Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Kata adjektif (Jenis kata adjektif (Kata adjektif bentuk -Memberi…
Kata adjektif
Jenis kata adjektif
Kata adjektif bentuk
-Memberi pengertian rupa bentuk sebagai unsur ketereangan.
Contoh: bulat, leper, lurus
Adjektif waktu
-Memberi pengertian konsep masasebagai unsur keterangan.
Contoh: baharu, lama, segera
Kata adjektif ukuran
-Memberi pengertian ukuran sebagai unsur keterangan.
Contoh: panjang, pendek, tinggi
Kata adjektif jarak
-Memberi pengertian konsep ruang antara dua benda sebagai penerangan kata nama.
Contoh: jauh, dekat, hampir
Kata adjektif warna
-Memberi pengertian warna sebagai unsur keterangan.
Contoh: merah, hijau, putih
Kata adjektif cara
-Memberi pengertian keadaan kelakuan, ragam sebagai penerangan kata nama.
Contoh: cepat, deras,laju
Kata Adjektif sifatan atau keadaan
-Memberi pengertian sifatan atau keadaan sebagai unsur keterangan nama.
Contoh: baik, jahat, cerdik
Kata adjektif perasaan
-Memberi pengertian konsep perasaan, sebagai penerang kata nama dan harus diikuti oleh kata sendi nama.
Contoh: rindu, benci, segan
Kata adjektif pancaindera
-Memberi konsep rasa, pandang, dengar, bau, sentuh atau gabungan kelima-lima indera sebagai penerangan kata nama.
Contoh: bising, manis, harum, halus, bersih
Pembentukan kata adjektif
Kata adjektif terbitan
Terdiri daripada satu kata dasar yang menerima imbuhan
Awalan kata adjektif
a) Awalan se-
Contoh: setinggi, sebesar
b) Awalan ter-
Contoh: terkecil, terpanjang
Apitan kata adjektif
-Membentuk kata adjektif terbitan ialah ke-...an,
Contoh: kebaratan, kecintaan
Kata adjektif sisipan
-Menerima sisipan -em, -el,-er, -in
Contoh: -em, guruh= gemuruh
: -el, serak= selerak
: -er, godak= gerodak
: -in, sambung= sinambung
Kata ganda
Boleh diterbitkan melalui tiga cara iaitu penggandaan penuh, penggandaan separa, penggandaan berentak
Contoh:
a)penggandaan penuh (menggandakan kata adjektif atau menerima apitan ke-...an): besar-besar, kuning= kekuning-kuningan
b)penggandaan separa( melibatkan sebahagian kata dasar diulang): besar-besaran
c)penggandaan berentak (memberikan penekanan maksud kepada kata dasar): kacau-bilau, kontang-kanting
Kata adjektif tunggal
Terhasil daripada bentuk kata dasar
Contoh: Cara hidup seniman itu sangat
sederhana
Kata adjektif majmuk
Terhasil daripada proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makn tertentu
Contoh: merah jambu, hijau daun
Kata adjektif dalam bentuk perbandingan
Darjah bandingan
-Bandingan yang sama
Contoh: se= sebesar, Rumah Ali sebesar rumah Ahmad
-Bandingan yang berbeza
Contoh: lebih, rumah Ali lebih besar daripada rumah Ahmad
Darjah penghabisan
a) se- + kata adjektif + gandaan + kata nama = sepandai-pandai tupai melompat
b) ter- + kata adjektif = terpandai
c) paling + kata adjektif = paling pandai
d)kata adjektif + sekali = pandai sekali
e) ter- + (amat/sungguh) + kata adjektif = teramat pandai, tersangat tinggi
f) (amat/sungguh/sangat) + kata adjektif + sekali = amat pandai sekali, sungguh cergas sekali
Darjah biasa
-Digunakan bagi menunjukkan darjah biasa
Contoh: malam ini bulan terang