Please enable JavaScript.
Coggle requires JavaScript to display documents.
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA (Pengajaran (Kita perlu berani dalam menentang…
LEFTENAN ADNAN WIRA BANGSA
Sinopsis
Dalam pertempuran dengan askar Jepun, Askar Melayu menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat di mana seramai 152 anggota Askar Melayu, termasuk 7 pegawai Melayu dan 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu telah terkorban. Antara pegawai Askar Melayu yang terkorban itu adalah Leftenan Adnan bin Saidi. Dia bersama 42 orang anggotanya berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa, Memaparkan kisah keberanian dan keperwiraan askar Melayu yang sanggup berjuang sehingga ke hujung nyawa.
Tema dan Persoalan
Tema
Tema novel ini ialah keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air
Persoalan
Kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting.
Leftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu
Sikap berpandangan jauh
Ayah Leftenan Adnan iaitu Pak Saidi menyekolahkan Leftenan Adnan di sekolah Inggeris walaupun anak-anak Melayu lain bersekolah pondok.
Persoalan pengorbanan seorang isteri.
Isteri Laftenan Adanan iaitu Sophia sanggup berkorban berpisah dengan suaminya dan menjaga anak-anak.
Semangat cinta akan negara
Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air.
Watak
Watak utama: Leftenan Adnan bin Saidi
Fizikal :
Dilahirkan di kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dan mendapat pendidikan di sekolah Inggeris pekan Sungai Ramal.
Anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Bapanya bernama Pak Saidi dan ibunya bernama Mak Milah.
Pernah menjadi guru pelatih sebelum memasuki bidang ketenteraan yang bertempat di Kem Latihan Haig Lines Port Dickson.
Peribadi:
Berani
Bijaksana.
Patriotik
Rajin
Penyayang
Watak Sampingan
Sophia
Latar belakang
Nama sebenarnya ialah Sophia Pakih Muda.
Isteri kepada Leftenan Adnan dan mempunyai 3 orang anak.
Seorang guru di sekolah Sungai Ramal sebelum berkahwin dan selepas kematian suaminya.
Peribadi
tabah
bertanggung jawab
Penyayang
Pak Saidi
Mempunyai isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah.
Tinggal di Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai pesawah.
Peribadi
Rajin
berpandangan Jauh
Bertanggung jawab
Mamat
Latar belakang
Sahabat baik Leftenan Adnan.
Menyertai pasukan askar Melayu.
Peribadi
Setiakawan
Latar
Tempat
Bukit Candu
Alexandria
Pasir Panjang
Kem Latihan Haig Lines Port Dickson
Sungai Ramal
Masyarakat
Masyarakat bijaksana
Masyarakat yang berani
Masyarakat Kampung
Masyarakat yang pentingkan ilmu
Masa
Tahun 1941
Jepun menjajah Tanah Melayu melalui jalan darat.
Waktu pagi
Setiap pagi sebelum pergi ke sawah Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
Tahun 1937
Leftenan Adnan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan dan pada tahun yang sama juga dia pergi ke London untuk menyertai upacara pertabalan King George VI.
Waktu malam
Kompeni C menerima perintah untuk bergerak ke Bukit Candu.
Waktu petang
Tentera Jepun melancarkan serangan berhelah dengan menyamar sebagai tentera India yang berturban.
Pengajaran
Kita perlu berani dalam menentang musuh.
Kita wajar bekerjasama dalam menjaga keselamatan masyarakat di tempat kita.
Kita hendaklah sayang akan tanah air yang menjadi tempat kita bernaung.
Kita mesti bijak menggunakan akal fikiran apabila berhadapan dengan situasi yang genting.
Nilai
Keberanian
Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
Bekerjasama
Penduduk kampung bekerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
Kebijaksanaan
Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
Patriotik
Leftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.