Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Huraikan ciri kepimpinan Dan sumbangan khalifah salehuddin al-ayyubi dalam…
Huraikan ciri kepimpinan Dan sumbangan khalifah salehuddin al-ayyubi dalam Islam pada Abad ke-12 Masihi
Pendahuluan
- nama penuh beliau ialah Salehuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub. Di Eropah, beliau digelar sebagai Saladin.
- dilahirkan pada tahun 1138 Masihi di Kota Tirkit dan berketurunan Krudi daripada kaum Quraisy suku Ruwaidhah. Bapanya bernama Najmuddin Ayyubi, gabenor di Tikrit dab Balbek.
- Sejak kecil lagi, beliau mendapat pendidikan Islam yang sempurna daripada ayahnya. Hasilnya, beliau mahir dalam ilmu kalam dan perundangan Islam. Beliau juga mendapat pendidikan ilmu ketenteraan dan pertahanan daripada bapa saudaranya, Asaddin Sirkuh (Asaddin Syirkuwah) seorang panglima tentera.
- Salehuddin al-Ayyubi merupakan seorang panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang berbakat tinggi dan masyhur pada zaman Perang Salib. Mempunyai keperibadian yang tinggi, mulia, tidak tamak harta dan kedudukan. Beliau terkenal dalam kalangan sejarawan Barat sebagai seorang panglima yang baik hati, pemurah kepada musuh, bertoleransi dan setia pada janji.
- Beliau meninggal dunia pada 4 Mac 1193 Masihi di Damsyik pada usia 57 tahun dan meninggalkan jasa dan sumbangan yang cukup besar dalam bidang politik dan sosial.
Menentang tentera Salib
- Mula menyertai peperangan pada tahun 1164 Masihi bersama bapa saudaranya, Sirkuh Ayyubi pada zaman khalifah Nur al-Din. Berjaya menewaskan tentera Salib di bawah pimpinan Amaury I. Pada tahun 1169 Masihi, beliau telah menewaskan tentera Salib di Mesir kerana tentera salib melanggar perjanjian damai yang dimeterai.
- Dilantik sebagai panglima angkatan tentera Syria selepas kematian Sirkuh Ayyubi. Perlantikan ini membawa kepada kegemilangan dan kemasyhurannya
-. Dari tahun 1189 hingga 1192 Masihi, beliau berjaya mengalahkan tentera Salib yang dipimpin oleh Raja Richard, Raja Frederick dan Raja Philip. Beliau dianggap sebagai sultan yang mengembalikan keagungan empayar Islam kerana dengan kekuatan tentera Islam, beliau berjaya menghadapi tentera salib.
-
Kesimpulan
- Jasa dan sumbangan Salehuddin al-Ayubbi dihargai oleh masyarakat Islam. Kejayaan beliau membebaskan semula Baitulmuqqadis merupakan bukti paling ketara yang beliau sentiasa berusaha untuk memartabatkan agama dan negara Islam.
- Sumbangan dan kepimpinan beliau dapat dilihat dari pelbagai aspek iaitu politik, sosial dan ekonomi.
-
-
-
-
-