Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
Meniti Impian (Nilai (Setiakawan (Zahar tidak mahu menerima pujian untuuk…
Meniti Impian
Nilai
Setiakawan
Zahar tidak mahu menerima pujian untuuk dirinya sendiri sahaja sebaliknya memuji rakan-rakan sepasukan yang telah membawa kemenangan kepada pasukannya.
Rajin
Mak Kiah mengambil upah menjahit selain menganyam tikar mengkuang untuk menambah pendapatan keluarganya.
Keyakinan
Pelatih-pelatih IKM diseru agar mempunyai keyakinan diri dan tidak mudah mengalah kepada pandangan masyarakat.Zahar yakin dengan kemampuan dirinya dalam peperiksaan kerana dia telah berusaha dengan sebaiknya disamping restu daripada ibunya.
Ambil berat
Pak Yusuf mengambil berat tentang anak-anak saudaranya dan dia berjanji untuk membantu keluarga Zahar setakat kemampuannya.
Tanggungjawab
Pak Yusuf berusaha menyiapkan rak kasut yang akan diletakkan di masjid kerana dia telah dipertanggungjawabkan oleh tok Imam.
Berdisiplin
Pelatih-pelatih baharu di IKM Sungai Petani diminta mematuhi arahan dan berbaris dengan tegak semasa minggu suai kenal.
Saling memaafkan
Zahar telah memaafkan kesalahan Suhaili yang telah memandang rendah keputusannya melanjutkan pelajaran di IKM.
Menghormati
Pelatih IKM Sungai Petani menyediakan jamuan ringan untuk pasukan bola sepak IKM Alor Setar yang bertancang ke tempat mereka.
Gigih
Zahar gigih berusaha dengan belajar bersungguh-sungguh di IKM untuk membuktikan bahawa pelatih IKM juga boleh berjaya.
Merendah diri
Sikap Zahar yang suka merendah diri menyebabkan dia mudah didekati dan disenangi oleh rakan sekerja di kilang perabot di Kamunting.
-
Berjimat cermat
Walaupun hanya menerima wang imbuhan sebanyak RM200.00 sebulan,namun Zahar sentiasa berjimat cermat untuk memastikan perbelanjaannya sentiasa mencukupi.
Bergotong-royong
Orang-orang kampung bergotong-royong membangunkan bengkel perabot milik Zahar tanpa menghiraukan terik panas matahari.
Berani
Zahar dan Norimi dengan berani mendeklemasikan sajak ciptaan mereka sendiri semasa penutup minggu suai kenal.
Tegas
Zahar dengan tegas menolak tawaran Suhaili yang hendak membantunya mendapatkan pekerjaaan di kilang perabot selepas tamat latihannya di sana.
Kerjasama
Semua ahli pasukan bola sepak IKM Sungai Petani bekerja sama untuk memastikan kejayaan pasukan mereka.
Baik hati
Razali dengan senang hati mempelawa Zahar tinggal bersama-sama di rumah sewanya walaupun dia baru mengenali Zahar.
Insaf
Suhaili cuba berbaik-baik dengan Zahar kerana dia menginsafi perbuatannya yang telah menghina dan memandang rendah kepada Zahar yang akan memasuki IKM.
Bijaksana
Zahar berjaya memperdayakan barisan pertahanan pihak lawan seterusnya membuat rembakan kencang ke pintu gol pihak lawan semasa perlawanan bola sepak dengan pasukan IKM Alor Setar.
Tabah
Zahar tabah menerima penghinaan Suhaili yang memandang rendah kepada mereka yang mempunyai kelulusan IKM.
Pengajaran
-
-
-
-
Dalam sebuah pasukan,kerja sama haruslah ada untuk mencapai kejayaan.
-
-
-
-
Janganlah malas berusaha jika kita inginkan rezeki yang mencukupi/ kita haruslah sentiasa rajin berusaha agar rezeki kita bertambah.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Latar
Tempat
Rumah Ketua Kampung
-Pada hari satu kepulangan Zahar ke kampung,ada kenduri di rumah ketua kampung Pak Karim.
-
Padang
-Ramli mengajak Zahar menyertai latihan bola sepak di padang bola kerana mereka kekurangan pemain.
Kompleks City Point,Alor Setar
-Zahar dan Suhaili makan di Restoran Kentucky Fried Chicken di Kompleks City Point,Alor Setar.
Bengkel Pertukangan Perabot
-Zahar dan rakan sekelasnya menduduki peperiksaan asas di k dalam bengkel Pertukangan Perabot.Mereka diberi masa 15 jam untuk menyiapkan rak buku.
IKM Sungai Petani
-Zahar dan Norimi bertemu pertama kali semasa mereka mendaftar di IKM Sungai Petani.Zahar mengikuti kursus Pertukangan Perabot manakala Norimi mengikuti kursus Lukisan Seni Bina.
Bengkel Pak Yusuf
-Sejak setahun yang lalu,Zahar bekerja di bengkel Pak Yusuf bagi membantu pendapatan keluarganya.
Kampung Carok Petitih,Sik
Zahar dan Pak Yusuf bertolak dari Kampung Carok Petitih menuju ke IKM Sungai Petani menaiki teksi Pak Usin.
-
Masa
2.30 petang
-Lima mini sebelum 2.30 petang Zahar dan rakan-rakannya dikehendaki berkumpul di padang pada minggu suai kenal.
Pada waktu malam
-Norimi dan Zahar telah mendeklemasikan sajak hasil ciptaan mereka sendiri pada malam pentup minggu suai kenal di IKM Sungai Petani
Awal bulan
-Semua pelatih IKM termasuk Zahar akan menerima wang imbuhan sebanyak RM200.00 pada setiap bulan.
Satu jam setengah
-Selama satu jam setengah Zahar menaiki bas MARA dari Sik ke Alor Setar untuk bertemu dengan Suhaili.
Tiga bulan
-Mak Kiah, ibu Zahar pernah dirawat selama tiga bulan di wad Tibi.
-Selepas tiga bulan menduduki peperiksaan asas,barulah Zahar dan rakan-rakannya mendapat keputusan peperiksaan mereka.
Tiga Tahun
-Sejak tiga tahun yang lalu selepas berhenti sekolah,Zahar sentiasa berusaha memohon pelbagai jawatan tetapi tidak berjaya.
Dua minggu
-Pasukan bola sepak IKM Alor Setar bertandang ke IKM Sungai Petani dua minggu selepas perlawanan persahabatan di tempat mereka.
Setahun
-Zahar telah bekerja sejak setahun yang lalu di bengkel pak ciknya,Pak Yusuf.
-
Lima Tahun
-Pak Yusuf mendirikan bengkel perabot berupa bangsal di sebelah rumahnya sejak lima tahun yang lalu kerana berminat dengan kerja-kerja pertukangan.
Watak dan Perwatakan
-
Sampingan
-
-
Suhaili
Kawan sekelas Zahar dan anak ketua kampung, Pak karim
-
-
-
-
-
-
Sinopsis
Mengisahkan kegigihan seorang remaja, Zahar yang menjadi pelatih di IKM dalam bidang pembuatan perabot. Zahar merupakan seorang remaja yang amat yakin dengan pegangan hidupnya dan ingin berdikari untuk mencapai cita-citanya. Perjalanan hidupnya dipenuhi pelbagai konflik tetapi dia terus berusaha memastikan konflik yang dialami tidak menghalang cita-citanya. Kehadiran Suhaili dan Norimi dalam hidupnya mempertemukannya dengan konflik cinta, cemburu dan semacam dendam. Suhaili merupakan sahabat baiknya ketika di bangku sekolah seperti menghinanya kerana menyambung pelajaran di IKM dan meninggalkannya. Norimi pula cuba memahami keadaannya dan bersimpati tetapi agak cemburu. Dengan keyakinan yang tinggi dan usaha yang bersungguh-sungguh serta sokongan keluarga, rakan-rakan dan pihak MARA, akhirnya Zahar berjaya mendirikan bengkel perabutnya sendiri.