabel sebagai pengganas serta diburu dan ditangkap tanpa perbicaraan, kemudian disumbat ke dalam penjara-penjara khas dan pusat tahanan mereka di serata dunia
Sehingga ke hari ini sejumlah besar umat Islam Afghanistan, Iraq dan pejuang-pejuang Islam dari serata dunia Islam masih lagi ditahan di Pusat Tahanan Khas Amerika Syarikat di Teluk Guantanamo di Cuba. Lebih dahsyat lagi, sebilangan pejuang Islam tersebut dipenjara di pusat-pusat tahanan rahsia imperialis Amerika yang dibina di serata dunia khususnya di Eropah Timur
Nasib dan penderitaan mereka tiada siapa pun yang tahu. Mereka ditahan tanpa bicara dan pembelaan semata-mata atas dasar prasangka buruk Barat terdapat umat Islam yang dianggap mengancam hegemoni mereka
Sejarah Pertentangan Timur-Barat
Sebenarnya Dunia Islam sudah menjadi sasaran kuasa Barat sejak permulaan abad ke-19M lagi. Sepanjang tempoh 200 tahun, Dunia umat Islam telah diduduki, dijajahi, ditindas dan dizalimi oleh kuasa-kuasa ini
Rejim-rejim boneka yang diletakkan oleh kuasa-kuasa tersebut di dalam di dalam dunia Islam seperti di Afghanistan, Iraq dan banyak lagi negara lain turut menindas umat Islam dan mereka dan mereka masih melakukannya sehinggalah ke hari ini
Kuasa-kuasa Barat tersebut dan agen-agen mereka telah mewujudkan beberapa ideologi baharu yang sangat asing kepada dunia Islam seperti nasionalisme melampau, fasisme dan komunisme. Mereka kemudiannya menggunakan anak didik mereka serta golongan yang terpedaya dengan ideologi-ideologi tersebut untuk menjadi "musuh dalam selimut" kepada masyarakat Islam
Dengan mengambil kesempatan daripada kekacauan dan kelemahan Dunia Islam, Barat mendominasi sebahagian besar dunia pada abad ke-19 serta telah membawa kekejaman dan kezaliman ke mana-mana sahaja mereka pergi
Mereka bukan sahaja menjajah tetapi telah memecahbelahkan dunia Islam kepada negara-negara kecil, meniupkan api perkauman dan nasionalisme melampau, merompak hasil-hasil bumi mereka, memperhamba malah menyembelih umat Islam yang tidak sebulu dengan mereka
Sungguhpun pada hari ini kebanyakan negara Islam telah mencapai kemerdekaan tetapi pada hakikatnya kuasa-kuasa penjajah Baratlah yang merencana dan menggariskan sempadan dunia Islam
Untuk memastikan kelangsungan hegemoni mereka maka mereka telah merencanakan supaya negara-negara umat Islam sendiri berhadapan dengan pelbagai masalah
Impak Penjajahan Barat
Penjajah Barat yang terdiri daripada British dan Perancis telah memcahkan bangsa Arab kepada 25 buah negara. Tujuannya supaya mereka tidak boleh menjadi sebuah kesatuan politik yang kuat dan mampu mencabar hegemoni Barat
Kawasan-kawasan dunia Islam yang kaya-raya dengan hasil bumi atau berkedudukan strategik dibentuk semula menjadi negara-negara kecil seperti mana Kuwait dan negara-negara Teluk Parsi supaya mereka (Barat) mudah menguasainya
Sementara kawasan yang kurang berpenghasilan serta mempunyai penduduk yang ramai serta dihuni pelbagai etnik seperti Sudan, Pakistan, Bangladesh dan yang seumpamanya dijadikan pula sebuah negara besar supaya negara tersebut terus berada dalam keadaan tidak stabil dan tidak aman
Pengekalan Hegemoni Barat
Kuasa-kuasa Barat sentiasa merancang untuk menjajah dan menjajah semula mana-mana negara umat Islam yang berpotensi untuk bangkit sebagai sebuah kuasa besar atau sekurang-kurangnya mampu mencabar hegemoni mereka. Inilah hakikat sebenar mengapa Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu Baratnya bersungguh-sungguh ingin menghalang Iran daripada memperoleh teknologi nuklear
Dengan bertopengkan demokrasi dan keadilan rakyat, Amerika Syarikat sentiasa berusaha untuk campur tangan di negara-negara umat Islam. Ironinya apabila golongan umat Islam yang mereka tidak senangi memenangi pilihan raya atas tiket demokrasi tajaan mereka, golongan ini bukan sahaja tidak diiktiraf malah dikenakan pelbagai sekatan dan halangan supaya mereka tidak boleh berkuasa seperti yang dilakukan oleh pihak Barat dan Zionis ke atas parti politik pro-Islam di Algeria, HAMAS di Palestin dan yang terbaharu ke atas gerakan Ikhwan al-Muslimin di Mesir
Dr. Chandra Muzaffar seorang aktivis masyarakat dan Presiden Gerakan Antarabangsa Untuk Keamanan Dunia (JUST) dalam artikelnya bertajuk
The Empire: Wat it is and What it Means for All of Us
, antara lain menyebut "Hari ini Amerika Syarikat merupakan sebuah negara yang memiliki kekuatan ketenteraan yang amat hebat.
Salah satu alasan Washington memilih jalan unilateralisme dalam menangani politik global adalah kerana kuasa tenteranya. Dengan dorongan sekutunya, ia boleh melakukan apa-apa sahaja yang dirasakannya betul dan menguntungkannya tanpa mempedulikan pandangan umum, khususnya dunia Islam
Penjajahan Iraq ialah bukti kekuasaan tentera yang digunakan untuk menguasai sumber ekonomi penting iaitu minyak. Malah dalam kes Afghanistan, Amerika menggunakan kekuatan ketenteraannya untuk menumbangkan kerajaan Taliban dan seterusnya mengembangkan hegemoninya ke lima buah republik di Asia Tengah.
Amerika Syarikat mempunyai kawalan mutlak ke atas kekayaan minyak di seluruh wilayah Asia Tengah, Laut Caspian. Amerika juga menggunakan kuasa tenteranya untuk memantau laluan perairan strategik bagi melindungi kepentingan perniagaan, pelaburan dan pasarannya
Menggunakan pengaruh ketenteraannya yang kuat, Amerika juga menggunakan pengaruh budayanya dalam usaha menguasai dunia
Melalui filem dan video, muzik dan lagu, kartun dan komik, Amerika digambarkan sebagai pejuang kebebasan dan demokrasi, negara yang penuh dengan peluang dan kemakmuran yang menghargai bakat dan pencapaian
Dalam kalangan masyarakat dunia, Amerika dikaitkan dengan gaya hidup yang sangat menarik yang menghargai kebebasan dan kejayaan individu
Kejahilan dan Ekstremisme Barat
Selepas berlakunya peristiwa 11 September 2001, pandangan serong kuasa Barat terhadap Islam menjadi semakin buruk.Umat dan dunia Islam dianggap sebagai tidak punya apa-apa sumbangan yang penting kepada peradaban dunia
Gerakan Islam hanya dilihat sebagai pengacau kerana iri hati terhadap kejayaan tamadun Barat moden. Mereka beranggapan tamadun Islam sudah menjadi sejarah dan yang tinggal hanyalah nostalgia umat Islam
Tiada alternatif terbaik kepada tamadun Barat pada alaf ini dan justeru itu umat Islam perlu mendukungnya. Slogan yang Amerika canangkan ialah "
sama ada bersama mereka atau menentang mereka
"
Mana-mana negara yang enggan bekerjasama dengan mereka untuk menghapuskan individu atau negara yang berani mencabar hegemoni mereka khususnya dalam kalangan umat dan negara Islam akan turut dianggap musuh dan diancam untuk dibinasakan sehingga sehancur-hancurnya
Ancaman ini pernah didedahkan oleh Presiden Pakistan, Parvez Musarraf apabila beliau diugut dan diberi kata dua oleh mantan Timbalan Setiausaha Luar Amerika Syarikat, Richard Amitage sama ada untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Amerika Syarikat dalam memerangi Taliban di Afghanistan ataupun Pakistan akan dibom oleh tentera Amerika hingga sehancur-hancurnya